20 Keyboard Shortcut Windows 10 Yang Anda Perlu Tahu

Dengan Windows 10, iaitu operating system terbaru dari Microsoft, mereka telah menambah beberapa keyboard shortcut yang baharu untuk memudahkan anda mengakses Action Center, Task View dan lain-lain. Dan Microsoft baru-baru ini mengeluarkan senarai penuh shortcut yang anda boleh gunakan di dalam Windows 10.

Jika anda tidak biasa dengan shortcut, anda mungkin merasakan shortcut penuh yang disenaraikan itu terlalu banyak dan merumitkan – tak tahu pun bila nak guna. Dalam artikel ini, kami menyenaraikan 20 keyboard shortcut yang kita semua (sebagai pengguna biasa) sering guna.

Dan perlu diingat bahawa senarai ini bukan sahaja untuk Windows 10 secara khusus, sebab terdapat juga shortcut yang boleh diguna pakai di dalam Windows yang terdahulu.

Berikut adalah senarai beberapa keyboard shortcut windows 10 yang boleh membantu anda bekerja dengan lebih efisien

Masih belum upgrade? Sila ikuti link ini untuk mendapatkan Free Upgrade!

Keyboard Shortcut Windows 10 – Fungsi Baharu

Windows key + A: Buka Action Center
Windows key + C: Lancar Cortana (untuk voice command)
Windows key + I: Buka Settings app
Windows key + S: Lancar Cortana
Windows key + Tab: Buka Task View
Windows key + Ctrl + D: Buat virtual desktop yang baharu
Windows key + Ctrl + F4: Tutup desktop sekarang
Windows key + Ctrl + Kiri atau Kanan (anak panah): bertukar diantara virtual desktops

Shortcut Windows Biasa

Windows key (Windows 7 dan ke atas): Buka/Tutup Start menu
Windows key + X (Windows 8.1 dan 10): Buka/tutup right-click pada Start Menu
Windows key + anak panah kiri atau kanan (Windows 7 dan ke atas): snap window yang terbuka ke kiri atau kanan.
Windows key + E (Windows 7 dan ke atas): Lancar File Explorer
Windows key + L (Windows 7 dan ke atas): Kunci desktop
Alt + PrtScn (Windows 7 dan ke atas): Ambil screenshot pada window yang terbuka, dan copy pada clipboard.
Windows key + PrtScn (Windows 8.1 dan 10): Ambil screenshot pada keseluruhan paparan, dan simpan di Computer > Pictures > Screenshots

Shortcut Untuk Browser – Chrome, Firefox, Opera dan Edge

Ctrl + T: Buka tab baharu
Ctrl + D: Bookmark laman web
Ctrl + L: Highlight URL
Ctrl + Tab: Bertukar-tukar tab yang dibuka
Ctrl + Enter: tambah “.com” pada penghujung setiap alamat url (e.g. taip ‘google’ kemudian Ctrl + Enter untuk dapatkan google.com)

Kesimpulan

Windows 10 adalah keluaran windows yang terbaik dari Microsoft, mengikut pendapat saya. Dan mereka sudah banyak memberikan kemudahan kepada pengguna untuk akses fungsi-fungsi baharunya dengan menggunakan keyboard shortcut.

Harap artikel ringkas ini memudahkan anda menggunakan Windows 10. Silalah kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan atau ahli keluarga agar mereka turut mendapat manfaat seperti mana anda.

Sekian~

Leave a Comment