Reviu Moto 360 2nd Gen – Smartwatch Terbaik Untuk Anda

reviu moto 360 2nd gen

Syarikat Motorola sudah lama bergiat dalam pasaran Android Wear (smartwatch) ini. Produk pertama mereka, iaitu Moto 360 yang dikeluarkan pada 2014 telah mendapat banyak liputan media.

Namun, pada kali ini Motorola telah memperkenalkan produk terbaru mereka, iaitu Moto 360 2nd Gen dan sudah boleh dibeli di Malaysia melalui Lazada Malaysia.

Artikel kali ini akan reviu beberapa aspek tentang produk smartwatch ini. Okay, jom!

Reka Bentuk Moto 360 2nd Gen

Dari segi reka bentuk Moto 360 2nd Gen ini, anda akan perasan bahawa Motorola ingin membawa fungsi dan “rasa” smartphone mereka ke dalam model smartwatch ini – Moto Maker.

Dengan Moto Maker, anda boleh membuat pengubahsuaian yang anda mahu ke atas peranti anda. Walaupun anda tidak mempunyai banyak customization, namun anda mendapat apa yang perlu – saiz, reka bentuk bezel, warna dan pelbagai pilihan tali jam. Anda boleh reka design yang mana anda suka dengan menggunakan Moto Maker.

Selain daripada itu, Moto 360 2nd Gen ini juga memudahkan proses menukar tali jam. Smartwatch ini juga agak ringan, iaitu hanya sekadar 50 gram – lebih ringan dari sesetengah jam tangan biasa.

Paparan

paparan moto 360 2nd genMoto 360 2nd Gen mempunyai papara IPS LCD dengan resolusi 360 x 330 pixels, dan menggunakan kaca dari Corning Gorilla Glass 3.

Paparan smartwatch ini sangat baik. Nombor dan teks boleh nampak dengan jelas di tempat yang cerah, dan dengan bantuan fungsi ambient light sensor, anda tidak perlu banyak menukar setting brightness ke apa, sebab ia akan menukar secara automatik.

Paparan Moto 360 kali ini tidak jauh bezanya dari model sebelumnya, oleh itu tidak banyak boleh diulas di sini.

Prestasi

Moto 360 ini mempunyai prosesor Qualcomm Snapdragon 400 dan RAM sebanyak 512MB. Dalam kategori smartwatch, ini sudah kira sangat baik. Kebanyakan task yang dibuat di dalam smartwatch, seperti melihat notifikasi, baca teks ringkas, lihat waktu jam boleh dilakukan dengan pantas, tanpa sebarang lag.

Walaupun begitu, kami ada sedikit masalah dengan voice recognition, di mana smartwatch ini kadang kala sukar untuk menerima arahan “OK Google”. Jika anda tidak berminat untuk menggunakan fungsi ini, maka smartwatch ini sudah cukup bagus.

Bagi fitness tracking pula, Moto 360 dilengkapi dengan Google Fit dan Moto Body yang boleh memberikan maklumat seperti berapa langkah anda sudah ambil, berapa kalori sudah dibakar dan lain-lain. Aplikasi yang baik, tetapi tidak sesuai jika anda memilih tali jam kulit dan besi.

Hardware

Moto 360 2nd Gen ini datang dengan IP67 certification sebagai kalis kepada debu dan air, namun jika anda memiliki tali jam kulit, adalah terbaik kalau anda menukarkannya terlebih dahulu.

Prestasi mikrofonnya agak lemah, seperti yang dinyatakan di atas. Tetapi kalau anda tidak berminat untuk bercakap dengan smartwatch, maka fungsi ini boleh diabaikan.

Berkaitan dengan bateri pula, Moto 360 2nd Gen mempunyai bateri berkapasiti sebanyak 300 mAh, agak standard untuk kategori smartwatch. Tetapi apa yang lebih menarik adalah ia mempunyai wireless charging. Ini akan memudahkan anda mengecas jam.

Smartwatch ini boleh bertahan selama sehari penggunaan, sahaja. Jangka masa cas pula, dalam lingkungan 1 jam setengah (dari 0% hingga 100%)

Model ini juga disertakan dengan sambungan Wi-Fi. Anda boleh mendapat sebarang update seperti berita, tweet, dan ramalan cuaca terus dari jam tangan anda.

Software

software moto 360Bagi aspek software atau perisian pula, ia tidak jauh bezanya dengan Moto 360 edisi pertama. Selain daripada pengambahan pada notifikasi, Google Now, model ini tidak jauh dari Moto 360.

Anda mempunyai pilihan untuk tambah aplikasi jika mahu, tetapi kebanyakan aplikasi yang perlu untuk penggunaan harian sudah terdapat di dalam secara default. Jika mahu reply mesej dengan menggunakan arahan suara, pastikan anda tidak berada di tempat yang bising, kerana boleh mengganggu mikrofon.

Harga

Moto 360 2nd Gen ini berharga RM1399, dan boleh didapatkan dari Lazada Malaysia – model yang ada adalah model small (42mm) dengan tali jam kulit. (1 year warranty)

Untuk maklumat lanjut sila layari link ini.

Video Reviu Moto 360 2nd Gen

Jika anda ingin mendapatkan reviu yang lebih mendalam, anda boleh melihat video Youtube oleh Android Authority di bawah:

Kesimpulan

Secara ringkas, Moto 360 2nd Gen ini sangat memuaskan dan sangat berbaloi jika dapat dimiliki. Cuma yang tinggal persoalan adalah – perlu ke ada smartwatch?

Soalan itu, bergantung kepada individu. Mungkin sesetangah tidak berminat, manakala sesetengah yang lain akan berminat – semua ini adalah bergantung kepada diri anda sendiri.

Harap reviu ringkas ini membantu anda membuat keputusan, sama ada ingin membeli atau tidak. Saya sangat sarankan anda membelinya!

Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here