Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Windows 10

Jika kita lihat kembali semasa pelancaran Windows 8, ramai orang yang tidak berpuas hati dengan antara mukanya. Bayangkan OS yang direka untuk skrin sesentuh, tetapi kebanyakan masa kita menggunakan keyboard dan tetikus untuk berinteraksi – ini
menyusahkan dan memeningkan orang.

Tetapi itulah kenyataan! Antara muka dalam mod tablet baik, tetapi bagi orang yang hanya mahu menggunakan laptop dan komputer mereka seperti dahulu, mereka merasakan ianya satu kekurangan.

Semua itu berubah dengan windows 10!

Jika anda bercadang untuk upgrade kepada Windows 10 pada desktop ataupun laptop: Start menu yang disukai ramai kembali! Dengan warnanya yang gelap – ini bukanlah start menu yang sama semasa Windows sebelum ini kerana Microsoft telah membinanya dari mula, dengan menggabungkan antara muka dari Windows 7 dan ciri-ciri (features) dari Windows 8.

Start Menu Telah Kembali!

Start menu sekarang sudah kembali ke tempat asalnya – bawah kiri, sama seperti Windows 7. Namun begitu, Microsoft masih mengekalkan Live Tiles yang mereka perkenalkan pada edisi Windows 8 – sekarang sudah berada di dalam Start menu dalam bentuk yang lebih kecil.

Ini membawa maksud ia tidak lagi “memakan” semua desktop anda setelah dilancarkan. Sekarang anda boleh pin aplikasi yang lama dan yang baharu pada Start menu, dan ada setting yang mudah untuk akses, shutdown ataupun restart, dan senarai aplikasi yang kerap digunakan banyak membantu pengguna. Penambahan ini adalah satu pendekatan yang terbaik dengan kembalinya Start menu – dan anda juga boleh resize tiles tadi untuk saiz yang anda mahu.

Tema (theme) default Windows 10 adalah berwarna hitam, namun jika anda tidak berminat dengan warna tersebut, anda boleh ubah kepada warna yang anda suka kemudian pada setting.

Multitasking

Microsoft telah memperbaiki multitasking di dalam Windows 10. Ciri-ciri Snap telah banyak diperbaiki dalam edisi ini. Anda boleh drag sebarang window ke sebelah penjuru, secara automatik ia akan mengubah saiz kepada separuh – kemudian akan terdapat pilihan windows yang sedia ada untuk diletakkan di sebelahnya.

Selain daripada itu, Microsoft juga memperkenalkan task View, seperti Mission Control dalam Mac. Ia akan memaparkan semua window anda di dalam satu skrin paparan untuk memudahkan anda menukar window. Microsoft telah meletakkan satu butang khas untuk fungsi ini pada task bar untuk memudahkan pengguna aksesnya. Microsoft menyatakan ramai penggunanya tidak menggunakan Alt+Tab untuk bertukar aplikasi, jadi mereka menggantikannya dengan fungsi ini.

Cortana

Microsoft telah menambah pembantu maya (virtual assistant) ke dalam Windows 10, yang dikenali sebagai Cortana. Ia direka untuk menambah satu keunikan kepada Start menu. Anda boleh melakukan pencarian ataupun menggunakan kata kunci “hei Cortana” untuk aktifkan pencarian ataupun pertanyaan.

Tetapi malangnya, fungsi penuh cortana ini masih belum disokong oleh Microsoft bagi pengguna Malaysia. Ini bermaksud jika produk ini didaftarkan di Malaysia, anda tidak dapat menggunakan fungsi “hei Cortana” tersebut.

Pelayar (Browser) Yang Baharu – Microsoft Edge

Windows 10 disekalikan dengan pelayar yang baharu, yang dikenali sebagai Edge. Ia mungkin baharu, tetapi ada sedikit persamaan dengan Internet Explorer – ikonnya.

Microsoft Edge ini ringkas, simple, bersih dan berfungsi dengan baik dalam kebanyakan kes – tetapi masih kurang dari segi features jika dibandingkan dengan browser yang lain. Snap tab ke window yang baharu masih tidak cekap, dan download bermula secara automatik tanpa bertanya di mana kita hendak simpan fail tersebut. Perkara tersebut adalah asas, tetapi tidak ada!

Jika bincangkan berkaitan dengan pelayar, satu benda yang penting adalah pada prestasinya, yang mana Edge dapat memberikan prestasi yang memberansangkan. Membuka kebanyakan laman sesawang yang popular adalah cepat dan baik.

Selain itu, Edge datang dengan satu fungsi yang menarik – anda boleh menulis/melukis secara terus di atas browser tersebut dan hantar kepada rakan anda. Ianya berguna jika anda ingin berkongsikan screenshot laman web dengan sedikit nota. Tetapi saya percaya ramai orang tidak memanfaatkan fungsi ini.

Namun, Microsoft Edge ini bukanlah sempurna. Apa yang kurang pada browser ini adalah dari segi extensionnya. Firefox dan Chrome kedua-duanya mempunyai pilihan extension yang besar dan sudah menyokongnya untuk beberapa tahun, dan terasa kurang ketidaan fungsi ini pada Edge.

Apps

Windows 10 datang dengan Windows Store, ini bermaksuda anda boleh memuat turun apps tambahan untuk memberikan keunikan pada komputer anda.

Antara app yang disertakan adalah Calendar. Apa yang baik dalam app ini adalah anda boleh load Google Calendar anda membuat perancangan padanya tanpa perlu membuka di dalam browser.

Selain apps, anda boleh memuat turun muzik, movie dan siaran televisyen – semuanya di dalam satu tempat!

Video Tambahan

Mahukan pendekatan yang lebih terperinci? Anda boleh menyaksikan video dari TheVerge ini:

Dimana Boleh Dapatkan Windows 10?

Anda boleh dapatkan Windows 10 ini secara percuma melalui upgrade dari Windows 7 dan Windows 8. Jika tidak mahu upgrade, anda juga boleh dapatkan Windows 10 ini dari Lazada dengan harga promosi RM466.

Kesimpulan

Tidak dinafikan bahawa Windows 10 ini adalah satu pendekatan terbaik daripada Microsoft. Mungkin terdapat beberapa masalah pada awalnya, tetapi saya yakin pihak Microsft akan perbetulkan.

Dalam edisi ini, Microsoft telah banyak perbetulkan kesilapan mereka di dalam Windows 8 -bahkan banyak penambaikan yang boleh memuaskan hati pengguna tegar Windows.

Sekian~

1 thought on “Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Windows 10”

Leave a Comment