Setelah satu tahun berada dalam pasaran smartphone seluruh dunia, siri smartphone Samsung Galaxy A merupakan satu cara syarikat tersebut untuk menarik para pembeli – reka bentuk flagship, tetapi harga yang jauh lebih murah.
Tahun ini, Samsung telah melancarkan Galaxy A7 dan A5 yang baharu.
Dilancarkan dengan harga RM1300 smartphone Galaxy A7 ini banyak mengambil reka bentuk dari saudaranya, Samsung Galaxy S6.
Artikel ini adalah reviu untuk model Samsung Galaxy A7 ini.
Reka Bentuk Dan Paparan Samsung Galaxy A7
Dalam soal reka bentuk, smartphone Samsung Galaxy A7 ini banyak mengambil ilham dari Galaxy S6. Dengan skrin paparan dari Gorilla Glass 4 di hadapan dan di belakang, smartphone ini memang boleh memberikan nilai premium kepada pemiliknya.
Namun, model ini licin dan kalau tidak pegang dengan baik ia ada kemungkinan boleh terjatuh dari tangan anda.
Selain daripada gelas, model ini juga datang dengan bingkai besi. Volume rocker pada sebelah kanan dan butang power pada sebelah kiri.
Kamera 13MP ditempatkan pada panel belakang yang tidak boleh ditanggalkan, disamping flash LED di bawahnya. Pada bahagian bawah pula, terdapat 3.5mm headphone jack, speaker dan port micro-USB.
Pada bahagian hadapan pula, terdapat 5.5 inci skirn Super AMOLED yang sangat cantik. Smartphone ini datang dengan 1,920 x 1, 080 resolusi pada 401 ppi.
Ia juga mempunyai butang ‘home’ fizikal yang turut berfungsi sebagai fingerprint scanner. Diantaranya terdapat dua butang touch untuk kembali (previous) dan paparkan tab/app yang terbuka.
Dengan paparan yang cantik, ia menawarkan viewing angle yang sangat baik. Anda boleh menukarkannya kepada beberapa mod, seperti Adaptive display, AMOLED cinema, AMOLED photo vivid et al.
Kamera Dan Prestasi
Spesifikasi smartphone ini adalah seperti berikut:
Memory: 16GB non-expandable
OS: Android OS, v5.1.1 (Lollipop) with TouchWiz on top
CPU: Octa-core 1.6 GHz Cortex-A53
RAM: 3GB RAM
Connectivity options: 4G, 3G, Wi-Fi, Bluetooth v4.1 and GPS
Battery: 3,300mAh
Camera: 13MP rear camera, 8MP front-facing camera
Dalam model Samsung Galaxy A7 ini, mereka ingin memberikan feature tambahan, antara yang menarik adalah split-screen multi window, smart gesture control dan theme.
Dalam pengalaman kami, prestasi Galaxy A7 ini adalah sangat baik. Kualiti panggilan, walaupun dalam signal capaian yang lemah, masih dapat mengeluarkan bunyi yang sangat jelas.
Kami dapat memainkan video dan audio mp3 dengan baik. Pada masa yang sama, speakernya juga agak kuat dan jelas.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa keadaan dimana kami mendapati terdapat sedikit lag semasa melancarkan dan bertukar aplikasi, edit gambar, melayari internet, klik gambar, menonton video beresolusi tinggi atau bermain game yang perlukan grafik tinggi.
Aplikasi kamera dalam model ini juga tiada bezanya. Ia mengambil sedikit masa untuk dilancarkan. Sangat mengecewakan, terutama bagi orang yang suka snap gambar dengan cepat.
Apa yang baik dengan model Galaxy A7 ini adalah, ianya tidak mudah panas. Pada masa yang sama, boleh bertahan dengan lama (single charge) kerana mempunyai kapasiti bateri yang besar (3,300mAh).
Berbalik kepada kamera, smartphone ini datang dengan 13MP kamera dengan f/1.9 aperture dan optical image stabilization. Samsung Galaxy A7 turut mempunyai 5MP dengan f1.9 aperture kamera hadapan. App kamera juga mempunyai fungsi untuk menangkap gambar HDR.
Gambar yang diambil oleh kamera model Galaxy A7 ini agak bagus, dengan warna yang bertetapan dengan subjek imej. Kamera hadapan juga tidak mengecewakan bagi yang suka berselfie.
Oh, ya. Kamera belakang menyokong rekod video bersaiz 1080p.
Video Reviu
Berikut adalah video reviu oleh channel Youtube PhoneArena.com
Kesimpulan
Dengan reka bentuk yang menarik, paparan skrin yang terang, bateri yang boleh tahan lama – Samsung Galaxy A7 adalah smartphone yang baik. Walaupun tidak dinafikan bahawa ia mempunyai beberapa kelemahan.
Bermula dengan RM1300, kami rasa ia agak mahal jika dibanding dengan model-model smartphone yang lain. Sekiranya anda berminat untuk memiliki Samsung Galaxy A7 ini, anda boleh membuat pesanan sekarang melalui Lazada Malaysia dan mendapat sedikit potongan harga.
Harap artikel reviu ini membantu anda dalam membuat keputusan.
Sekian~