Reviu OnePlus X – Eksklusif Di Lazada Malaysia

reviu OnePlus X Lazada Malaysia

OnePlus merupakan jenama smartphone yang tidaklah popular di Malaysia, kalau nak dibandingkan dengan Samsung atau iPhone, namun masih menjadi tarikan utama kepada geek atau nerd – kerana harganya murah dengan kualitinya tinggi.

OnePlus X berharga RM1288 (eksklusif di lazada) mempunyai spesifikasi yang sangat baik dan reka bentuk yang menawan. Biasanya, smartphone ini tidak boleh dibeli di mana-mana kedai kerana sistem penjualannya berasaskan kepada invite.

Namun, dengan kerjasama daripada Lazada Malaysia, mereka boleh mendapatkan stok untuk jualan eksklusif kepada pelanggan Lazada. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Berminat untuk memilikinya? Baca reviu penuhnya di bawah terlebih dahulu.

Reka Bentuk

OnePlus X boleh dikatakan telefon yang paling cantik yang pernah dikeluarkan oleh syarikat ini. OnePlus 2 lebih kepada OnePlus One, tetapi untuk edisi ini, mereka lakukan sedikit perbezaan.

OnePlus X mempunyai gelas di belakang – sangat cantik, sehinggalah anda menyentuhnya dengan jari. Beberapa kali menggunakannya, cermin tersebut sudah penuh dengan kesan jari.

Walaupun belakangnya nampak licin, tetapi ianya tidak – senang sahaja untuk dipegang di tangan.

Di belakang cermin gelas terdapat logo OnePlus. Penjuru OnePlus X ada sedikit lengkung, seakan iPhone 6S, namun tidaklah sekuat iPhone rasanya.

Dibahagian hadapan telefon ini, bahagian atas mempunyai kamera, earpiece dan notifikasi LED. Apa yang menarik tentang produk ini adalah anda boleh menentukan warna LED tersebut untuk notifikasi yang tertentu, seperti satu warna untuk notifikasi, dan warna yang lain untuk bateri kurang.

Sebelah tepi kanan terdapat butang volum dan butang power di bawahnya. Biasanya telefon yang lain akan meletakkan butang power paling atas – mungkin OnePlus mahukan kelainan.. hmm

Satu yang menarik adalah OnePlus X ini tidaklah terlalu berat, dengan saiznya dan ika dibandingkan dengan model-model sebelumnya.

Saya secara jujur menyukai reka bentuk OnePlus X ini – dan anda pasti tidak akan dapat smartphone secantik ini dengan harga seperti ini dari mana-mana pengeluar smartphone yang lain.

Skrin Paparan

OnePlus memang menghasilkan skrin paparan yang baik – tapi model sebelum ini lebih besar. Walaupun model OnePlus X ini agak kecil, mereka tidak mengabaikan faktor skrin.

OnePlus X mempunyai skrin 5-inci di hadapan dengan resolusi 1,080 x 1,920 (Full HD). Jika dibandingkan dengan Sony Xperia Z5 Compact, yang dikatakan smartphone ‘premium’ masih lagi menggunakan resolusi 720 x 1,280.

Sudut pandangan OnePlus X adalah baik, gambar nampak jelas, tiada masalah di bawah cahaya matahari.

Antara Muka

oneplus x malaysia

OnePlus X menggunakan Android 5.1 Lollipop. Agak mengecewakan kerana tidak menggunakan terus Android 6.0 Marshmallow, namun jangan risau kerana pengeluar menjamin akan mengeluarkan update pada masa hadapan.

Model ini menggunakan UI yang dikenali sebagai OxygenOS, boleh katakan sebagai satu skin kepada Android. Apa yang menarik dengan OxygenOS adalah ia meringkaskan navigasi asal yang terdapat pada Android, dengan design flat.

Dengan OnePlus X, anda tidak akan dibebabkan dengan sebarang aplikasi bloatware atau apps dari mengeluar – biasanya ada dalam smartphone Acer, ASUS dan Huawei.

Semua aplikasi Google yang anda harapkan ada dalam OnePlus X seperti Chrome, Google+, Play Store dan lain-lain.

Sistem navigasinya sangat mudah untuk dibiasakan, menu setting dimuatkan dengan banyak pilihan untuk mengubah cita-rasa anda.

Prestasi

Prestasi adalah di mana OnePlus X agak kekurangan, kerana model ini menggunakan
Qualcomm Snapdragon 801, iaitu prosesor yang lama, bukannya yang edisi yang terbaru.

Kadang-kala, video yang dimainkan tersekat-sekat. Untuk permainan pula, seperti Asphalt 8, OnePlus X boleh memainkannya dengan baik, tetapi untuk jangka masa yang lama, ia mula lembab.

Jika anda menggunakan smartphone untuk melakukan sesuatu yang intensif seperti streaming video HD atau bermain game yang rancak, mungkin OnePlus X tidak dapat memberikan kepuasan yang baik.

Untuk ujian bench marking pula, OnePlus X dapat keputusan untuk single-core sebanyak 909 manakala multi-core sebanyak 2408 dalam GeekBench.

Bateri

Bateri OnePlus X bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan – di mana ia tidak dapat bertahan selama sehari walaupun dengan cas penuh pada awal paginya.

Apa yang baiknya pula adalah model ini mempunyai fungsi fast charging. Baterinya tidak boleh dikeluarkan, tidak boleh diganti.

Dengan hanya 2,525mAh bateri kapasiti, ia begantung kepada kadar penggunaan oleh pengguna juga. Perkara ini subjektif. Jika anda hanya menggunakan OnePlus X untuk berhubung, hantar mesej, buat panggilan sahaja, rasanya tiada masalah.

Kamera

Biasanya, smartphone yang keluar dengan harga seperti ini mesti akan kantoi pada kamera. Namun, itu tidak berlaku kepada OnePlus X, di mana ia mempunyai sensor 13MP, dan mampu menangkap gambar resolusi 4128 x 3096.

Kamera OnePlus X ini sesuai untuk gambar pada waktu siang- resolusinya baik, dan jelas. Close-up shots sangat baik dan gambaran landskap pula menyerlah.

Namun, perkara berbeza pula berlaku pada waktu malam ataupun tempat low-light.
Walaupun begitu, anda tidak mengharapkan semuanya lengkap dengan harga semurah ini.

Dimana Boleh Beli OnePlus X

Anda boleh beli OnePlus X di Lazada Malaysia, satu-satunya tempat yang anda boleh dapatkan OnePlus X buat masa ini.

Ianya eksklusif dan anda boleh membuat pre-order di sini dengan harga RM1288 sahaja. Kena cepat sebab terhad kepada 300 unit sahaja.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, jenama OnePlus ini mampu mengeluarkan produk yang baik, dengan harga yang murah. Ini boleh memberikan tekanan kepada pengeluar smartphone yang lain.

Dan dengan harga yang murah itu, mesti ada sedikit kekurangan, dalam kes ini; prosesor yang lama, kekurangan NFC dan kamera yang tidak memuaskan dalam low-light.

Tetapi dalam skop harga seperti ini, anda mustahil untuk mendapatkan telefon yang sebaik ini – percayalah!

Harap reviu ini membantu anda memilih smartphone yang terbaik.

Sekian.

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here