Reviu The Venus Factor – Program Diet Terbaik Untuk Wanita?

Adakah anda pernah mendengar program diet yang dikenali sebagai The Venus Factor?

Venus Factor merupakan antara program diet yang terbaik di Amerika Syarikat – dan sudah ramai yang mendapat hasil yang memuaskan daripada program yang ditawarkan.

Jika anda mengalami masalah berat badan dan ingin menurunkan berat badan dengan cara yang berkesan dan tidak memudaratkan kesihatan, anda boleh dapatkan program ini secara online.

Jujurnya, menguruskan badan bukanlah sesuatu yang mudah, terutama dalam kalangan perempuan dan wanita, hal ini kerana mereka terpaksa terikat dengan perubahan hormon.

Kaum hawa ini, kalau nak kuruskan badan, mereka memerlukan plan diet yang padat, senaman yang ketat, ambil ubat kurus dan mungkin perlukan sokongan daripada aplikasi dalam gajet. Dan orang yang nak mengaut keuntungan akan menggunakan kesempatan ini dengan mempromosi produk yang tidak membuahkan hasil.

Namun perkara tidak akan berulang jika anda mencuba Venus Factor ini. Ianya mudah, efektif dan menggunakan cara yang bijak dalam mengawal berat badan anda.

Dalam artikel kali ini, kami akan membuat satu reviu terhadap produk ini, antara kandungan reviu ini adalah:

Bersedia untuk mengubah hidup anda? Okay, jom!

Apakah Venus Factor?

the venus factor reviu

Program Venus Factor ini adalah berkaitan dengan plan diet yang dikhususkan kepada kaum hawa. Ianya dihasilkan dengan menggabungkan cara-cara mengurangkan berat badan yang paling berkesan, namun dengan cara yang paling selamat, cepat dan dipercayai.

Selain itu, program ini bukanlah hanya membantu anda mengurangkan berat badan, malah membantu anda mengekalkannya. Disamping mendedahkan anda dengan cara untuk mendapatkan susuk badan yang anda sentiasa inginkan selama ini.

Program ini dihasilkan oleh pakar nutrisi, penyelidik, dan personal fitness. Oleh itu anda boleh dapatkan segalanya dari satu program!

Senang cerita, selain mengurangkan berat, anda juga boleh membina sedikit otot pada bahagian yang tertentu untuk mendapatkan bentuk badan yang lagi menawan. Tulang belakang program Venus Factor ini adalah dengan diet leptin, iaitu salah satu hormon yang mengawal metabolisma badan.

Menandangkan berat badan juga terikat dengan hormon badan, dengan mengawal dan manipulasi hormon ini, anda boleh mengawal berat badan anda. Oleh itu, Venus Factor akan mengajar anda bagaimana untuk mencapainya.

Pemahaman akan kepentingan untuk mengurangkan berat badan dengan efisien dan mengekalkan badan dalam keadaan sihat pada masa yang sama kadang-kala dipandang remeh oleh sesetangah orang, yang mana boleh memberikan usaha yang tidak berhasil.

Jika anda sentiasa peka dengan arus nutrisi dan program diet, anda akan sentiasa mendengar akan the venus factor ini (sangat popular di Amerika Syarikat) dan ramai yang salah faham. Mereka ingatkan mereka boleh mengurangkan beberapa kilogram dalam jangka masa yang singkat, perkara ini mustahil sebenarnya.

Anda tidak boleh mendapatkan hasil dengan banyak dalam jangka masa yang singkat – itu satu lumrah. Program ini tidak boleh menjaminkan anda mendapat hasil sekelip mata, namun anda hanya perlu yakin bahawa produk ini berkesan dalam jangka masa yang tertentu.

>> Ketahui Venus Factor Dengan Lebih Lanjut Di Sini<<

5 Asas dalam Diet Leptin

Venus Factor ini berdasarkan idea dan ilham dalam mengawal dan manipulasi jumlah penghasilan hormon leptin dari badan seorang wanita untuk mempengaruhi penurunan badan dengan lebih cepat dan lebih selamat.

Wanita/perempuan menghasilkan hormon leptin dengan dengan kuantiti yang lebih banyak berbanding lelaki, setiap hari. Hormon ini memainkan peranan dalam membakar lemak dan menurunkan berat badan, dan jika anda boleh mengawal penghasilan hormon ini dengan baik, anda seolah-olah boleh mengawal kadar penurunan berat anda. Dan hormon ini boleh dikawal dengan diet yang spesifik.

Salah satu masalah pengamalan diet leptin ini adalah; kalau anda meningkatkan kadar hormon leptin (untuk tujuan membakar lemak badan), badan secara automatik akan menghasilkan hormon yang lain untuk menstabilkan balik ketidakstabilan hormon tersebut.

Namun, kalau anda mengamalkan diet yang terancang (yang dinyatakan di dalam Venus Factor ini), anda akan memimpin anda untuk mendapatkan kadar leptin yang optimum untuk mengurangkan berat badan.

