12 Cara Untuk Melindungi Privasi Facebook Anda

Dengan 1.3 bilion pengguna di seluruh dunia, Facebook dikatakan platform media sosial yang terbesar. Saya agak yakin, pembaca yang sedang membaca artikel mesti ada akaun Facebook. (kalau tak, kenapa perlu baca.. haha)

Facebook membuka ruang kepada kita untuk berkongsi apa jua – tidak kiralah sama ada dari segi teks, gambar dan video. Perkongsian di Facebook tidak ada had, lebih-lebih lagi platform itu sering membuat penambaikian dan penambahan dari segi features mereka.

Tetapi tahap keterbukaan Facebook ini boleh membawa kepada perkongsian informasi yang tidak terkawal. Ada kalanya sesetengah perkongsian itu, kita mahu hanya beberapa individu sahaja yang boleh melihatnya – bukan semua 1000 kawan kita (mungkin kita tidak kenal pun).

Jika itu adalah masalah anda, berikut adalah 12 cara untuk melindungi privasi Facebook anda. Kawal apa yang public dan private setiap perkongsian anda!

Artikel ini akan menggunakan istilah English, untuk mengelakkan kekeliruan.

Tip #1: Lock Down Profil Anda

facebook privacy setting menu

Sebelum anda mula mengubah setting dan informasi personal anda (untuk friends anda lihat), mulalah dengan tick profil Facebook anda sebagai private, bukannya public.

Klik pada anak panah drop-down pada sebelah atas kanan, pilih Settings, dan klik Privacy pada pilihan sebelah kanan. Cari ‘Who can see your future posts?‘ dan pilih Edit.

facebook lock down setting

Dalam menu drop-down tersebut, pastikan Friends dipilih. Jika anda mahu semuanya menjadi private, anda perlu set ‘privacy in individual post’ (lihat tip 3), kemudian pilih ‘Only Me‘.

Tip #2: Hadkan Orang yang Boleh Melihat Post yang Lama

facebook limit post

Jika anda sudah bertukar setting, namun pos/perkongsian lama anda masih lagi dalam keadaan public.

Untuk mengubahnya, pergi ke ‘Who can see my stuff?‘, cari pilihan untuk ‘Limit the audience for old post on your timeline‘, kemudian klik pada ‘Limit Old Posts

Satu kotak amaran akan keluar, klik sahaja ‘Confirm

Tip #3: Post Kepada Friend Tertentu

facebook select post

Dalam Facebook, anda boleh tentukan siapa yang boleh lihat post anda. Caranya, klik pada ‘Update Status‘ seperti biasa, dan klik pada anak panah drop-down yang terletak disebelah ‘Friends‘, pilih ‘More Option‘ untuk kembangkan pilihan dan klik ‘Custom‘.

facebook select people

Satu pop-up yang bertajuk ‘Custom Privacy‘ akan keluar. Di dalam ‘Share this with‘, klik pada butang pangkah kepada ‘Friends‘ (ini default), dan kemudian masukkan nama rakan yang anda mahu kongsikan.

Facebook akan membuat beberapa cadangan berdasarkan senarai friend dan nama akan keluar dengan automatik, yang anda yang akan pilih. Setelah selesai, klik pada ‘Save Changes

Dengan ini, anda boleh yakin bahawa post itu hanya akan sampai kepada orang tertentu sahaja.

Untuk perkongsian kepada semua friend, klik pada drop-down dan pilih ‘Friends’.

Tip #4: Sembunyikan Umur Anda

Bukan semua orang yang mahu hari jadi dan umur mereka di Facebook – mungkin atas tujuan keselamatan dan sebagainya.

Untuk menyembunyikan umur anda, login Facebook seperti biasa dan klik pada ‘Edit Profile‘ di bawah nama anda, disebelah kolum kiri.

Anda akan dapat lihat beberapa seksyen dipanggil ‘About‘ keluar di tengah-tengah laman sosial berkenaan. Pilih ‘Contact and Basic Info‘ dan di bawah ‘Basic Information‘ anda akan lihat tarikh lahir anda yang dimasukkan pada permulaan anda daftar Facebook.

