“The only thing that’s changed is everything,” itu adalah slogan yang digunakan oleh Apple semasa mereka mengumumkan produk iphone terbaru mereka, iaitu iPhone 6s dan iPhone 6s Plus. “s” yang digunakan adalah untuk menyatakan bahawa versi ini tidaklah banyak berubah dari versi sebelumnya.
Namun begitu, tidak dinafikan Apple juga ada memuatkan beberapa peningkatan, termasuklah kamera yang lebih baik (depan dan belakang), prosessor yang lebih kuat, Touch ID yang semakin baik, user interface yang lebih mudah.
Selain daripada itu, tidaklah ketara sangat.
Stail yang Sama, Ukuran Berbeza
Jom mulakan dengan bahagian iPhone yang tidak jauh bezanya dengan yang lama, iaitu luaran. Walaupun sekali pandang, iPhone terbaru ini tidak menggunakan reka bentuk yang berbeza, namun jika diteliti anda akan merasakan model terbaru ini besar sedikit dan lebih berat.
Kedua-dua iPhone 6s ini mempunyai saiz yang sedikit besar, beberapa milimeter dan sedikit tebal berbanding dengan iPhone 6 yang lama. Saya sendiri pun sukar untuk membezakannya, dan jika anda menggunakan case untuk iPhone 6 anda, ianya pasti sesuai dengan model yang baharu ini – walaupun mungkin agak ketat sedikit.
Perubahan pada berat pula, mungkin disebabkan oleh penambahan 3D Touch sensors di bawah paparan, dan juga Taptic Engine yang baharu ditambah. Walaupun begitu, penambahan berat ini tidaklah ketara. Jika anda menggunakannya setiap hari, anda pasti tidak akan perasan penambahan berat ini.
Jika dibandingkan dengan model iPhone 6, reka bentuk dan permukaannya agak licin. Terdapat laporan bahawa permukaan iPhone 6s ini menggunakan 7000-series aluminum, yang mana lebih kuat, seperti mana yang digunakan di dalam Apple Watch Sport.
Skrin Sesentuh Yang Baharu
Salah satu peningkatan yang ketara di dalam model terbaru iPhone 6s dan 6s Plus adalah pada 3D Touch, yang mana membolehkan iPhone merasa berapa banyak tekanan yang anda berikan pada skrin paparan, dan akan memberikan anda tindak balas yang menarik.
Jika anda di home screen dan menekan (dengan lebih kuat) pada ikon aplikasi, anda akan ditayangkan dengan 4 Quick Actions (aplikasi perlu diupdate untuk mendapatkan fungsi ini).
Menu akan ditayangkan dengan sedikit getaran dari Taptic Engine. Jika anda menggunakan 3D Touch ini pada aplikasi yang tidak menyokongnya, anda akan merasakan 3 getaran yang membawa maksud tiada menu akan keluar.
Apple telah melakukan tugas yang baik dalam menggabungkan haptic feedback ke dalam 3D Touch, dan dapat bertindak balas dengan baik dengan kehendak pengguna – walaupun anda perlu membiasakan diri buat pertama kalinya.
Menu yang terdapat pada Quick Action bergantung kepada aplikasi yang anda ingin membuka. Memudahkan anda akses sesetengah seksyen yang terdapat di dalam aplikasi anda.
Sebagai contoh, daripada melancarkan aplikasi Camera, tap ikon kepada iSight, kemudian mod Photo, anda hanya perlu menggunakan 3D Touch pada ikon aplikasi Camera, lepas itu pilih Take Selfie.
Penambahan
Pada hakikatnya, telefon sekarang bukan sahaja boleh membuat panggilan, malah lebih daripada itu – internet. Perkara tersebut adalah salah satu sebab ianya penting kepada kita, di samping memberikan hiburan dan mengambil gambar pada saat yang penting dalam hidup.
Oleh sebab itu, dalam model terbaru iPhone ini, anda dibekalkan dengan kamera yang lebih baik.
Kamera iSight telah dinaiktarafkan kepada 12 megapixels, yang membenarkan kamera tersebut menangkap lebih banyak butiran. iPhone 6s Plus turut menawarkan optical image stabilization untuk gambar dan video.
Selain menaik taraf hardware, Apple turut memperkenalkan mod kamera yang baharu, di panggil Live Photos. Apabila anda aktifkan Live Photos (di dalam Camera), iPhone akan sentiasa merakam video dan caching untuk sementara.
Apabila anda menangkap gambar, aplikasi tersebut akan mengambil 1.5 saat terakhir dan 1.5 saat selepas gambar tersebut di ambil. Menghasilkan photo anda seakan video pendek, pada masa yang sama menangkap photo tersebut, bukannya semata-mata video.
Namun, mod ini ada kurangnya – apabila anda lancarkannya, secara automatik iPhone akan tukarkan 12 megapixel kepada 1.55 megapixels (resolusi 1440×1080) dengan hanya 15 frames per second. Hmm, walapun iPhone sudah diupgrade, masih tidak dapat merakan resolusi yang tinggi, dengan fps yang lebih baik.
Agak sedih kerana tidak dapat menangkap gambar yang berkualiti tinggi jika menggunakan mod ini, tetapi merakam video lain ceritanya.
