OnPay.my merupakan satu platform micro eCommerce yang diurus oleh OnPay Solution Sdn Bhd bagi memudahkan para usahawan menjual produk online tanpa peningkan kepala dengan macam-macam setting dan configuration.
OnPay menyediakan platform yang mudah untuk digunakan untuk semua tahap pengguna. Para usahawan hanya perlu fokuskan kepada perniagaan mereka sahaja, dan biar OnPay urus jualan anda.
Sekiranya anda seorang usahawan yang mahu menjual produk secara online tetapi tidak tahu caranya, atau tidak bebarapa mahir teknikal komputer, atau tidak mahu peningkan kepala, OnPay adalah solusinya.
Artikel ini akan kupas semua tentang OnPay termasuklah dari segi features, harga, faq, kelemahan dan sebagainya.
Kenapa OnPay?
Mungkin anda tertanya-tanya kenapa pilih OnPay berbanding dengan laman web ecommerce yang lain seperti Wix, SquareSpace, atau Shopify?
OnPay adalah keluaran syarikat di Malaysia yang sudah beroperasi sejak tahun 2015 lagi. Mereka berpengalaman dan sudah mendalami selok belok pasaran dan urus niaga online dan bagi rakyat Malaysia.
Cara rakyat Malaysia menjual dan membeli secara online agak berbeza sedikit dengan cara orang barat. Kalau di barat, mereka lebih suka membeli dengan kad kredit dan Paypal, tetapi di Malaysia, kita lebih suka membeli dengan online banking dan cash on delivery (cod).
Kaedah pembayaran online banking tidak ada secara default bagi laman web Wix, SquareSpace, dan Shopify – anda mungkin kena caj tambahan untuk dapatkan kaedah pembayaran itu.
Dengan OnPay, ini adalah setting default. Anda mudah, pelanggan mudah.
Selain itu, dengan OnPay, anda boleh dapatkan sokongan daripada customer service tempatan. Mudah untuk berurusan dan berkomunikasi. Tidak perlu lagi dengan hanya berbalas email tanpa bersua.
Kalau macam itu, kenapa tidak Shopee atau Lazada?
OnPay membolehkan anda design landing page produk mengikut kreativiti sendiri tanpa ada peraturan ketat. Anda boleh guna segala kemahiran penulisan iklan (copy writing), gambar, video, art style, testimoni, dan sebagainya mengikut cita rasa anda tanpa had. Berbeza dengan Shopee atau Lazada yang hadkan penjual kepada kotak description kecil dekat bawah.
OnPay lebih menyerlah untuk penjualan single produk one-off dalam bentuk mini ecommerce site.
Platform Yang Dipercayai dan Diyakini
Setakat artikel ini ditulis, OnPay sudah mempunyai 25,000 usahawan yang mendaftar dan menggunakan platform ini secara aktif dalam urusan jual beli produk mereka. Antara pelanggan OnPay adalah seperti berikut:
Manakala ini pula adalah statistik pengguna mereka:
Lebih 7 juta transaksi sudah berjaya diproses dengan jumlah jualan lebih RM800 juta. Secara purata, OnPay memproses dalam 20,000 transaksi dan RM2,000,000 sehari. Saya yakin dengan platform ini.
Contoh Produk-Produk yang Dijual di OnPay
OnPay menyediakan laman Marketplace untuk memudahkan anda mencari produk yang tersenari dalam platform mereka. Anda boleh akses laman Marketplace itu di sini.
Anda boleh browse mengikut kategori atau mencari berdasarkan kata kunci. Di sini juga anda boleh lihat bagaimana peniaga lain mempromosikan produk-produk mereka dalam bentuk mini ecommerce site.
3 Ciri-Ciri Utama OnPay
- Jual Pelbagai Jenis Produk Dalam Satu Akaun
OnPay menggunakan istilah “borang tempahan” untuk satu-satu laman yanga anda buat. Anda boleh buat banyak borang untuk satu akaun pada satu-satu masa (mengikut pakej).
Setiap borang ini boleh menjadi minisite, boleh menjadi e-commerce, boleh menjadi laman jualan tiket, sungguh banyak fungsinya!
- Pelbagai Jenis Produk Dalam Satu Borang
OnPay telah menyediakan pelbagai jenis tetapan dan modifikasi yang anda boleh lakukan pada borang tempahan anda. Pendek kata, anda tidak perlu berfikir panjang semata-mata untuk berniaga online. Daftar OnPay, terus berniaga!