Alihkan tetikus anda ke penghujung kanan garis ‘Date of Birth‘ dan butang ‘Edit‘ akan keluar.

facebook hide age

Klik pada butang tersebut dan drop-down akan keluar – di situ anda boleh tentukan siapa yang boleh lihat tarikh lahir anda. Pilih sama anda anda mahu ‘Public‘ atau ‘Friends‘ atau ‘Friends except acquaintances‘ atau ‘Only Me‘ atau ‘Custom‘.

sembunyi umur di facebook

Saya tidak mencadangkan adna memilih ‘Public‘. Anda mungkin perlu pilih ‘Friends‘ agar mereka mendapat notifikasi hari jadi anda, dan pilih ‘Only Me‘ agar anda sahaja yang tahu. Semua setting ini adalah bergantung kepada kemahuan anda.

Kemudian, klik pada ‘Save Changes‘.

Tip #5: Status Hubungan (Relationship Status)

facebook relationship

Bukan semua orang mahu berkongsikan status hubungan mereka. Untuk mengubah setting ini, sila ke ‘About‘ (seperti Tip 4) dan kali ini, klik pada ‘Family and Relationships‘ dari opsyen sebelah kiri.

Dalam menu drop-down mengandungi banyak pilihan, termasuklah ‘Single‘, ‘Divorced‘ dan ‘It’s Complicated‘.

Pilihan yang paling teratas, anda akan lihat garis lurus putus-putus (——-). Pilih ini dan status hubungan anda tidak akan ditayangkan pada profil anda.

Tip 6: Sembunyikan Senarai Friend (Friend List)

facebook hide friend request

Untuk menjadikan Friend list anda private, klik pada nama anda di menu utama (top bar). Pada menu yang panjang, anda akan dipaparkan dengan opsyen untuk ‘Timeline‘, ‘About‘, ‘Friends‘, ‘Photos‘ dan ‘More‘. Untuk tujuan ini, klik pada ‘Friends‘.

Sebelah pada ‘Find Friends‘ anda akan dapat lihat satu butang pensil, klik butang tersebut dan pilih ‘Edit Privacy‘.

facebook sembunyi friend request

Dalam kotak ‘Edit Privacy‘, terdapat dua pilihan. Klik pada anak panah drop-down sebelah ‘Friend List‘ dan pilih ‘Only Me‘.

Pilihan seterusnya adalah ‘Following‘, ia membolehkan anda tentu siapa yang boleh lihat senarai rakan yang anda ikut. Jika mahu kekal private, pilih ‘Only Me‘.

Tip 7: Hadkan Friend Request

facebook limit friend request

Untuk mengelakkan daripada menerima friend request daripada orang yang anda tidak kenali (& mungkin anda tidak peduli), sila klik-kanan (right click) pada anak panah di sebelah atas kanan dan pilih Settings (seperti Tip 1) dan pilih Privacy pada sebelah bahagian kanan.

Di bawah bahagian ‘Who can contact me?’ pilih ‘Friends of friends‘. Jika anda mendapat juga request daripada seseorang yang anda tidak kenali, anda bolehlah menekan ‘Ignore‘ untuk mengabaikan friend request tersebut.

Tip 8: Tapis (Filter) Mesej Anda

facebook filter message

Tidak mahu orang asing mesej anda di Facebook, anda juga boleh tentukan. Seperti dalam Tip 7, dalam menu ‘Who can contact me?‘, terdapat satu bahagian yang berjudul ‘Whose messages do I want filtered into my inbox?‘ membolehkan anda menentu siapa yang
dibenarkan mesej akaun Facebook anda.

Basic Filtering‘ bermaksud anda membenarkan friends dan friends of friends untuk meninggalkan mesej. ‘Strict Filtering‘ pula hanya membuka ruang kepada friends sahaja untuk bermesej.

Nota: Pilihan ini dikecualikan sekiranya anda di dalam mesej kumpulan (group chat/message).

Tip 9: Blocking

facebook block

Jika terdapat seseorang yang anda ingin tidak mahunya menghubungi dan berinteraksi dengan dengan anda langsung, block adalah cara yang paling terbaik. Klik pada anak panah drop-down pada menu atas sebelah kanan, dan pilih Settings.