Dan 5 peraturan asas disebalik Venus Factor ataupun diet leptin ini adalah:

1. Badan anda sendiri yang lakukan “kerja” dengan secara semulajadi.

2. Mencetus tindak balas biokimia di dalam badan agar berat badan boleh diturunkan dengan lebih baik.

3. Mengawal hormon dengan cara berdiet dan beberapa kaedah senaman.

4. Tiada kesan sampingan.

5. Tidak menyeksa diri sendiri dengan diet yang ketat, tapi tidak berkesan.

Walaupun begitu, mungkin sesetengah perkara yang diberitahu dalam program tersebut agak sukar, dan ada juga yang senang untuk difahami dan diamalkan. Namun, anda tidak akan tahu jika tidak mencubanya.

Apa Kandungan Venus Factor?

Program ini dihasilkan dengan seringkas yang mungkin dan agar mudah dihadam oleh semua orang. Apa yang anda tahu adalah dengan “program”, bemaksud ialah satu guide di dalam bentuk digital seperti ebook, video, audiobook dan sebagainya, bukannya dalam bentuk aplikasi telefon ataupun komputer.

Dan setakat ini, Venus Factor hanya boleh didapatkan dalam bahasa Inggeris, dan membelinya secara online.

Secara keseluruhannya, Venus Factor ini merangkumi:

  • Manual langkah demi langkah.
  • Maklumat-maklumat asas.
  • Diet plan untuk diamalkan, lengkap dengan senarai makanan yang tinggi leptinWorkout System untuk 12 minggu.
  • Aplikasi laman web untuk memudahkan anda berhubung dengan pakar nutrisi Venus Factor.
  • Komuniti forum – untuk berkongsi pengalaman, beritahu hasil diet dan bertanya soalan.
  • Banyak lagi!

Apa yang menarik jika anda menyertai program ini adalah, bukan sahaja mendapat ilmu tentang sistem diet yang terbaik, malah anda boleh menyertai sekumpulan orang yang berada dalam situasi sepertimana anda.

Anda boleh bertanya soalan dan sebagainya, sokongan yang diberikan oleh penganjur dan komuniti dalam Venus Factor ini sangat memberansangkan.

Siapa Yang Mencipta Venus Factor?John-Barban

John Barban adalah pengasas program Venus Factor ini, dan beliau yang menjumpai rahsia di dalam program ini. Beliau mempelajari dan memahami perkaitan di antara makanan, senaman, hormon dan masalah berat badan.

Beliau telah menjumpai hubungkaitnya beberapa tahun yang lalu dan ingin menyebarkan pengetahuan beliau agar semua orang yang mengalami masalah berat badan boleh mengambil manfaat daripadanya.

Beliau seorang pakar nutrisi dan seorang pembina badan. Dan apa yang pasti, beliau sangat mahir dalam sistem badan manusia.

Ada Kesan Sampingan Ke?

Secara ringkasnya, Venus Factor ini tidak lebih daripada pengamalan sesuatu diet, dan dengan mengamalkan diet yang tepat anda sukar untuk menerima sebarang kesan sampingan.

Untuk mengelakkan daripada masalah kemudian hari, anda sebolehnya mengikut apa yang disuruh di dalam kursus tersebut. Dengan mengikut program tersebut langkah demi langkah, anda agak sukar untuk mendapat sebarang masalah sebenarnya.

Namun, jika anda mengalami sebarang implikasi, anda boleh merujuk pakar dari Venus Factor melalui aplikasi chat. Bukan itu sahaja, anda mempunyai satu komuniti yang besar dalam forum melebihi 1000+ orang yang boleh membantu anda.

Hasil Yang Bagaimana Yang Saya Boleh Harapkan?

Secara jujur, kami tidak boleh menjaminkan hasil yang luar daripada daripada keupayaan program tersebut. Apa yang penting adalah anda menggunakan kaedah yang ditawarkan. Hal ini kerana seorang berbeza hasilnya, ia bergantung kepada seseorang itu, anda tidak boleh mengharapkan mendapat hasil sebaik orang lain.

Pada masa yang sama, berdasarkan laporan yang testomi dari pengasas Venus Factor, bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa orang dapat menurunkan 9, 13, 18 dan bahkan 22kilogram dalam 3 bulan pertama menggunakannya.

Anda sudah pasti tidak akan sama setelah menggunakannya! Baca testimoni penuh orang yang sudah menggunakannya. Anda boleh berbuat demikian di sini.

Ataupun, anda boleh saksikan testimoni oleh Leesa, salah orang pengguna sebenar Venus Factor.

Jika anda berminat dengan Venus Factor, anda boleh mendaftar sebagai ahli di sini.

Apa Jaminan Yang Venus Factor Berkesan Kepada Anda?

Sepertimana yang dinyatakan di atas, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada penurunan berat badan.