Antara produk yang boleh dijual melalui OnPay:
- Produk fizikal
- Tiket acara
- Derma
- E-book
- Video
- Menyokong Pelbagai Gerbang Pembayaran
Untuk menerima bayaran daripada pelanggan, OnPay menyediakan sokongan untuk pelbagai gerbang pembayaran sama ada dari Malaysia ataupun antarabangsa. Antara gerbang pembayaran yang OnPay sokong adalah Billplz, Stripe, PayPal, toyyibPay, iPay88 dan lain-lain.
Pembayaran tunai, cek, deposit tunai dan wang pos juga disokong.
Fungsi-Fungsi Yang Ditawarkan OnPay
OnPay banyak menyediakan fungsi untuk memudahkan para peniaga dan pembeli. Berikut adalah senarai fungsi yang tersedia ada dalam OnPay:
- Pengurusan Database
Urus database pelanggan, jualan dan lain-lain dengan mudah. - Borang Tempahan
Cipta borang tempahan yang mempunyai pelbagai tetapan dan fungsi untuk mendapatkan jualan mengikut kehendak anda. - Produk Harga Bertingkat
Ingin menjual produk dengan harga berperingkat? Tiada masalah dengan OnPay. - Kupon
Berikan kupon kepada pelanggan anda untuk menghargai mereka. Pelbagai tetapan boleh ubah sesuai dengan perniagaan anda. - Borang Tempahan Di Web Anda
Ada laman web sendiri? Anda boleh memaparkan borang tempahan OnPay di laman web anda. - Tempahan Acara
Terima tempahan untuk pembelian tiket acara secara online dengan mudah. - Invois
Jana invois secara automatik apabila pembayaran telah disahkan. - Semakan Status Bungkusan
Dapatkan kemaskini setiap pergerakan bungkusan pelanggan anda. - Emel
Emel kepada pelanggan anda pasti akan sampai dengan penghantaran emel diurus oleh OnPay. - SMS
OnPay membantu anda menghantar SMS kepada pelanggan anda dengan lebih berkesan. - Sokongan Templat
Templat memudahkan anda menghantar lebih banyak mesej dengan hanya satu klik. - Sokongan Gerbang Pembayaran
Terima pembayaran dari lebih ramai pelanggan dengan sokongan Billplz, toyyibPay, Stripe dan lain-lain. - Affliate
Hidupkan fungsi affiliate untuk kegunaan perniagaan anda. - Dropship
Luaskan jajahan bisnes anda dengan sokongan dropship. - Pengedar
Lebih ramai, lebih bagus. OnPay menyokong fungsi pengedar. - Custom Domain
Ada domain sendiri? Gunakannya di OnPay dengan bergaya! - Custom SMTP
Telah melanggan servis emel seperti Amazon SES, Mailgun dan lain-lain? OnPay menyokong fungsi Custom SMTP untuk kemudahan anda. - Teknologi Perkomputeran Awan
Anda tidak perlu risau tentang server lagi. Sistem kami boleh menerima berjuta pengunjung pada satu masa. - Tiket Acara QR
Peserta hanya perlu mencetak tiket untuk acara mereka. Anda hanya perlu imbas menggunakan aplikasi mudah alih kami. - Slip Penghantaran
Anda boleh menjana slip penghantaran untuk kurier seperti PosLaju dengan hanya satu klik dan cetak mengguna pencetak dot-matrix. - Laporan Jualan
Anda boleh menjana laporan untuk jualan anda dalam format seperti Excel dan PDF supaya boleh digunakan dalam analisa anda.
Laman Demo Admin Panel OnPay
Dengan banyak fungsi yang dinyatakan di atas, anda mesti ingin merasa nak mencuba bukan? Jangan risau, pihak OnPay ada menyediakan laman demo admin panel khas untuk usahawan macam anda. Anda boleh akses panel admin OnPay dengan klik link demo ini.
Laman tutorial juga disediakan untuk memudahkan para pelanggan nagivate dan guna platform ini. Laman tutorial boleh di akses melalui link ini.
Selepas mencuba, anda mesti fikir nak guna OnPay ini mahal kan? Jom tengok pakej mereka dibawah, sebenarnya sangat berpatutan.
Pakej OnPay
Berikut adalah harga pakej secara ringkas yang ditawarkan oleh OnPay.
