Reviu Microsoft Surface Pro 4 – Semua Yang Anda Perlu Tahu

microsoft surface pro 4

Tidak dinafikan bahawa Microsoft Surface ini sangat cantik dan moden, tetapi sedikit jangkal. Ianya sangat sesuai untuk kegunaan sesuatu yang spesifik, tetapi kadangkala tidak selesa digunakan untuk tugasan yang lain.

Dan untuk model terbaru ini, yang dikenali sebagai Microsoft Surface Pro 4, mereka telah menambah dan memperbaiki beberapa aspek tersebut untuk menyakinkan pengguna bahawa gajet ini perlu dimiliki.

Idea disebalik Surface adalah untuk menghasilkan satu peranti yang boleh melakukan semua benda dan datang dalam bentuk yang nipis dan kecil. Surface Pro mampu memberikan anda aplikasi produktiviti seperti MS Word dan lain-lain, tetapi juga boleh run aplikasi mobil.

Namun, dari segi prestasinya pula, tidaklah dibanggakan sangat – ia tidak mampu menjalankan aplikasi yang berat seperti Photoshop dan After Effects dengan baik.

Namun, dengan portabiliti Microsoft Surface Pro 4 ini, anda sudah boleh berpuas hati dengan prestasi yang diberikan kepada pengguna biasa – yang hanya menggunakannya untuk melayari internet ataupun menjawab email.

Spesifikasi Microsoft Surface Pro 4

Berikut adalah spesifikasi Surface Pro 4

Skrin: 12.3-inches
Resolutsi: 2736×1824 (276ppi)
Footprint: 11.50” x 7.93”
Ketebalan: 8.4mm
Berat: 1.69 pounds
OS: Windows 10
Prosesor: Intel Core M3 sehingga Intel Core i7 (Skylake)
Kamera: 5MP font, 8MP rear
Aksesori: Pen, Keyboard Cover (Tidak termasuk)
Bateri: 9 hours
Storan: 128GB sehingga 512GB
RAM: 4GB sehingga 16GB
Harga bermula: RM3999 (For Core M)

Masalah Pada Photo dan Video Editing

Surface Pro 4 yang saya reviu ini hanya mempunyai 8GB RAM dan prosesor Intel Core i5 Skylake. Jika anda ingin power yang lebih, anda boleh tingkatkan prosesor dan RAM.

Saya mencuba memuatkan beberapa video 4K kedalam aplikasi Premiere. Surface Pro 4 ini boleh melakukan video editing dengan kadar yang sedikit. Tetapi video 4K tidak dapat dimainkan dengan baik dan mendapat banyak kali frame drop. Walaupun dengan 1/4 resolusi, saya masih tidak dapat melihat footage video tersebut dengan baik.

Edit gambar dalam Lightroom lebih stabil, tetapi jangan harapkan kelajuan sepertimana desktop. Namun, trackpad dan keyboard pada Surface Pro 4 ini sangat mengecewakan semasa melakukan editing.

Trackpadnya tidak secekap dan setepat yang anda jangkakan. Kadangkala ia tidak menerima signal semasa saya scroll. Ini membuatkan Surface Pro 4 ini nampak tidak responsif.

Stylus

Dengan stylus, ia menjadi salah satu daya tarikan kepada peranti Surface Pro ini – namun jarang orang menggunakannya.

Ianya mudah dan selesa dipegang, seperti marker. Dibelakangnya mempunyai pemadan, satu penambahbaikan yang sangat baik – memudahkan anda memadam contengan ataupun tulisan anda.

loading...

Bukan Untuk Semua Kegunaan

Kebanyakan masa, Surface Pro 4 ini berfungsi dengan baik. Dan ada juga kadang-kala ia tidak. Saya kena reconnect keyboard sebab trackpad tidak dapat dikesan. Dan ada juga masa saya terpaksa restart Surface kerana tidak berfungsi langsung. Ada juga masa Surface ini crash dan hang, dan perlukan masa yang panjang untuk restart.

Salah satu pesaing Surface Pro 4 ini adalah Macbook Air -ringan, nipis dan sesuai untuk kegunaan biasa, tetapi tidak sesuai untuk kegunaan yang berat seperti video dan photo editing.

Video Reviu

Anda boleh meyaksikan video reviu model ini oleh Tested di bawah untuk lebih terperinci:

Dimana Boleh Dapatkannya?

Anda boleh mendapatkan Microsoft Surface Pro 4 di Lazada Malaysia dengan harga RM3999. Anda boleh melakukan pre-order dengan klik pada gambar di bawah:

microsoft surface pro 4

Kesimpulan

Secara ringkas, Microsoft Surface Pro 4 ini sangat sesuai kepada orang yang perlukan komputer yang sangat ringan, bateri yang boleh tahan lama dan nipis – sesuai untuk dibawa kemana-mana sahaja.

Tetapi bagi orang yang perlukan kekuatan komputer yang lebih kuat, model ini tidak digalakkan untuk dimiliki , bahkan untuk digunakan.

Harap reviu ini membantu anda dalam memilih model komputer/laptop.

Sekian.

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here