Pilih ‘Blocking‘ di sebelah kiri dan di bawah ‘Block users‘, masukkan nama orang yang anda mahu block tersebut.

Kemudian, tekan butang ‘Block‘. Setelah mereka disenaraikan di dalam senarai block, mereka tidak boleh melihat apa yang anda post, tambah rakan atau menjemput anda ke event.

Tip 10: Matikan Fungsi Lokasi

facebook location

Apabila anda membuat post di Facebook, kadang kala sistem akan mencadangkan tempat, saya menasihatkan anda untuk tidak menggunakan fungsi ini – sebab orang akan mengetahui di mana anda berada. Jika maklumat ini jatuh ke tangan orang yang berniat jahat, anda mungkin akan menjadi mangsa.

Oleh itu, adalah disarankan untuk mengabaikan fungsi ini semasa anda ingin post sesuatu pada masa hadapan.

Namun, jika sudah dipos, dan anda ingin mengubahnya, anda boleh klik pada ‘Edit Post‘. Kenal pasti lokasi anda, dan pada penghujung garis itu, akan ada tanda pankah. Tekannya untuk membatalkan tetapan lokasi.

Tip 11: Kekalkan Gambar Dalam Private

facebook image privacy

Jika anda sudah memiliki akaun Facebook untuk beberapa tahun, sudah pasti anda mempunyai banyak koleksi gambar. Dan mungkin terdapat beberapa gambar yang anda tidak suka orang melihatnya. Jika anda mengikuti Tip 2 di atas (Limit Old Posts), hanya friends anda sahaja yang boleh melihatnya, tetapi anda mungkin juga tidak mahu sesiapa melihatnya (walaupun friend).

Untuk kekalkan gambar kepada anda sendiri, klik pada nama anda di menu utama, dan pilih ‘Photos‘.

Photos of You‘ mengandungi gambar-gambar yang anda ditag, pilih gambar yang anda mahu sembunyikan, klik pada ikon pensil dan pilih ‘Hide from Timeline’.

Your Photos‘ pula mengandungi semua gambar yang anda upload, pilih mana-mana gambar yang anda mahu sembunyikan, klik pada ikon pensil dan pilih ‘Delete this photo’ untuk membuangnya.

Tip 12: Events (Acara)

facebook event

Facebook merupakan satu platform yang sangat baik untuk menganjur acara, anda boleh mengajak (invite) orang ramai, membuat update dan mereka boleh membuat pilihan untuk menyertai atau menolak.

Jika anda ingin mengadakan sesuatu acara, dengan tidak menetapkan setting yang betul, anda mungkin ‘terajak’ orang yang tidak berkenaan. Untuk mengatasi masalah ini, klik pada Home dan pilih ‘Events‘ pada sebelah kanan.

Untuk mengajak (invite) orang, klik pada +Create, pilih Privacy dan klik pada menu drop-down sebelahnya.

Jika tidak mahu acara anda didatangi orang yang anda tidak suka, jangan pilih Public. Sebaliknya, pilihlah ‘Invitation Only‘, agar anda mempunyai kuasa penuh dalam menentukan siapa yang akan dijemput.

Namun, jika anda mengadakan acara besar-besaran seperti forum atau wacana (biasanya pelajar Universiti), anda sebaiknya memilih Public, sebab biasanya acara tersebut mahukan penyertaan dari para pelajar – jangan hadkan pula.

Kesimpulan

Secara ringkas, melindungi privasi facebook anda bukanlah perkara yang mustahil, malah senang sahaja. Cuba saya berharap para pembaca tidak memandang remeh tentang soal privasi kerana tidak kena caranya akan memakan diri anda sendiri.

Saya harap artikel ini dapat membuka fikiran dan memudahkan proses anda menetapkan setting privasi di laman sosial kegemaran anda ini.

Mungkin ramai lagi orang yang tidak mengetahui tentang perkara ini, oleh itu saya berharap para pembaca boleh berkongsikan artikel ini di akaun Facebook masing-masing – dan jangan set post itu private untuk anda sahaja (lol).

Sekian~

Leave a Comment