Reviu Xiaomi Mi4 – Smartphone Mampu Milik Terbaik 2015!

Jenama Xiaomi tidaklah asing lagi bagi pengguna smartphone tegar di Malaysia kerana jenama dari China ini telah menghasilkan smartphone yang laku di pasaran tempatan. Walaupun ia adalah syarikat yang baru (penubuhannya pada tahun 2010), Xiaomi sekarang sudah menjadi pesaing yang kuat kepada Apple dan Samsung.

Kali ini, Xiaomi telah mengumumkan smartphone terbaru mereka, iaitu Xiaomi Mi4. Ketahui serba sedikit reviu tentang produk ini, adakah anda patut membelinya.

Reviu Xiaomi Mi4: Reka Bentuk dan Paparan

Jika diteliti dengan lebih dekat, anda akan merasakan bahawa Xiaomi Mi4 ini seakan-akan meniru konsep Apple iPhone. Dari segi warnanya, reka bentuknya dan bahan yang digunakan – ini tidaklah perkara yang teruk sebenarnya, selagi mana ia boleh menawarkan produk yang berkualiti, apa kata anda mencubanya.

Telefon ini menggunakan MicroUSB-B, manakala smartphone yang lain menggunakan MicroUSB-A. Terdapat sedikit perbezaan di sini.

Dari segi kualiti buatan, saya boleh kata sangat baik.

Paparan 5 inci juga sangat menarik, dengan resolusi full HD 1080 x 1920 pixel! Paparan juga tidak mengalami masalah semasa dilihat di bawah cahaya matahari.

Hardware dan Prestasi

Xiaomi Mi4 features

Jika anda bandingkan harga Xiaomi Mi4 dengan smartphone yang lain, anda akan dapati bahawa ianya lebih murah. Walaupun begitu, ia tidak bermaksud produk ini tidak menyerlah dalam prestasi.

Xiaomi Mi4 mempunyai quad-core Snapdragon 801 pada kelajuan 2.5ghz. Selain itu, ia juga dimuatkan dengan 3GB RAM. Gabungan dua ini memberikan prestasi yang memberangsangkan semasa multitasking dan bermain permainan 3D.

Unit yang saya sedang reviu ini mempunyai 3G dan dimuatkan dengan 16GB storan, tetapi versi 4G dimuatkan sehingga 64GB data storan. Model ini tidak menyediakan slot kad SD, oleh itu anda perlu berjimat cermat kalau ingin menyimpan banyak data.

Xiaomi Mi4 tidak mempunyai teknologi NFC, walaupun di Malaysia ia masih belum popular, di pasaran dunia ketiadaan NFC menjadi satu ketinggalan. Bagi yang tidak mengetahui NFC, ia membolehkan anda menggunakan smartphone anda sebagai kad kredit (anda perlu memasukkan nombor kad terlebih dahulu sebelum menggunakannya).

Software dan OS

Xiaomi Mi4 menggunakan OS MIUI 5 (sebutan: “Me-You-Eye”), iaitu berasaskan Android 4.3. Walaupun berasaskan Android, Xiaomi telah banyak mengubah UI-nya. Salah satunya, anda tidak akan mendapat Google Play semasa membeli, sebaliknya akan didatangi dengan Mi Market. Walaupun begitu, anda masih boleh mendapatkan Google Play dengan mencarinya di Mi Market.

Secara keseluruhannya, MIUI ini pantas, tidaklah sepantas stock Android di dalam Nexus 5.

Read More: Reviu iPhone 6s dan 6s Plus

Bateri dan Kamera

Mi4 dimuatkan dengan bateri yang sangat besar, 3080mAh; lagi besar dari Galaxy S5. Telefon ini boleh bertahan selama 3 hari dengan penggunaan yang biasa, jarang telefon pintar yang boleh memberikan jangka masa yang lama seperti Mi4 ini.

Mi4 mempunyai beberapa mod untuk memberikan telefon ini bertahan lebih lama. Seperti mod “Balanced”, anda akan mengurangkan kebolehan Snapdragon 801 itu untuk membolehkan bateri bertahan lebih lama. Walaubagaimanapun, taktik yang baik dan berkesan!

Smartphone ini menggunakan 13MP kamera dari Sony – ianya sangat baik, dengan kualiti gambar dan tindak balas fokus subjek dengan pantas serta tepat. Masalah kualiti semasa low light masih ada, namun semasa pencahayaan yang cerah, gambar yang diambil sangat baik.

Kesimpulan

Jika anda sukakan Android tetapi mahukan reka bentuk seperti iPhone, Xiaomi Mi4 adalah jawapannya. Walaupun saya akui terdapat beberapa kekurangan – tiada slot Micro SD, tiada 4G, tiada NFC. Namun, tidaklah bermakna produk ini tidak patut dimiliki.

Salah satu faktor pembeliannya, dinafikan bahawa harga yang murah. Dengan hanya RM800, anda sudah mampu memilikinya. Anda boleh membuat pesanan sekarang melalui Lazada.

Harap reviu yang ringkas ini membantu anda dalam memilih smartphone yang terbaik untuk anda.

Sekian~

Leave a Comment