Jika anda mencari tentang reviu, testimoni Venus Factor ini anda akan dilimpahi dengan pelbagai reaksi orang yang sudah berjaya menggunakannya, dan lantas mengubah gaya hidup mereka selama-lamanya.

Sudah ribuan pengguna yang mendapatkan hasil, anda mungkin seterusnya. Oleh sebab itu, anda juga sesuai untuk digunakan oleh semua wanita, tidak kiralah dia berbangsa dan umur berapa.

Anda boleh mencubanya terlebih dahulu, dan jika anda rasakan program ini tidak sesuai, anda boleh meminta bayaran balik (refund) tanpa sebarang soalan.

>> Sudah Yakin Dengan The Venus Factor? Dapatkannya Sekarang!<<

Kebaikan (Pro) Menggunakan Venus Factor

Berikut adalah serba sedikit kebaikan yang anda boleh dapat jika menyertai Venus Factor

1. Mengajar anda untuk mengawal penghasilan hormon leptin dengan kaedah diet yang berkesan.

Leptin merupakan hormon yang memberikan rasa lapar, semakin banyak ia dihasilkan, semakin mudah seseorang akan terasa lapar dan ingin makan. Kerana hormon sangat terikat dengan pemakanan, wanita perlulah pandai dalam merancang diet agar penghasilan leptin boleh dikawal.

2. Mengajar Anda Untuk Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Selain itu, Venus Factor akan mengajar anda untuk mengamalkan pemakanan diet yang berkesan disamping sihat. Mereka akan menyenaraikan makanan apa yang boleh mengurangkan berat badan anda dan yang mana boleh menambahkannya.

3. Senaman Yang Berkesan

Selain mengajar bagaimana untuk berdiet dengan berkesan, anda juga akan dilatih untuk mengamalkan untuk bersenam pada bahagian badan yang kritikal (banyak menyimpan lemak).

Dengan kombinasi yang tepat, anda boleh mengharapkan kesan yang positif ke atas badan anda. Segmen senaman tersebut datang dengan tutorial dalam bentuk video, ia sangat membantu dan memudahkan pengguna.

4. Disokong oleh Kajian Saintifik

John Barban adalah seorang pakar nutrisi dan mentor fitnes, beliau tahu apa yang baik dan apa yang buruk kepada badan. Dan dengan usaha yang tekun, beliau mendapatkan kajian saintifik yang sah untuk menyokong Venus Factor ini.

Oleh itu, anda boleh yakin bahawa semua yang diutarakan dalam program 12 minggu ini sudah mendapat sokongan sains, bukannya hanya sekadar perbualan mulut sahaja.

Kelemahan (Cons) Menggunakan Venus Factor

Bukan semua benda lengkap tanpa kekurangan, termasuklah program Venus Factor ini. Berikut adalah beberapa kelemahannya:

1. Venus Factor Terlalu Umum

Apa yang dimuatkan di dalam program tersebut adalah umum, membawa maksud ianya universal kepada sesiapa yang yang berhajat untuk menurunkan berat badan dengan berkesan.

Namun, bukan semua orang sama dan serupa. Oleh itu, anda mungkin tidak mendapat hasil seperti yang diwar-warkan dalam testimoni. Hal ini kerana metabolisma setiap orang berbeza, ditentukan oleh banyak faktor yang lain.

Walaupun begitu, anda pasti boleh dapatkan hasil, biar pun tidak setanding dengan orang lain. Apa yang penting adalah anda mencapai hasrat anda untuk lebih sihat dan cergas. Ini bukannya satu pertandingan.

2. Tidak Sesuai Kepada Orang Yang Tidak Disiplin

Semua program diet ataupun senaman untuk menurunkan berat badan memerlukan ketekunan yang tinggi dan disiplin yang mantap. Hal ini kerana anda tidak akan mendapatkan hasil dalam sekelip mata.

Program Venus Factor ini dirumuskan untuk 12 minggu, bermakna anda perlu meneruskan program ini selama 3 bulan penuh sebelum anda dapat melihat sebarang hasil.

Jika anda bukanlah orang yang disiplin, mungkin anda akan meresakan program ini terlalu ketat dan sukar untuk diamalkan.

336x280-VenusFactor-973

Kesimpulan

Jika anda inginkan program dan plan diet yang berkesan, anda bolehlah dapatkan Venus Factor ini. Anda boleh harapkan sesuatu hasil yang memuaskan daripada program ini, walaupun ia mengambil sedikit masa dan komitmen.

Satu lagi, John menawarkan bayaran balik sekiranya anda tidak berpuas hati dengan cara program ini berfungsi, oleh itu anda tidak rugi apa-apa pun. Apa kata anda mencubanya hari ini, sila klik di sini untuk mendapatkan promosi istimewa.

Jika anda mempunyai persoalan dan ingin berkongsi pengalaman, bolehlah berbuat demikian di bahagian komen di bawah.

Harap reviu ini dapat membantu anda membuat keputusan dan berjaya dalam proses menurunkan berat anda.

Sekian~

Leave a Comment