100 Kali Ganda Lebih Laju Daripada Wifi: Perkenalkan Inilah Li-Fi!

lifi

Cuba bayangkan dunia di mana jutaan mentol lampu digunakan sebagai satu pemancar internet, menggantikan router WiFi yang sedia ada dan seratus kali ganda lagi laju daripada WiFi?

Mungkin perkara itu boleh menjadi satu kenyataan dengan konsep Li-Fi.

Satu startup dari Estonia yang dikenali sebagai Velmenni menggunakan mentol lampu yang mempunyai teknologi Li-Fi untuk memindahkan data digital dengan kelajuan 1 Gigabit per second (Gbps), ini membawa maksud 100 kali ganda (atau 1000 kali ganda, bergantung kepada internet connection anda) lebih laju.

Secara perumpamaannya, anda boleh muat turun satu filem video berkualiti 1080p Full HD dalam masa beberapa saat sahaja!

Jadi, bagaimana kelajuan seperti itu dihasilkan?

Li-Fi merujuk kepada teknologi komunikasi cahaya, ataupun visible light communications (VLC), yang boleh menghantar komunikasi mudah alih dengan kelajuan yang sangat laju, sama seperti konsep Wi-Fi, tetapi menggunakan cahaya. Li-Fi boleh menjamin lebih laju, lebih selamat dan kurang gangguan.

Siapakah Yang Mencipta Li-Fi?

Terma “Li-Fi” mula diperkenalkan oleh seorang ahli fizik Jerman, Harald Hass semasa perbentangan beliau di TED Talk (klik di sini untuk saksikan video tersebut), menerangkan konsep menggunakan mentol lampu sebagai router. Penyampaian beliau tentang konsep ini sudah lama, 4 tahun yang lalu. (video yang baharu, klik sini)

Setahun selepas TED Talk, Harald telah menubuhkan pureLiFi dengan beberapa kumpulan orang yang berkecimpung dengan teknologi ini semenjak 2008. Syarikat tersebut telah dikenali sebagai syarikat peneraju dalam teknologi Li-Fi ini. Bahkan sudah mengeluarkan 2 produk.

Pada perkembangan terbaru, pureLiFi mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan satu syarikat Perancis untuk meneraju teknologi VLC, dan mengeluarkan produk ke-3 pada penghujung tahun 2016.

Bagaimanakah Ia Berfungsi?

Untuk menerangkan bagaimana Li-Fi berfungsi, kami embed satu video Youtube oleh Linus di bawah:

Apabila arus elektrik yang berterusan dihantar ke mentol lampu LED, satu aliran photon akan dihasilkan, dan kita akan nampaknya sebagai satu cahaya. Jika arus elektrik ini diubah secara perlahan, keamatan cahaya yang dihasilkan akan berubah-ubah.

Disebabkan oleh lampu LED adalah peranti semikonduktor, arus elektrik, dan output boleh direka untuk menghantar isyarat ke peranti photodetector – dan menukarkannya kembali kepada arus elektrik.

Dengan menggunakan teknik ini, informasi boleh dipindahkan dari lampu LED dengan kadar yang sangat pantas. Sila rujuk gambar di bawah:

bagaimana li-fi berfungsi
Gambar oleh: IBTimes

Adakah Semua Mentol Lampu Boleh?

Menurut Harald semasa TED Talk 2011, menyatakan bahawa mentol LED biasa boleh digunakan untuk Li-Fi. Cuma perlukan sedikit tambahan microchip dan reciever.

Tetapi perkara ini lebih rumit, jadi kita yang sekadar pengguna, hanya boleh tunggu sahaja sebarang perkembangan lanjut.

Ada Kekurangan?

Teknologi Li-Fi bergantung 100% kepada cahaya, jadi ia kemungkinan besar tidak boleh digunakan jika pancaran dihalang oleh benda legap. Jika mahu gunakan Li-Fi di rumah, anda kena pastikan setiap bilik yang perlukan internet mempunyai lampu LED dan hendaklah dipasang (walaupun hari siang)

Satu masalah yang lain adalah kemungkinan tidak boleh digunakan di luar rumah atau di bawah cahaya matahari. Tetapi pureLiFi sedang berusaha untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

Bila Li-Fi Boleh Digunakan?

Menurut Deepak Solanki, CEO Velmenni mengatakan bahawa teknologi ini boleh sampai kepada pengguna dalam jangka masa 3-4 tahun dari sekarang.

Bila sampai ke Malaysia? Itu saya tidak boleh jamin apa-apa sebab jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia sangat rendah data yang ditawarkan dan paling mahal. Negara-negara lain yang sudah menggunakan 10Mbps, negara kita masih sangkut dengan 1-4Mbps lagi. haish.

Kesimpulan

Perkembangan teknologi semakin berkembang, termasuklah internet kerana semakin hari semakin ramai pengguna internet, semakin tinggi permintaannya.

Teknologi Li-Fi ini sangat baru lagi, dan masih dalam peringkat pembangunan. Mungkin dalam jangka masa 10 tahun lagi, kita boleh mula nikmati video streaming tanpa sebarang buffer dan internet yang lebih stabil.

Harap artikel ringkas ini memberi serba sedikit apa yang anda perlu tahu tentang hype Li-Fi ini. Jika ada apa-apa pandangan, sila tinggalkan komen di bawah.

Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here