PERCUMA | BASIC | LITE | PREMIUM | |
1 BLN | RM 0 | RM 55 | RM 90 | RM 140 |
3 BLN | RM 0 | RM 45 | RM 80 | RM 130 |
6 BLN | RM 0 | RM 35 | RM 70 | RM 120 |
1 THN | RM 0 | RM 25 | RM 60 | RM 110 |
BIL. PRODUK | 3 | 15 | 250 | 5,000 |
BIL. BORANG | 1 | 3 | 50 | 500 |
STORAN GAMBAR | Tiada | Tiada | 256MB | 512MB |
HEBAHAN EMEL | Tiada | 100 | 5,000 | 40,000 |
BIL. STAFF | Tiada | Tiada | 5 | 50 |
*Harga di atas adalah mengikut kadar sebulan.
Untuk pendetailan pakej, anda boleh klik pada link ini.
Sekiranya anda masih belum yakin untuk melanggan, tidak mengapa kerana OnPay ada menyediakan trial percuma selama 3 bulan untuk anda mencuba platform ini. Anda boleh buka akaun percuma 3 bulan dengan klik pada butang di bawah.
Soalan-Soalan Lazim (FAQ) OnPay
Masih banyak persoalan tentang OnPay? Disini ada serba sedikit FAQ tentang OnPay
- Adakah caj setup dikenakan untuk setiap kali langganan?
Tidak, caj setup hanya dikenakan sekali sahaja untuk langganan pertama. - Adakah caj transaksi dikenakan untuk setiap transaksi dalam sistem?
Tiada caj transaksi dikenakan untuk sebarang transaksi dalam sistem. - Adakah sistem tersedia dengan fungsi payment processor?
Tidak, tetapi sistem menyediakan sokongan integrasi untuk payment processor seperti PayPal, Billplz, senangPay, iPay88 dan MOLPay. - Jika langganan diperbaharui sebelum langganan tamat, bilakah tarikh langan akan bermula?
Tarikh langganan baharu akan bermula selepas tarikh langganan sedia ada tamat. - Bolehkah saya naik taraf pakej langganan yang sedia ada?
Ya, pakej langganan sedia ada boleh dinaik taraf pada bila-bila masa. Harga naik taraf dikira secara prorata berdasarkan baki hari dan beza harga antara 2 pakej. - Bolehkah saya turun taraf pakej langganan yang sedia ada?
Pakej langganan sedia ada tidak boleh diturun taraf. - Adakah saya perlu top up kredit SMS?
Perlu sekiranya anda mahu menghantar notifikasi atau hebahan SMS kepada pelanggan. - Berapakah harga kredit SMS?
Harga kredit SMS boleh didapatkan pada serendah RM 0.074 per kredit. - Bolehkah nama subdomain akaun ditukar selepas pendaftaran?
Nama subdomain tidak boleh ditukar selepas pendaftaran. - Apakah pakej yang sesuai untuk saya?
Pakej permulaan yang OnPay syorkan kepada anda ialah Pakej Lite. Anda boleh menaik taraf pakej langganan pada bila-bila masa, bergantung kepada keperluan dan kesesuaian perniagaan anda.
Kalau masih ada persoalan yang masih belum terjawab, anda boleh hubungi pihak OnPay dengan klik di sini.
Kelemahan
Walaupun OnPay dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri dan fungsi yang canggih, namun platform ini tidak imun kepada beberapa kelemahan. Antara kelemahan utama yang saya dapat perhatikan adalah kekurangan dalam design store dan landing page produk.
Sekrianya dibandingkan dengan platform lain seperti Wix dan Shopify, halaman store dan landing page produk adalah sangat customizable dan menggunakan design modern. Bagi OnPay pula, customization sangat terhad.
Tambahan lagi, disebabkan OnPay adalah platform micro ecommerce site, maka ia tidak sesuai bagi usahawan yang sudah mempunyai online store, mempunyai banyak produk catalog, atau professional.
Namun, sekiranya anda seorang newbie yang baru ingin memulakan perniagaan online, OnPay masih satu opsyen yang sangat baik.
Kesimpulan
Secara ringkas, OnPay adalah satu platform yang memudahkan para usahawan mengembangkan pasaran produk mereka ke dunia maya dengan cepat dan mudah. OnPay menyediakan pelbagai fungsi yang bolehkan para peniaga mengurus produk, borang, pelanggan, penghantaran, emel, iklan, affiliate, landing page, dan banyak lagi.
OnPay mempunyai 3 asas langganan dengan harga yang berpatutan. Anda boleh mencubanya dengan percuma selama 3 bulan dengan daftar dari link ini.
Sekiranya anda mahu mula berniaga online dengan cepat dan mudah tanpa peningkan kepala, OnPay adalah jawapannya.
Image by StockSnap from Pixabay