Reviu Samsung Galaxy Note 5 – Smartphone Berskrin Besar Terbaik! (Dengan Sedikit Kekurangan)

samsung galaxy note 5

Untuk beberapa tahun, Samsung telah mengikuti corak mengeluarkan dua flagship smartphone yang dikenali sebagai Galaxy S dan Galaxy Note. Kedua-dua smatphone ini datang dengan reka bentuk berbeza, saiz berbeza dan ciri-ciri berbeza.

Artikel reviu kali ini akan melihat pada keluaran terbaru Galaxy Note iaitu Samsung Galaxy Note 5!

Reka Bentuk

Tidak jauh beza Note 5 ini dengan model-model dahulu. Walaupun begitu, kita boleh lihat bahawa ia ada mengambil sedikit unsur dari Galaxy S seperti struktur besi dan gelas.

Kesemua butang-butang berada pada tempat yang selesa ditekan, fingerprint scanner pula diintegrasi dengan butang “home” di hadapan. Di bahagian bawah pula, terdapat port microUSB, headphone ack, speaker, dan S-Pen.

Galaxy Note 5 yang terbaharu ini tidak mempunyai removable back cover, membawa maksud bahawa anda tidak boleh mengeluarkan bateri, manambah kapasiti storan dan sebagainya.

Paparan

Galaxy Note 5 ini datang dengan 5.7-inci paparan Super AMOLED dengan resolusi 2560 x 1440 yang sama dengan model sebelumnya. Paparan Quad HD pada smartphone ini sangat menyerlah, dengan 518 ppi. Dengan menggunakan Super AMOLED pula, warna yang dipaparkan adalah jauh lebih terang, cerah dan mudah untuk dilihat pada waktu siang.

Apa yang saya amat tertarik dengan smartphone ini adalah bezelnya. Jarak paparan skrin dengan sisinya sangatlah sedikit. Jika anda sering menggunakan smartphone untuk membaca, menaip teks, membaca email, menonton video, bermain game, atau apa-apa perbuatan yang perlukan skrin yang besar maka Galaxy Note 5 ini mungkin sesuai kepada anda.

Prestasi Note 5

Prestasi menjadi satu bonus besar bagi pengguna Galaxy Note 5, terima kasih kepada prosesor yang kuat serta sistem yang dioptimumkan dengan TouchWiz.

Galaxy Note 5 mempunyai octa-core Exynos 7420 processor, clocke pada 2.1GHz (sama seperti Galaxy S6) serta 4GB RAM. Kombinasi itu membolehkan anda menggunakannya dalam situasi apa sekali pun – multi tasking tidak menjadi masalah sedikit pun. Tambahan lagi, dengan S-Pen anda boleh menggunakannya pada semua aplikasi.

Kamera

Samsung Galaxy Note 5 dilengkapi dengan kamera 16MP dibelakang dengan f/1.9 aperture dan kebolehan merekod video 4K. Kamera hadapan pula adalah 5MP dengan wide angle lens. Kamera ini tidak jauh beza dengan kamera yang terdapat pada Galaxy 6S.

Kualiti gambar adalah baik, menjadikan smartphone Samsung diantara yang terbaik dalam kategori Android.

Untuk sample gambar, anda boleh ke Android Authority atau Cnet dengan klik pada link.

Hardware

Smartphone ini datang dengan sambungan (connectivity) yang standard termasuklah NFC iaitu teknologi yang membenarkan anda membuat pembayaran kad kredit melalui telefon – untuk Samsung Pay.

Panggilan telefon pula agak kuat dan jelas serta tiada gangguan semesa membuat panggilan.

Fingerprint pula biasanya digunakan untuk unlock telefon dan semasa menggunakan Samsung Pay.

Dari sudut kapasiti storan pula, ia datang sama ada sebanyak 32GB atau 64GB, tanpa sebarang pilihan untuk menambahnya pada masa hadapan. Perkara ini membuatkan orang yang power user terpaksa membeli model 64GB. Model ini menggunakan UFS 2.0, yang mana kelajuannya boleh menandingi kelajuan SSD.

Akhir sekali soal bateri pula, Galaxy Note 5 dilengkapi dengan bateri 3000mAh. Dalam uji kaji oleh Android Authourity, mendapati bahawa model ini boleh bertahan sepanjang hari dengan penggunaan biasa. Screen-on time tidak lepas 4.5 jam, standby time yang baik, dan kalau tidak digunakan kerap, ia boleh bertahan lagi lama.

Dengan reka bentuk yang nipis, Samsung mula memperkenalkan fast charging kepada Note 5, tetapi hanya sesuai charger keluaran Samsung sahaja. Ia hanya mengambil masa 10-15 minit untuk mendapat bateri yang baik. Dan 30 minit sudah boleh memenuhkan 100% kapasiti bateri.

Software

Soal software pula, Samsung telah banyak mengurangkan bloatware yang kita biasa lihat pada model-model Samsung sebelum ini. Apa yang tinggal pada Note 5 ini adalah, Android yang ringan, bersih dan tidak memberatkan sistem.

Banyak ciri-ciri istimewa yang boleh didapati seperti akses multi-window dari skrin Recent Apps dan sebagainya. Seperti yang terdapat pada Galaxy S6, tutorial dan peringatan sudah dihadkan.

Apa yang paling menarik adalah S-Pen sudah diselaraskan dengan TouchWiz. Sesetengah fungsi sudah dikeluarkan manakala lebih ditekankan pada kebolehan yang kerap digunakan seperti Smart Select, Screen Write, dan menulis memo. Anda juga boleh menggunakan S-Pen seperti tetikus, membuatkan navigasi lebih mudah.

Menulis memo pada Galaxy Note 5 adalah sangat mudah, keluarkan S-Pen dan memo pad akan keluar. Fungsi lain yang boleh digunakan dengan S-Pen adalah Smart Select.

Harga

Samsung Galaxy Note 5 sudah dilancarkan di Malaysia dan sudah boleh didapati dari Lazada Malaysia dengan harga RM2289 (pada masa artikel ini ditulis, boleh berubah). Harga ini adalah untuk model 32GB dan berwarna putih. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari link ini.

Video Reviu Samsung Galaxy Note 5

Jika anda mahu menonton video reviu, anda boleh berbuat demikian di bawah:

Kesimpulan

Samsung Galaxy Note 5 untuk power user sudah tidak nampak pada model ini. Walaupun begitu, tidak bermakna ia tidak power. Multi tasking tiada masalah, bateri tiada masalah.

Cuma yang kurang hanyalah dari sudut penambahan kapasiti kerana model ini tidak mempunyai slot untuk microSD, bahkan tidak membenarkan penggunanya membuka back cover pun.

Tiada smartphone yang sempurna, dan Galaxy Note 5 ini juga tidak terkecuali. Namun fungsi dan ciri-cirinya lebih banyak daripada kekurangan, menjadikannya salah satu smartphone skrin besar yang sangat disarankan untuk dimiliki.

Harap artikel reviu ringkas ini membantu anda membuat keputusan sama ada untuk memilikinya atau tidak.

Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here