Reviu Microsoft Lumia 535 – Mahukan Smartphone Murah? Inilah Pilihannya

Microsoft Lumia 535 merupakan model pertama yang ‘dijenamakan’ oleh Microsoft dari Nokia. Model ini diumumkan beberapa bulan yang lalu, merupakan smartphone bajet, dan menyasarkan kepada orang yang ingin menggunakan smartphone seadanya dan bukan untuk pengguna yang suka multitasking.

Dengan harga yang murah, anda sudah dapat memiliki telefon ini – RM455 di Lazada Malaysia. Lumia 535 membawa banyak fungsi yang terdapat di dalam Windows 8.1 – ya, Cortana juga dimuatkan. Model ini dikuasai olehSnapdragon 200 (hanya) dan datang dalam 1GB Ram.

Jadi, adakah model ini boleh memberikan kepuasan kepada pengguna, atau sekadar menjadi peranti smartphone yang mengecewakan? Jom baca artikel ini secara penuh di bawah.

Reka Bentuk Lumia 535

Seperti yang kami bagitahu, sudutnya perlu dipotong sedikit – telefon ini agak membosankan, depannya warna hitam dan terdapat logo Microsoft di atas skirn paparan dan terdapat kamera disebelahnya. Jika anda dalam persekitaran yang gelap, anda akan sukar untuk mementukan dimana bahagian atas dan bawahnya.

Panel belakangnya macam membaluti sekeliling telefon ini dengan beberapa pilihan warna. Plastiknya tidaklah berasa murah semasa menyentuhinya, tetapi kesan jari mudah melekat.

Untuk butang pula, kami merasakannya ia sangat mudah dan selesa untuk digunakan – kedua-dua butang power dan butang volume diletakkan disebelah kanan.

Dari segi saiz pula, telefon ini mempunyai paparan skirn sebesar 5-inci, tetapi sangat mudah untuk dipegang. Jika kita ingin kategorikan model ini dengan telefon yang lain, kita boleh katakan ianya di dalam kategori biasa – tidaklah terlalu besar, dan tidak terlalu kecil.

Paparan & Skrin

Model permulaan Lumia 535 ini memuatkan pixel sebanyak 540 x 960 resolusi, membuatkannya 220 ppi dalam paparan 5-inci tersebut. Tidaklah terlalu terang dan tidaklah terlalu kolot – tetapi kadangkala perlu zoom untuk membaca sesuatu.

Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, ianya sukar untuk dilihat – tetapi tidaklah paling teruk dalam skop harga macam ini. Jika dilihat secara terus pada skrin paparan, anda akan mendapati paparannya terang dan sudah memuaskan.

Antara Muka Microsoft Lumia 535

Lumia 535 ini dimuatkan dengan sistem operasi Windows Phone 8.1 – satu sistem mobil yang sangat unik, yang tidak ada home screen dan ikon, tetapi hanya dengan satu menu “Start”, dipenuhi dengan tiles yang mudah diubah, yang mewakili satu aplikasi.

Sesetengah boleh aktif yang dikenali sebagai “Live Tiles”, ianya akan menunjukkan notifikasi secara live, memberikan maklumat semasa kepada pengguna. Drop- down notification menu boleh membekalkan 4 sistem toggle, yang boleh diubah mengikut kehendak anda.

Lumia 535 ini sertakan dengan Cortana, virtual assistant daripada Microsoft, seakan sama dengan Siri dari Apple. Cortana boleh mengingati nama dan kesukaan anda. Kadangkala akan mencadangkan beberapa aktiviti dan berita, yang ia rasa berkait dengan anda.

Microsoft telah banyak memperbaiki Cortana untuk tidak nampak terlalu kolot dan berbunyi seperti robot secara terang-terangan.

Windows Phone 8.1 juga memuatkan pakej Office, yang boleh berfungsi dengan lancar dalam Lumia 535. Ia boleh membantu pengguna untuk membaca dan menyunting dokumen dan spreadsheet dengan mudah, namun dengan skrin 5-inci tidaklah berapa ideal – sekurang-
kurangnya model ini menyokong fungsi ini.

