Saya masih ingat ketika telefon yang bersaiz 4.7 inci sudah dianggap sebagai satu telefon yang sangat besar. Namun dalam zaman sekarang, saiz itu sudah dikira sebagai saiz yang kecil berbanding dengan smartphone yang baharu.
Pengguna sekarang lebih berminat dengan model yang lebih besar kerana mereka lebih mudah menggunakan aplikasi, atau bermain game. Namun, masih terdapat juga pengguna yang sukakan model yang lebih kecil, untuk mudah dibawa dan tidak perlukan ruang yang banyak – jika anda tergolong dalam kalangan ini, pasti anda akan berminat dengan Sony Xperia Z5 Compact ini.
Baca reviu penuhnya di bawah.
Reka Bentuk Sony Xperia Z5 Compact
Seperti model smartphone Sony yang lain, Z5 Compact ini mempunyai reka bentuk empat segi rata. Ianya datang pelbagai warna, termasuklah hitam, putih, kuning dan merah jambu.
Dari segi ketebalan pula, model ini agak tebal jika dibandingkan dengan smartphone Sony yang lain dengan 8.9mm – hal ini mungkin untuk stabilkan berat dan komponen dengan kadar saiznya yang kecil.
Peranti ini kecil sehingga ibu jari saya boleh sampai ke hujung model jika dipegang sebelah tangan – rasanya sangat selesa semasa memegangnya.
Sony Xperia Z5 Compact ini kalis air, seperti model-model sebelumnya, tetapi Sony ada memberikan kelebihan tambahan. Contohnya, Sony telah mendedahkan port microUSB di bawah telefon ini, dan masih kalis air. Berbanding dengan Z3 Compact, port tersebut ada cover.
Namun, untuk port yang seperti kad sim dan microSD masih mempunyai cover.
Semua butang pada telefon ini berada di sebelah kanan. Mula-mula adalah butang power (serta sensor cap jari), kemudian butang volum, dan akhir sekali adalah butang kamera. Disebabkan oleh saiz telefon ini agak kecil, dan butang yang banyak pada sebelah sahaja, mungkin ada orang yang tidak menyukainya.
Butang power berada di tengah telefon, dan anda perlukan menggerakkan telefon jika mahu tukar volum. Butang kamera pula, macam ia memaksa anda menggunakannya dalam keadaan landskap.
Walaupun begitu, model ini menyerlah pada kualiti audionya, model ini mungkin boleh setanding dengan Nexus 6P.
Paparan
Skrin paparan Z5 Compact adalah kekuatan buat model ini. Ia mempunyai 4.6-inci skrin dengan resolusi 720p, sekitar 319 ppi – tidaklah teruk. Walaupun tidak boleh dibanding dengan model-model telefon terbaru seperti Z5 Premium (4K), tetapi model ini boleh menjimatkan bateri anda.
Sudut pandangan juga agak baik dengan paparan warna yang terang dan jelas. Paparannya tidak mengalami masalah jika dilihat di bawah cahaya matahari.
Model ini menggunakan LED biru dan quantum dot yang diaplikasikan untuk teknologi paparan Triluminos – ini menghasilkan warna yang lebih terang jika dibandingkan dengan LCD biasa (menurut Sony).
Tambahan lagi, Sony mempunyai software mereka sendiri yang dikenali sebagai X-Reality untuk paparan gambar dan video.
Sensor Cap Jari
Memandangkan kebanyakan model telefon sekarang sudah mula bertukar kepada sensor cap jari, Sony menjawab dengan memberikan fungsi tersebut dalam model ini.
Pengeluar yang lain meletakkan sensor cap jari pada butang home di hadapan, namun untuk Z5 Compact, Sony meletakkannya pada butang On pada sebelah kanan.
Kelajuan sensor ini baik, tetapi tidaklah setanding dengan telefon Nexus. Z5 Compact tidak mengalami masalah membaca cap jari dari orientasi yang berbeza.
