Reviu Silicon Power D05 1TB Hard Drive

Movie, gambar, esei (teks), ebook dan bahan-bahan digital yang lain sudah boleh dimuatkan ke dalam satu alat yang kecil dan padat.

Hari ini, hampir semua kandungan tersebut boleh disimpan secara selamat dan efektif di dalam Silicon Power D05 1TB Hard Drive. Satu external hard disk (cakera keras luaran) yang dikeluarkan oleh syarikat Silicon Power ini sesuai digunakan untuk kedua-dua pengguna Windows dan Apple.

Kapsiti 1TB yang Sangat Besar

External hard disk ini bukan sahaja mempunyai kapasiti simpanan yang besar, malah mempunyai kelajuan yang sangat laju. Diamond D5 hanya memerlukan 70 saat untuk memindah (copy) dan menyimpan 25GB blu-ray DVD.

Bukan setakat itu sahaja, Silicon Power juga boleh menyimpan sehingga 200 DVD kualiti movie (full-length). Bagi kami, produk ini sangat memberansangkan, dan sesuai untuk pengguna yang memerlukan kapasiti external hard disk yang banyak.

Kadar Pemindahan yang Pantas

Silicon Power D05 1TB Hard Drive side

Pada zaman sekarang, semua orang inginkan kadar pemindahan data secara yang pantas dan efisien. Dan Silicon Power dapat memenuhi permintaan tersebut.

Perkara ini berjaya dilakukan dengan adanya USB 3.0. Tidak tahu apa itu USB 3.0? Baca di sini. Anda boleh memindah dan menyimpan data anda, tidak kira data tersebut berbentuk teks, gambar, video mahupun aplikasi portable.

Reka Bentuk yang Menarik dan Cantik

Reka bentuk, saiz dan berat sesuatu external hard disk menjadi pilihan bagi sesetengah pengguna kerana meraka perlu mengikut cita rasa dan keperluan masing-masing.

Bagi reka bentuk, saiz dan berat Power Silicon, ia boleh menepati cita rasa kebanyakan pengguna. Hal ini kerana ia mempunyai design yang sangat cantik, kecil dan ringan!

Sangat sesuai dengan semua orang dan sesuai untuk ditayangkan di atas meja, boleh dijadikan satu perhiasan tambahan.

Pada masa yang sama, reka bentuknya sangat tenguh dan gagah. Ia tidak akan mudah rosak walaupun jatuh dari paras meja untuk beberapa kali. Namun, anda janganlah pula sengaja menjatuhkannya.

D05 menyediakan case luaran yang kalis calar dan saiznya yang kecil (saiz poket) sangat sesuai untuk dibawa kemana-mana. Kriteria ini sangat sesuai kepada semua lapis masyarkat, sama ada anda seorang pelajar mahupun orang korporat.

Sesuai Untuk Semua Pengguna

External hard disk biasanya mengalami masalah kesesuaian (compatibility), bergantung kepada perantiaan Windows ataupun Mac (Apple).

Silicon Power tidak mengalami masalah ini kerana ia dibina untuk sesuai dengan kedua- dua peranti. Jadi, tidak kira anda pengguna tegar Windows ataupun Apple fanboy, anda tidak akan mengalami masalah compability sekiranya anda memilih untuk menggunakan Silicon Power.

Senarai Features

  1. USB 3.0, namun tetap berfungsi dengan USB 2.0
  2. Maximum transmission rate up to 5GB/s
  3. Kadar pemindahan (transfer rate) sehingga 5GB/s
  4. Reka bentuk metalik yang menarik
  5. Permukaan kalis calar dan dan tenguh
  6. Mod power saving dan sleep mode
  7. LED sebagai indikasi berfungsi dan sedang memindahkan data
  8. SP Widget, boleh dimuat turun secara percuma – untuk update dan maintanence
  9. OS Sokongan: Windows 7, Windows Vista, Windows XP, Windows 2000, Linux2.6.31 dan
    keatas, MacOS 10.4 dan ke atas (hanya boleh digunakan dengan USB 2.0)

Spesifikasi:

  1. Dimensi: 124.8x 75.8mm x 13.6mm
  2. Berat: 155g/205g (1TB)
  3. Kabel: USB 3.0 / 2.0
  4. Kadar Pemindahan: Max. 5Gb/s (USB 3.0 mode)
  5. Max. 480 Mb/s (USB 2.0 mode)
  6. Power Supply: DC 5V (Power supplied through USB)
  7. Operating Temperature: 5°C – 55°C
  8. Storage Temperature: -40°C – 79°C
  9. Color: metallic gray
  10. 3 tahun waranti

Apa yang anda dapat

  • USB 3.0
  • 1TB space
  • Plug and Play
  • Metal enclosure
  • Scratch resistant surface

Kelebihan Silicon Power D05 1TB Hard Drive

Bergaya, boleh didapati dalam warna Kelabu (D05), biru ataupun merah jambu (D10). Prestasi yang memuaskan dengan USB 3.0. Reka bentuk yang slim dan ringkas. Waranti 3 tahun.

Selain itu, anda juga mempunyai pilihan dari segi kapasiti: 500GB, 640GB, 750GB dan 1TB. Dan selain itu, harga yang sangat berpatutan dengan kapasiti yang disediakan.

Beberapa Kelemahan

  1. Tiada kabel dan manual ekstra.
  2. Case plastik
  3. Prestasi USB 2.0 tidak memuaskan
  4. SP Widget tidak disediakan (kena muat turun sendiri dari laman web)
  5. SP Widget hanya boleh digunakan dengan Windows sahaja
  6. Bahagian plastik mudah tercalar

Dimana Boleh Beli?

Silicon Power D05 1TB Hard Drive kotak

Silicon Power D05 1TB Hard Drive boleh didapatkan di Lazada.com.my dengan harga sekitar RM375 (harga tertakluk pada perubahan), yang sangat berpatutan. Mereka selalu membuat potongan harga yang sangat menarik dan sekiranya anda suka membeli belah secara online, Lazada merupaka satu pilihan yang tepat.

Kesimpulan

Secara ringkas, Silicon Power D05 1TB Hard Drive ini sangat sesuai untuk kegunaan semua orang, semua peringkat. Dengan kapasiti yang tinggi, prestasi yang menakjubkan dan harga yang sangat berpatutan produk ini sangat digalakkan untuk digunakan oleh semua.

Harap artikel ini membantu anda membuat keputusan dalam menentukan yang mana external hard disk yang mahu dibeli kemudian hari.

Sekian~

Leave a Comment