Reviu Xiaomi Redmi Note 3 – Smartphone Bajet 2016

Walaupun bertanding dengan model-model smartphone yang mewah dan mahal, Xiaomi Redmi Note 3 ini ada taringnya. Walaupun bukanlah 100% terbaik dari setiap sudut, tetapi dengan harga serendah RM699 di Lazada Malaysia, anda tidak akan silap jika membelinya.

Berikut adalah reviu penuh bagi produk Xiaomi Redmi Note 3, dan apa yang anda perlu tahu sebelum memilikinya.

Reka Bentuk

Xiaomi Redmi Note 3 mempunyai bahagian tepi yang melengkung, membuatkan model smartphone ini mudah dan selesa untuk dipegang.

Butang power dan volume rocker terletak pada sebelah tepi kanan, dan berfungsi dengan baik. Manakala, headphone jack berada di atas, dan microUSB port terletak pada bahagian bawah.

Di belakang pula, terdapat speaker dan fingerprint scanner (di bawah kamera). Bahagian hadapan mempunyai 3 butang navigasi, sudah dikira standard pada masa sekarang.

Paparan

paparan redmi note 3

Redmi Note 3 mempunyai paparan skrin sebesar 5.5 inci, IPS LCD dengan resolusi sebanyak 1920 x 1080 (403 ppi).

Skrin paparan secara keseluruhannya, adalah baik, tetapi mempunyai sedikit kekurangan dari segi contrast warna. Dan ada model smartphone yang mempunyai kualiti skrin yang lebih baik dalam kategori smartphone bajet seperti Redmi ini.

Penggunaan skrin di tempat yang terang adalah baik, dan auto brightness juga berfungsi dengan baik.

Prestasi Xiaomi Redmi Note 3

Xiaomi Redmi Note 3 datang dengan prosesor octa-core MediaTek Helio X10 (2 GHz), disokong oleh GPU PowerVR G6200 serta 2GB RAM. Multitasking dengan model ini sangat lancar dan sukar untuk mendapat sebarang lag, walaupun dengan harga yang murah, model ini sangat menakjubkan.

Model yang kami reviu ini mempunyai kapasiti sebanyak 16GB, tetapi yang kurangnya adalah model ini tidak mempunyai slot memori kad – membawa maksud anda tidak boleh upgrade kapasiti storan pada masa hadapan.

Soal speaker pula, ianya adalah biasa dan peringkat pertengahan – tidak terlalu teruk dan tidak juga terlalu baik. Jika volum dikuatkan, anda akan dapat dengar sedikit noise daripada speaker Redmi ini.

Satu lagi penambahan menarik pada Note 3 ini adalah fingerprint scanner, yang terletak di bahagian belakang. Ditempatkan pada tempat yang sesuai, dan penggunaannya sangat laju dan efisien. Walaupun tidak sebaik Nexus 6P, tetapi satu ekstra yang menarik untuk kategori smartphone bajet.

Bateri pada Xiaomi Redmi Note 3 berkapasiti 4,000 mAh. Bateri model ini boleh bertahan agak lama, dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk penggunaan seharian. Ia tidak mempunyai kelebihan fast charging dan tidak boleh ditukar.

Kamera

kamera xiaomi redmi note 3

Redmi Note 3 dilengkapi dengan kamera belakang (13 MP) dan kamera hadapan (5 MP). Kualiti imej yang ditangkap adalah biasa sahaja. Namun, terdapat juga masalah dari segi warna dan sebagainya.

Dari segi aplikasi kamera pula, anda mempunyai banyak setting yang biasa seperti panorama, timer, manual mode, kawal white balance dan ISO, dan sebagainya.

Mahu menangkap gambar dengan banyak? Jangan guna smartphone ini. Untuk sample-sample gambar yang diambil oleh Xiaomi Redmi Note 3, anda boleh layari laman web ini.

Software

Soal software (perisian) pula, Xiaomi Redmi Note 3 menggunakan Android 5.0.2 Lollipop, dengan skin MIUI 7 (oleh Xiaomi). Skin MIUI ini sangat mudah dan mempunyai banyak features tambahan kepada Android biasa. Antaranya adalah transition effects, update mingguan, pantas dan responsive.

Satu masalah bagi model keluaran Xiaomi adalah, kurang update kepada Android. Ini bermakna, anda tidak mempunyai kebolehan untuk upgrade Lollipop kepada versi Mashmallow. Namun begitu, syarikat Xiaomi membekalkan update kepada MIUI, yang membawa features android terbaru ke dalam smartphone mereka.

Harga

Xiaomi Redmi Note 3 berharga RM699 bagi model 16 GB storan serta 2 GB RAM. Anda boleh mendapatkannya melalui Lazada Malaysia dengan klik pada link ini.

Menurut respond pengguna Malaysia, hampir semua daripada mereka menyukai model Redmi ini. Mungkin anda adalah pengguna yang seterusnya?

Video

Mahu reviu yang lebih detail, anda boleh lihat video reviu oleh Android Authority (Youtube) di bawah:

Kesimpulan

Secara ringkas, Xiaomi Redmi Note 3 adalah smartphone yang baik dalam kategori smartphone bajet. Dengan harga yang murah, anda mendapat paparan skrin yang baik, kamera yang okay, bateri yang besar dan reka bentuk yang kuat.

Walaupun begitu, model ini juga mempunyai kelemahannya, tetapi apa yang bayar adalah apa yang anda dapat. Untuk penggunaan yang biasa seperti chatting, berbalas mesej dan call, Xiaomi Redmi Note 3 ini sudah dikira smartphone bajet terbaik.

Harap artikel reviu ini memberikan manfaat kepada anda, sama ada model ini sesuai untuk anda atau tidak.

Sekian~

Leave a Comment