Apakah itu Youtube Red? Perlukah Anda Peduli?

Youtube sekarang sudah melancarkan servis langganan berbayar mereka, yang dikenali sebagai Youtube Red.

Google sudah tahu bahawa Youtube merupakan satu-satunya tempat untuk viral video, muzik hits dan banyak-banyak lagi.

Untuk mendapatkan sesuatu yang lebih daripada kunjungan pengguna, mereka ingin meningkatkan pendapatan mereka dengan Youtube Red – pada masa yang sama memberikan yang terbaik kepada pengguna tegar.

Ia mula dilancarkan pada 28 Oktober 2015 di Amerika Syarikat, dan akan mengambil masa untuk tiba di Malaysia.

Artikel kali ini bertujuan untuk mendedahkan beberapa perkara yang anda akan dapat sebelum menyertainya.

Apakah Youtube Red?

Youtube Red merupakan servis langganan berbayar oleh Youtube yang akan membuang sebarang iklan pada laman web tersebut semasa anda melayarinya. Tiada lagi iklan yang mengganggu!

Asalnya ia diperkenalkan sebagai YouTube Music Key, satu servis yang membenarkan anda stream video muzik dari Youtube tanpa iklan. Google telah menukarkannya kepada Youtube Red untuk diaplikasikan ke semua video di platform tersebut.

Apa Yang Anda Dapat?

Dengan melanggan pada Youtube Red, anda tidak lagi akan dapat lihat iklan berkeliaran di laman web tersebut, di aplikasi mobil, atau TV.

Berikut adalah senarai peranti yang menyokong Youtube Red:

  • Aplikasi mobile Youtube dan Youtube Gaming Android dan iOS
  • Chromecast
  • Android TV
  • Apple TV
  • Consoles: Xbox 360, Xbox One, Wii U, Playstation 3 dan Playstation 4

Selain daripada tiada iklan, Youtube Red turut memberikan kebolehan tambahan kepada anda:

  • tonton secara offline
  • mendengar video dengan screen off

(hanya pada aplikasi Youtube dan Youtube Gaming Android dan iOS)

Anda juga boleh memuat turun video di Youtube ke dalam telefon atau tablet anda, dan boleh ditonton secara offline selama 30 hari. Namun, anda tidak boleh meninggalkan komen sekiranya dalam keadaan offline.

Satu lagi, servis ini akan membenarkan anda mendengar kepada video di telefon atau tablet melalui speaker/headphone semasa berada di aplikasi yang lain (screen off). Sangat berguna sekiranya anda sedang multitasking, dan video tersebut hanya perlu didengar, tidak perlu ditonton.

Kelebihan terakhir adalah anda mendapat melanggan kepada Google Play Music secara percuma (sebelum ini $10).

Youtube Red ini merupakan projek besar jangka panjang, oleh itu dalam masa ke masa, kita boleh lihat semakin ramai Youtuber yang akan menggunakan servis ini dan upload video eksklusif mereka.

Berapa Harganya, Bagaimana Nak Sertai?

Youtube Red berharga $10 sebulan dan setakat ini hanya terdapat di Amerika Syarikat. Tetapi Google merancang untuk melebarkan rangkaian servis ini di seluruh dunia secara berperingkat.

Original Shows dari Youtube Red

Google bekerjasama dengan beberapa youtuber yang terkenal untuk menghasilkan pengeluran eksklusif kepada pengguna Youtube Red. Antaranya adalah:

“Scare PewDiePie”

Satu siri seram realiti, lebih kepada game show yang disertai oleh PewDiePie (Felix Kjellberg), mengharungi beberapa situasi seram.

“A Trip to Unicorn Island”

Sebuah movi yang mengikuti YouTuber IISuperwomanII (Lilly Singh) dalam menjelajah dunia.

“Sing It!”

Sebuah pertandingan vokal oleh Fine Brothers, yang popular dengan video “Kids React to…”

Apa Jadi Kalau Tak Melanggan?

Google akan meneruskan Youtube seperti mana ianya sekarang. Tanpa melanggan kepada Red, anda masih boleh menonton semua video dan channel yang anda suka, percuma seumur hidup, cuma dengan iklan.

Secara jujur, anda tidak memang tidak kehilangan/ketinggalan apa-apa pun kalau tidak melanggan. Semua video eksklusif pun akan menjadi percuma juga dalam jangka masa yang ditetapkan.

Kenapa Orang Mahukan Youtube Red?

Untuk sesetengah orang, iklan adalah satu gangguan yang nyata. Oleh sebab itu, mereka sanggup membayar/melanggan untuk menghilangkan semua iklan tersebut.

Bagi orang yang sering melancong atau tidak mendapat talian internet pula, mungkin menghargai offline viewing tersebut.

Dengan melanggan kepada Red, anda juga mendapat Google Play Music yang mana sangat baik, bahkan boleh dikatakan setaraf dengan Spotify.

Tidak pun, anda seorang yang berada yang inginkan sesuatu yang eksklusif dan istimewa – maka Red adalah pilihan yang baik.

Video Hands On

The Verge pernah melakukan liputan eksklusif tentang servis ini, anda boleh lihat apa pandangan mereka terhadapnya di bawah:

Kesimpulan

Youtube Red merupakan servis yang masih baru dikeluarkan, dan setakat artikel ini ditulis, ia masih belum ada di Malaysia.

Saya tidak tahu sejauh mana Youtube Red akan pergi, memandangkan features yang ditawarkan, orang sekrang sudah dapat manipulasi: tiada iklan guna AdBlock, offline viewing muat turun video guna 2conv.com.

Youtube Red mungkin menarik untuk sesetengah orang, tetapi yang pastinya bukan untuk semua.

Sekian~

Leave a Comment