Reviu Lenovo VIBE Shot – Adakah Anda Patut Beli?

high resolution lenovo

Lenovo Vibe Shot ini didatangi dengan kuasa yang lebih banyak, gaya dan kamera yang menakjubkan. Telefon pintar ini direka khas kepada orang yang suka mengambil gambar dan menangkap saat-saat yang menggembirakan.

Berikut adalah spesifikasi Lenovo Vibe Shot secara ringkas:

  • Android OS v5.0 (Lollipop)
  • Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615
  • Quad-core 1.7 GHz
  • 5.0 inci skrin
  • Camera 16MP belakang/ 8MP depan
  • 3GB RAM / 32GB ROM
  • Dual SIM
  • menyrokong Micro SD Card sehingga 128GB

Ketahui reviu penuh di bawah:

Reka Bentuk Anggun

lenovo vibe shot design

Vibe Shot ini direka untuk kelihatan ringkas, simple dan praktikal dengan mengekalkan keanggunannya. Smartphone ini dibuat daripada bahan yang ringan, pada masa yang sama teguh dan kuat – sangat sesuai bagi orang yang agak lasak. Skrin 5 inci Vibe ini pula merupakan Gorilla Glass yang tahan calar dan retakan.

Dual SIM

Lenovo Vibe Shot menyokong dua sim, bermakna anda boleh memuatkan dua sim di dalamnya. Sangat sesuai bagi orang yang suka mengasingkan kerja dengan keluarga.

Ataupun untuk orang yang suka ke luar negara, malah untuk orang yang ingin menggunakan dua servis untuk tujuan menggunakan pakej/plan yang lebih murah (untuk tujuan menjimatkan duit).

Kamera Yang Berkebolehan

lenovo vibe shot camera

Peminat fotografi mungkin akan terpikat dengan Lenovo Vibe Shot ini. Dengan menggunakan 16-megapixel sensor yang dibuat oleh Samsung, disertakan dengan flash dan infrared AF, Vibe Shot ini memang dicipta untuk menangkap gambar dengan cepat pada masa yang sangat bermakna tersebut. Smartphone ini juga dilengkapi dengan image stabilisation, bermaksud ia sesuai dengan low light shooting.

Di bahagian sisi telefon ini terdapat butang on dan butang shutter. Butang tersebut akan meletakkan kamera di dalam keadaan sama ada auto ataupun mod pro. Mod auto berfungsi dengan baik, dengan Face tracking dan smile detection. Tetapi jika anda mahukan pilihan yang lebih banyak dan kawalan penuh kepada shutter speed, exposure compensation, ISO, White balance presets dan drive mode, mod pro adalah terbaik kepada anda.

Interface kamera ini tidaklah terlalu kompleks mahupun susah, malah ia agak sama dengan kamera yang terdapat pada Microsoft Lumia 640, jadi anda tidak semestinya perlu menjadi seorang professional untuk mengambil gambar dengan telefon ini. Bagi penggemar selfie, anda akan berpuas hati dengan 8-megapixel front-facing camera yang terdapat pada telefon ini.

Berkuasa Tinggi

Selain pada kamera, Vibe Shot adalah telefon yang agak tinggi speknya. Ia mempunyai 5.0-inch full HD IPS LCD display dan Qualcomm Snapdragon 615 1.7 GHz octa-core processor dengan 3GB RAM. Ia menggunakan Android 5.0 Lolipop. Ia dibekalkan dengan 32GB memori dalaman, yang mana agak besar. Tambahan lagi, anda boleh menambah memori sehingga 128GB lagi dengan micro SD.

Luaran (Hardware)

high resolution lenovo

Design telefon ini amat menarik. Dengan ukuran 142 x 70 x 7.3mm dan beratnya adalah 145g sahaja. Vibe Shot adalah gabungan Gorilla Glass 3 dan aluminium, membuatkannya rasa seperti telefon yang berkualiti tinggi dan kukuh.

Telefon Vibe Shot dilengkapi dengan 2900mh bateri, dengan penggunaan yang biasa ini boleh bertahan selama sehari, namun ia bergantung kepada penggunaan penggunanya.

Lenovo Doit Apps

Lenovo Vibe Shot dilengkapi dengan apps seperti SHAREit dengan CLONEit, yang mana membolehkan anda berkongsi fail tanpa wayar di antara smartphone dan peranti yang lain tanpa memerlukan Wifi.

SYNCit pula boleh backup dan mengembalikan senarai kontak anda, SMS dan penggilan. Manakala SNAPit Camera boleh mempereloh gambar anda dengan beberapa shooting modes.

High Resolution Display

Lenovo Vibe Shot dimuatkan dengan 5 inci paparan Full HD (1920×1080) yang sangat terang. Pada masa yang sama, skrin tersebut boleh menyokong hampir 180 darjah wide-angle viewing (tontonan sudut lebar).

Kesimpulan – Adakah Anda Patut Beli Lenovo Vibe Shot?

Secara ringkasnya, saya terpegun dengan Lenovo Vibe Shot ini, dengan spesifikasi dan kualiti buatannya. Walaupun ia direka khas untuk mengambil gambar dengan kamera yang tinggi megapixel, ia juga sangat berkuasa. Oleh itu saya amat mencadangkan anda untuk mendapatkan Lenovo Vibe Shot ini.

Lenovo Vibe Shot sudah boleh didapati di kedai-kedai telefon yang berdekatan dengan anda. Ataupun anda boleh mendapatkannya melalui Lazada Malaysia. Klik imej di bawah untuk berbuat demikian, ataupun klik di sini.

Harap artikel ini membantu anda. Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here