ZTE Blade X9 ataupun juga dikenali sebagai ZTE Blade A711 di Malaysia, telah dilancarkan tahun lepas, dan sudah boleh di dapati di Malaysia sekarang.
Untuk pengetahuan anda ZTE itu merupakan singgakat kepada Zhongxing Telecommunication Equipment, iaitu satu syarikat dari negara China. Ia merupakan syarikat ke-4 terbesar dalam menyediakan peralatan telefon, tetapi kebanyakkan dalam OEM, oleh sebab itu kita jarang dengar nama syarikat itu sendiri.
Memandangkan ZTE telah mengeluarkan satu produk terbaru mereka di Malaysia, dan anda boleh mendapatkannya secara eksklusif di Lazada, kami mengambil kesempatan ini untuk membuat sedikit reviu akan produk ini.
Reka Bentuk ZTE Blade
ZTE Blade A711 mempunyai bingkai aluminium dengan ketebalan 8.55mm, ia nampak sangat elegen dan bergaya. Selain itu, model ini juga berasa ringan (160g sahaja) jika dipegang, walaupun mempunyai reka bentuk yang agak besar.
ZTE Blade ini datang dengan satu warna sahaja, iaitu kelabu. Ia memberikan rasa mewah dan teguh.
Ia mempunyai reka bentuk dan nipis, senang untuk dimuatkan di dalam poket atau beg anda tanpa sebarang masalah.
Selain itu, anda juga akan tertarik dengan teknologi touch sensor yang terdapat dibahagian belakang telefon ini. Konsep ini sama dengan Google Nexus 6P yang dilancarkan baru-baru ini.
Paparan Skrin
ZTE Blade X9 ini mempunyai paparan skrin sebesar 5.5 inci, dengan resolusi 1080×1920 piksel. Resolusi itu sudah dikira standard untuk saiz tersebut dan harganya. Namun, sudah banyak model telefon pintar yang sudah ke arah paparan skrin 4K seperti Sony.
Walaupun begitu, anda sudah boleh berpuas hati dengan skrin ZTE ini kerana ia boleh memberikan paparan warna yang sangat terang. Sangat sesuai untuk anda menonton video atau bermain permainan.
Prestasi
ZTE Blade A711 didatangi dengan prosesor Octa-Core 1.5 GHz dan sebanyak 2GB yang cukup untuk multitasking yang ringkas. Prosesor tersebut bukanlah terbaik jika dibandingkan dengan model-model smartphone premium yang lain.
Smartphone ini mempunyai memori sebesar 16GB untuk menyimpan data-data anda. Anda juga mempunyai kebolehan untuk menambah memory card (microSD) sehingga 128GB jika anda mahu.
Berdasarkan respond para pengguna smartphone ini, mereka mempunyai pelbagai reaksi. Ada yang berpuas hati dan ada juga tidak. Antara masalah yang ZTE Blade ini alami adalah ia tidak smooth dan cekap melancarkan aplikasi. Kadang-kala ia crash dan terpaksa di-restart semula.
Smartphone ini akan mula lag apabila anda melancarkan banyak aplikasi sekali gus, jika anda seorang yang heavy multitasker, model ini semestinya tidak sesuai untuk anda. Manakala, bagi orang yang simple, handset ini boleh diambil kira kerana harganya murah.
Model menggunakan Android 5.1 iaitu Lollipop, tetapi sudah diaplikasikan skin mereka sendiri. Oleh itu, anda mungkin akan mendapat pengalaman yang berbeza dari segi UI-nya, kerana berbeza dari pengeluar yang lain.
Kamera
Kamera pada ZTE Blade A711 ini pula adalah 13MP dibelakang dan 5MP dihadapan. Kamera tersebut dibina dengan teknologi Auto Focus untuk menangkap gambar dengan lebih pantas dan terang.
Kebanyakan pengguna berpuas hati dengan kualiti kameranya, namun kerap juga aplikasi kamera tersebut crash.
Bateri
Model ini datang dengan bateri yang tidak boleh dikeluarkan, 3000mAh. Ia dikatakan boleh bertahan selama sehari, namun berdasarkan satu ujian pengguna, model ini sangat cepat habis bateri walaupun dengan penggunaan yang biasa.
Prestasi bateri semakin teruk kalau anda melakukan multitasking, sentiasa online, menonton video atau bermain game. Walaupun begitu, ada juga pengguna yang melaporkan bateri model ini boleh bertahan selama 18 jam.
Selain masalah bateri, anda mungkin mengalami masalah kepanasan. Ya, telefon ini sangat cepat panas. Mungkin syarikat ini tidak memberikan perhatian penuh kepada aspek bateri dan heat output semasa mengeluarkan model ini. Bagi sesetengah pengguna, bateri dan kepanasan itu satu aspek yang sangat penting.
Dimana Boleh Beli?
Anda anda berminat, anda boleh dapatkan ZTE Blade A711 ini secara eksklusif di Lazada Malaysia dengan harga RM729 (potongan harga sebanyak 19%). Sila klik pada link ini untuk ke lampiran berkenaan.
Kesimpulan
Secara ringkas, ZTE Blade A711 ini sesuai bagi pengguna yang biasa, yang tidak perlukan kuasa prosesor yang tinggi untuk multitasking atau melancarkan aplikasi yang besar. Model ini sesuai kepada orang yang menggunakan smartphone sekadar untuk berkomunikasi ringkas – SMS, Call, Whatsapp dan sebagainya.
Bagi pengguna tegar, atau power user, saya tidak sarankan anda mendapatkannya kerana mungkin tidak dapat memuaskan keperluan anda. Anda lebih baik memilih Google Nexus 6P dari model ini.
Harap artikel ini membantu anda membuat pilihan.
Sekian~