Prosesor dan Memori

microsoft lumia 535 spesifikasi

Model Lumia 535 ini dilengkapi dengan prosesor 1.2 GHz Qualcomm Snapdragon 200 dengan kapasiti memori RAM sebanyak 1GB. Semasa menggunakannya, ia tidaklah terlalu lembab, walaupun ada sekali sekala sangkut, terutama semasa membukan aplikasi.

Kadangkala skrin sesentuhnya tidak berfungsi dengan baik, dan pengguna terpaksa menunggu lama.

Lumia 535 mempunyai storan 8GB, tetapi sekitar 3Gb digunakan untuk sistem operasi dan aplikasi default seperti Office. Namun, nasib baik kerana ia menyokong kad microSD, microSDHC ataupun microSDXC sehingga 128Gb.

Semasa penggunaan internet pula, Explorer kadang kala mengalami masalah dalam memaparkan laman web yang besar dan kompleks, dan menonton Youtube pula kadang-kala crash dan terpaksa restart aplikasi tersebut.

Sekiranya anda melayari laman web yang ringan dan tidak banyak unsur, ia sudah memadai.

Sama juga pada permainan (mobile games), jika game tersebut adalah ringkas, mudah dan tidak memerlukan prosesor dan ram yang tinggi, ia boleh membukanya dengan baik. Sebaliknya berlaku jika game itu adalah kompleks.

Untuk video pula, model ini agak sukar untuk memainkan video bersaiz 1080p. Untuk rakaman video dari kamera pula ia hanya boleh merakam 848 x 480 pixels pada 30 FPS. Seperti yang dijangkakan, kualitinya tidaklah sangat baik. Rakaman audio juga biasa-biasa sahaja.

Multimedia

Lumia 535 mempunyai satu speaker pada bahagian belakangnya, yang tidaklah sangat teruk. Audionya baik dan kuat tanpa pecah.

Format video yang boleh dimainkan adalah XviD, DivX, MOV dan MP4, tetapi gagal untuk memainkan format HD dan ke atas. Jika anda mainkan juga, ia akan sangkut dan membeku, manakala audio masih bermain, lol.

Bateri

Lumia 535 mempunyai bateri sebesar 1,905 mAh . Anda mungkin merasakan bateri yang kecil itu tidak dapat bertahan lama, tetapi perlu ingat bahawa telefon ini mempunyai resolusi yang kecil, prosesor yang tidak kuat memberikan kekuatan kepada model ini dalam segi jangka masa baterinya boleh bertahan.

Ada orang yang menyatakan bahawa mereka dapat menggunakan Lumia 535 untuk beberapa hari tanpa perlu dicas.

Windoes Phone juga mempunyai setting untuk menjimatkan bateri untuk membantu anda mendapatkan lebih kuasa dalam jangka masa yang lama. Microsoft menjamin anda mendapat 11 jam penggunaa ataupun 23 hari dalam stand by.

Kesimpulan

Lumia 535 boleh membekalkan perantian Windows Phone 8.1 dengan baik, dengan harga yang murah. Ya, tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa kekurangan jika dibandingkan dengan telefon yang lebih mahal, ini tidak terhad kepada resolusi skrin, kamera dan kualiti
panggilan.

Yang baik pula, Lumia 535 ini datang dalam pakej 5-inci, sistem windows yang lancar, mempunyai aplikasi Office, Cortana dan bateri yang memuaskan. Namun, ianya tidaklah untuk pengguna yang tegar dan orang yang perlukan presatasi yang terbaik.

Walau apa pun, dengan harga RM455 anda sudah boleh berpuas hati dengan model ini. Anda boleh mendapatkan Lumia 535 ini di Lazada Malaysia ataupun mana-mana kedai telefon berdekatan.

Harap artikel ini membantu anda membuat pilihan yang terbaik sebelum membeli telefon baharu.

Sekian~

Leave a Comment