Definisi realiti maya, datang daripada dua perkataan tersebut : realiti (reality) dan maya (virtual). Untuk definisi ‘maya’ pula, ia hampir realiti seperti yang kita dapat rasa sekarang sebagai seorang manusia. Manakala perkataan realiti maya ini bermaksud ‘hampir realiti’. Tetapi skopnya buat masa ini adalah pada peringkat emulasi.
Sepertimana yang kita tahu bahawa kita mempunyai 5 deria iaitu: rasa, bau, sentuhan, penglihatan dan pendengaran. Tapi pada hakikatnya, kita ada banyak lagi daripada itu, sebagai contoh badan kita juga mempunyai deria untuk imbangkan badan.
Semua deria ini berfungsi dengan menggabungkan isyarat kepada otak dan otak akan memproses isyarat tersebut, kemudian menghasilkan sesuatu pergerakan atau pemikiran.
Semua yang kita tahu tentang realiti datangnya dari deria kita semua. Dalam kata lain, apa yang kita dapat rasa pada alam realiti adalah datangnya daripada deria kita.
Jadi, dalam kata mudah, realiti maya adalah stimulasi persekitaran dalam 3 dimensi oleh komputer untuk meransang deria kita. Orang yang berada di dalam realiti maya boleh melihat, memerhati dan berinteraksi dengan objek yang berada di dalam alam maya tersebut.
Bagaimana Realiti Maya Dicapai?
Buat masa sekarang, realiti maya dihasilkan oleh komputer. Terdapat banyak lingkungan sistem yang menggunakannya, seperti headset, treadmill dan sarung tangan. Semua peralatan ini adalah digunakan untuk meransang deria kita untuk menghasilkan ilusi realiti.
Perkara ini sukar dicapai berbanding dengan bunyi, kerana deria penglihatan lebih sensitif daripada deria pendengaran.
Kenapa Realiti Maya?
Kita mungkin rasakan ia memerlukan usaha yang banyak, tapi memang pun! Tapi kenapa ramai yang ingin mencipta teknologi ini? Kerana nilainya dalam industri hiburan adalah nyata.
Cuba bayangkan filem dan game komputer dalam VR? Ia pasti boleh memberikan pengalaman yang baharu kepada pengguna.
Selain daripada dunia hiburan, teknologi VR ini juga boleh menyumbang dalam pelbagai jenis bidang yang lain seperti:
- Arkitek
- Sukan
- Perubatan
- Seni
- Pembelajaran
VR boleh membantu kita meneroka alam yang lebih jauh berbanding dengan apa yang kita ada sekarang.
Apabila kita ingin melakukan sesuatu yang bahaya, mahal atau tidak praktikal kita boleh bergantung kepada simulasi dari VR untuk mencubanya.
Buat masa ini, VR masih dalam peringkat pengenalan. Harganya mahal, tetapi kita boleh agak bahawa harga boleh menurun tahun demi tahun berdasarkan sejauh mana perkembangan teknologi ini.
Kebaikan Sistem Realiti Maya
Terdapat banyak jenis sistem realiti maya diluar sana tetapi semuanya mempunyai ciri-ciri yang sama seperti kebolehan membenarkan pengguna untuk melihat objek 3 dimensi dan berinteraksi dengannya.
Pada masa yang sama, VR akan berubah mengikut sudut pandangan anda. Sesetengah objek akan bergerak dan respond kepada pergerakan mata dan kepala anda.
Selain itu, alam maya ini seharusnya memberikan tindak balas serta merta, sebaik sahaja pengguna berinteraksi dengan sekitar mereka. Masalah akan berlaku sekiranya tindak balas tidak serentak dengan pergerakan pengguna, ia akan mengganggu pengalaman pengguna tersebut.
Video Bantuan
Sukar untuk memahami konsep realiti maya? Tak mengapa, sila lihat video penerangan oleh Marques di bawah:
Kesimpulan
Realiti maya adalah salah satu usaha untuk mendatangkan alam maya kepada pengguna dimana mereka boleh berinteraksi secara spontan dengan objek maya tersebut.
Teknologi is sudah lama dikembangkan, cuma pada masa artikel ini ditulis masih boleh dikatakan dalam peringkat percubaan. Peralatan VR sekarang sangat mahal dan bukan semua orang mampu memilikinya – dan pasarannya masih kurang.
Tapi itu adalah satu permulaan.
Harap artikel ini membantu, kongsikan dengan rakan-rakan agar mereka juga mendapat manfaat.
Sekian~