Apakah Itu Deep Web & Dark Web?

Pada November 2015, pihak kerajaan UK dengan kerjasama National Crime Agency (NCA) bersatu dalam menengani masalah jenayah berat yang melibatkan pornografi kanak-kanak yang tersebar di dalam dark web.

Tapi, apakah itu dark web? Apa bezanya dengan deep web? Apa kegunaannya dan siapa yang boleh akses?

Dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan perkara-perkara tersebut.

Deep Web Vs Dark Web

Istilah deep web dan dark web sering kali salah faham, dianggap sebagai satu perkara yang sama – tetapi itu adalah SALAH. Deep web dan dark web ada bezanya.

deep web vs dark web
Sumber: DeepWebTech.com

Deep web merujuk kepada sebahagian besar website/internet yang tidak dapat di-craw oleh Google (atau search engine lain), lantas tidak dimasukkan dalam hasil pencariannya. Ini merangkumi server sulit, database, cloud storage, intranet, perbankan online dan banyak lagi.

Deep web ini sangat besar. Menurut kajian oleh Michael Bergman pada 2001, menganggarkan bahawa deep web ini mengandungi 7,500 terabytes maklumat berbanding 19 terabytes sahaja yang mudah diakses dari search engine. Kebanyakannya adalah sah di sisi undang-undang dan diperlukan untuk internet berfungsi.

Dark web pula merujuk kepada satu bahagian dari deep web. Ia merujuk kepada satu koleksi laman web yang menyembunyikan alamat IP server mereka, biasanya dengan menggunakan software Tor.

Ia sangat sangat sulit. Ia boleh digunakan sebagai satu platform untuk berhubung mengenai perkara-perkara sulit di luar perhatian pihak berkuasa. Disebabkan oleh sangat sulit, ia digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan kegiatan jenayah seperti mengedar senjata mahupun pornografi kanak-kanak bawah umur.

Bagaimana Untuk Akses Deep/Dark Web? – Tor

Kita boleh akses deep dan dark web dengan menggunakan software browser yang khusus, dikenali sebagai Tor Browser. Di laman web rasmi Tor (klik di sini), mereka memberikan semua maklumat penting untuk anda sekiranya ingin bermula.

Semasa menggunakan Tor Browser, anda boleh menggunakannya sebagai browser yang biasa, tetapi lebih khusus untuk membuka laman web yang berakhir dengan .onion berbanding dengan .com, .net dan TLD domain yang lain.

Satu benda yang perlu anda tahu semasa menggunakan Tor adalah; perlu tahu link yang mahu dibuka. Laman web .onion tidak dijejak oleh Google, dan tiada search engine di deep web. Anda perlu direct link jika mahu ke laman web tersebut.

Satu subreddit di Reddit sudah lama membincangkan perkara ini, termasuklah DarknetMarketsNoobs yang menyenaraikan beberapa link yang boleh dilayari. Wiki juga ada menyenaraikan senarai link .onion yang boleh diakses.

Amaran – Jangan Cuba Akses Deep/Dark Web!

Artikel ini ditulis sebagai satu panduan dan pengenalan asas tentang kewujudan tentang deep dan dark web ini. Ya, kewujudannya telah banyak disalah gunakan oleh orang-orang jahat, oleh sebab itu kami di pihak PanduanSaya menegah anda daripada mencuba akses dark, mahupun deep web.

Jika anda mahu mengetahui lebih mendalam tentang perkara ini (tanpa akses sendiri), anda boleh membaca pengalaman-pengalaman orang yang pernah melayarinya di subreddit ini. Mereka berkongsi cerita-cerita mereka, ada yang lawak, ada yang jijik dan ada yang boleh menyebabkan anda persoalkan kemanusiaan.

Video

Untuk membuka minda anda tentang betapa ngerinya deep web dan dark web ini, anda boleh lihat video senarai 10 perkara paling ngeri yang dijumpai di deep web di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=osYwxy9B4Y4

Video ini adalah daripada Youtuber Alltimes10.

Kesimpulan

Pada asasnya, deep web dan dark web ditubuhkan untuk tujuan merahsiakan perkara-perkara digital, agar ia tidak mudah dicuri atau diakses oleh orang yang tidak berkenaan.

Namun, apabila sudah jatuh di tangan orang yang berniat tidak baik, maka buruklah platform ini.

Harap artikel ini menjawab persoalan anda terhadap deep dan dark web.

Sekian~

1 thought on “Apakah Itu Deep Web & Dark Web?”

  1. betul ka deep web ni dipenuhi dengan kengerian seperti paparan video di atas, yang saya tahu deep web ni adalah tmpt membeli dadah menggunakan sistem bitcoin dan tmpt membeli senjata api..

    Reply

Leave a Comment