Apple sudah menaik taraf kebolehan iPhone 6s di dalam merakam video. Model terbaru ini boleh merakam sehingga video 4K (3840 x 2160 pixel, 4 kali ganda daripada video HD 1080p).
Ye, betul setakat ini tidak banyak skrin Tv 4K, tetapi pasti akan ada pada masa hadapan. Video 4K memberikan anda banyak butiran dan lebih cantik, lebih-lebih lagi ketika zooming dan cropping semasa edit. Saya beranggapan bahawa mesti ramai filmmaker yang akan meminati model iPhone ini.
Bagi orang yang suka bervideo chat, mereka pasti akan menyukai kamera FaceTime di bahagian hadapan iPhone 6s dan 6s Plus ini – sekarang sudah mencapai 5 megapixels (sebelumnya 1.2 megapixels), dan menyokong Live Photos dan mod HDR.
Apa yang lebih penting adalah Apple sudah memuatkan mod selfie-flash, yang mana paparan iPhone tersebut sendiri yang bertindak sebagai flash, memberikan kecerahan 3 kali ganda daripada biasa, dan boleh menyesuaikan dengan keadaan dan situasi.
Naik Taraf Teknologi (di dalam)
iPhone yang baharu mesti didatangi dengan prosesor yang baharu! Kali ini, iPhone 6s dimuatkan dengan A9, yang
mana buat pertama kali disekalikan dengan motion coprocessor (dipanggil M9). M9 bertindak sebagai satu prosesor sokongan yang memproses sesuatu yang ringkas seperti berapa langkah yang anda ambil semasa iPhone di dalam mod sleep – ianya juga tidak memakan banyak bateri.
Prosesor A9 ini sudah cukup pantas berbanding dengan A8 yang didapati di dalam iPhone 6 dan 6 Plus. Dengan menggunakan aplikasi Primate Labs GeekBench 3, model iPhone 6s ini didapati 60 peratus lebih laju berbanding dengan model sebelumnya di dalam ujian single-processor. Manakala, dalam ujian multi-processor, model 6s ini lebih laju sebanyak 50-60%. Secara jujur, ini perkara yang sangat positif.
Selain prosesor, iPhone yang terbaru ini mendapat penambahan RAM – sekarang 2GB, dua kali ganda berbanding sebelumnya. Tab di dalam Safari lebih baik, aplikasi lebih cepat dilancarkan. Multitasking dan bertukar-tukar di antara aplikasi lebih cepat.
Apple menjaminkan bateri di dalam iPhone 6s dan 6s Plus ini tidak jauh beza dengan model yang sebelumnya. Namun, anda perlu ambil bahawa dengan adanya Taptic Engine (yang pasti perlukan banyak bateri), iPhone 6s ini masih kekal dengan bateri yang sama seperti dengan model lama (yang tidak mempunyai Taptic Engine). Sebagai satu tambahan, iOS9 sudah direka untuk meningkatkan kadar bateri di dalam semua peranti iOS.
Touch ID pula ada peningkatan kelajuannya. Apabila anda meletakkan jari di home button, iPhone akan serta merta unlock telefon anda. Sangat pantas sehingga anda tidak perlu menunggu lama untuk ia imbas cap jari anda.
Penyimpanan (Storage)
Okay, terakhir sekali adalah kadar penyimpanan yang terdapat bagi iPhone model baru ini: 16GB. Dengan peranti yang pasti akan dipenuhi dengan aplikasi, gambar- gambar 12 megapixels dan video 4K, saya merasakan kadar storan ini kecil – lainlah kalau anda tidak melakukan perkara-perkara yang dinyatakan tadi.
Selain 16GB, anda boleh pilih kapasiti 32GB dan 64GB. iPhone tidak didatangi dengan SD card slot, membawa maksud anda tidak boleh menambah kada storan pada kemudian hari. Oleh itu anda dapat apa yang pilih pada permulaan pembelian.
Oleh itu, buatlah pilihan yang baik.
Dimana Boleh Dapatkan iPhone 6s dan iPhone 6s Plus?
Kedua-dua iPhone ini boleh di dapati dengan melanggan plan yang ditawarkan oleh Celcom, Maxis, Digi dan Umobile – namun semasa artikel ini ditulis, telco tersebut masih belum menyatakan tarikh pembelian.
Mahukannya sekarang? Apa kata anda membeli iPhone ini di Lazada Malaysia. Mereka merupakan dealer pertama di Malaysia untuk model iPhone terbaru ini.
Kesimpulan
Walaupun iPhone 6s dan 6s Plus bukanlah sempurna, lengkap – tetapi dengan penambahan dan upgrade yang diberikan oleh Apple menjadikan ia salah satu smartphone yang berbaloi untuk di beli bagi pengguna yang baru. Namun, sebagai satu upgrade dari iPhone 6/6 Plus, itu bergantung kepada anda.
Dengan kamera dan prosesor yang baharu, RAM yang lebih tinggi dan teknologi 3D Touch, iPhone ini adalah iPhone yang terbaik yang pernah dikeluarkan oleh Apple. Perkembangan dan penambahan yang dilakukan pada model ini jauh lebih hebat dari model sebelumnya.
Sangat menarik.
Harap reviu ringkas ini membantu anda membuat pilihan sama ada iPhone 6s dan 6s Plus ini adalah terbaik kepada anda ataupun tidak.
Sekian~