Telefon ini menggunakan Android 5.1 Lollipop, jadi pembaca cap jari tidak mendapat akses kepada API yang ada dalam Android 6.0. Oleh itu, aplikasi dan servis Google tidak boleh digunakan dengan sensor ini.
Kamera
Sony mengeluarkan salah satu sensor kamera yang terbaik dalam kalangan smartphone, namun sekarang pesaing seperti Samsung dan LG boleh menghasilkan kualiti gambar yang setanding.
Semua ini bergantung kepada software. Z5 Compact mempunyai 23MP Exmor sensor dan kualiti lebih baik berbanding dengan Z3, tetapi masih terdapat sedikit kekurangan.
Jika subjek mendapat cahaya yang mencukupi, kamera Z5 Compact boleh menghasilkan gambar yang sangat cantik, namun hasilnya berbeza sekiranya subjek di dalam low light.
Sony menyatakan bahawa kamera tersebut boleh fokus dalam masa yang sangat
singkat – dan hasilnya sangat baik. Saya boleh fokus pada sesuatu subjek dengan cepat dan terus snap.
Butang shutter kamera sudah agak jarang pada smartphone sekarang, namun Sony masih mengekalkan tradisinya. Butang tersebut sangat mudah untuk digunakan dan jika dipengang secara landskap, butang tersebut berada pada tempat yang sesuai.
Jangka Hayat Bateri
Sony Xperia Z5 Compact datang dengan bateri sebanyak 2700mAh, berbanding dengan telefon yang lain mula mencecah 3000mAh. Selama 4 jam penggunaan, masih ada 50% lagi yang tinggal, membawa maksud satu cas penuh boleh memberikan 8 jam penggunaan – tidaklah teruk.
Sony menyatakan model ini boleh bertahan selama 2 hari, saya rasa boleh dicapai jika digunakan secara biasa. Jangka hayat bateri dalam model Z5 ini lebih baik berbanding dengan Galaxy S6 – hal ini kerana Z5 Compact menggunakan resolusi skrin yang lebih kecil.
Selain itu, Sony juga mempunyai Mod Stamina, seperti Doze yang terdapat dalam Android 6.0. Aplikasi akan suspend apabila telefon itu dalam keadaan sleep.
Terdapat juga Ultra Stamina Mode, dimana ia akan mematikan semua fungsi (selain mesej dan panggilan)
Sony Xperia Z5 Compact menyokong Qualcomm Quick Charge 2.0, anda boleh harapkan model ini cas dalam jangka masa yang cepat.
Software dan Prestasi
Sony menggunakan UI mereka sendiri, dan bukannya stock Android. Anda akan mendapat beberapa aplikasi dan servis daripada Sony. Dan pasal UI bukanlah semua orang akan berpuas hati dengannya.
Z5 Compact ini dikuasakan oleh Snapdragon 810 dengan RAM sebanyak 2GB. Dengan harga yang agak mahal, tetapi masih menggunakan 2GB RAM menjadi persoalan, kerana banyak lagi smartphone yang jauh lagi murah, tetap juga mempunyai RAM sebanyak itu.
Namun, dengan penggunaan biasa, anda tidak akan perasan masalah dalam segi kelajuan.
Kesimpulan
Secara ringkas, Sony Xperia Z5 Compact tidaklah setanding dengan model flagship seperti iPhone 6S ataupun Samung Galxy S6, namun jika dibandingkan dengan model telefon yang sama saiznya, Z5 Compact paling menyerlah.
Jika anda seorang yang lebih sukakan smartphone yang lebih kecil, bateri yang boleh tahan lama, lasak, kalis air dan mempunyai kuasa memadai dengan penggunaan yang biasa sahaja, saya menyarankan anda mendapatkan Z5 Compact ini.
Harap reviu ini memberikan manfaat kepada anda.
Sekian~