7 Ciri-Ciri Hard Disk Terbaik! [Baca Sebelum Beli Hard Disk Baharu]

7 ciri-ciri hard disk terbaik

Hard disk ataupun juga dikenali sebagai kacera keras (90’s kid remembers) tidak dinafikan adalah salah satu hardware yang penting untuk penyimpanan data bagi semua peringkat pengguna peralatan elektronik – komputer, kamera, laptop, mahupun pengguna PS4 dan Xbox One.

Hard disk yang boleh menyimpan kapasiti yang besar (sehingga ber-Tera bytes) semestinya dijadikan one-place-for-all untuk menyimpan pelbagai jenis data, tidak terhad kepada movie, muzik, gambar, dokumen, game dan sebagainya.

Pasaran hard disk, terutama external hard disk ataupun juga dikenali sebagai portable hard disk sudah menjadi trend dimana ia memudahkan pengguna untuk membawa dan akses data mereka di mana- mana sahaja.

Sekiranya anda sedang ingin membeli hard disk yang baharu, tetapi tidak tahu apakah ciri-ciri hard disk terbaik untuk dimiliki, maka artikel ini akan memimpin anda.

Terdapat banyak jenama dan versi hard disk di luar sana, pastikan anda membuat pilihan yang tepat agar tidak menyesal kemudian hari. Kami menyenaraikan 7 ciri-ciri hard disk yang terbaik untuk memudahkan anda membuat pilihan.

Sekurang-kurangnya anda tahu apa yang perlu diteliti semasa membeli.

(Semua ciri-ciri ini biasanya dinyatakan pada kotak hard disk tersebut, oleh itu anda lebih mudah membuat pilihan)

Ciri #1: Kelajuan Baca, Tulis, Pindah (Read, Write, Transfer speed)

#1 kelajuan hard disk

Masa adalah segala-galanya. Jika kita diberi pilihan untuk memilih produk yang laju dan cekap ataupun produk yang lambat dan lembap – kita semestinya akan memilih produk yang boleh menjimatkan masa kita.

Sama juga dalam memilih hard disk!

Anda sebaiknya pastikan hard disk yang anda mahu itu mampu membaca, menulis dan memindahkah data dengan kadar yang pantas.

Baca (Read)

Kadar baca (read rate) sesuatu hard disk adalah merujuk kepada berapa laju sesuatu hard disk itu boleh membaca data yang terkandung di dalam cakera. Semakin laju kadar bacaan, semakin laju komputer anda boleh memproses data tersebut.

Sebagai satu piawai, anda sebaiknya mendapatkan hard disk yang boleh membaca dalam lingkungan 50MB/s – 200MB/s.

Tulis (Write)

Kadar tulis (write rate) pula merujuk kepada berapa laju sesuatu hard disk itu boleh menulis data baharu ke dalam cakera. Semakin laju kadar menulis, semakin laju anda menyimpan data tersebut.

Sebagai satu piawai, anda sebaiknya mendapatkan hard disk yang boleh menulis dalam lingkungan 50MB/s – 100MB/s.

Pindah (Transfer)

Kadar pimindahan (transfer rate) sesuatu hard disk bergantung kepada jenis kabel/perantu yang digunakan. Bagi internal hard disk (yang digunakan dalam desktop dan laptop), mereka akan menggunakan peranti SATA 3 atau SATA 6 yang boleh memindahkan data sebanyak 3Gbit/s bagi SATA 3 dan 6Gbit/s bagi SATA 6.

Untuk external hard disk pula, ia terhad kepada kabel USB 2.0, USB 3.0 dan USB 3.1 Type-C. Untuk mendapatkan prestasi optimum, anda sebaiknya memilih external hard disk yang menyokong kabel USB 3.0 kerana ia datang dengan kadar transfer yang baik (5Gbit/s aka 640MB/s) dan harga yang berpatutan.

Sekiranya anda mahukan kelajuan yang terbaik, anda boleh pilih external hard disk yang menyokong USB 3.1 Type-C, yang boleh transfer data dengan kelajuan 10Gbit/s (1.28GB/s) – namun ia datang dengan harga yang sangat mahal, malah bukan semua desktop/laptop menyokong Type-C lagi setakat ini.

Rule of Thumb #1: Semakin laju, semakin baik.


Ciri #2: Kapasiti Hard Disk Yang Besar

#2 kapasiti hard disk

Ciri hard disk terbaik yang ke-2 adalah kapasiti. Tidak hairanlah, pengguna yang sedang mencari storan yang lebih besar semestinya mahukan kapasiti hard disk yang boleh menampung keperluan mereka.

Soal kapasiti ini, anda mempunyai beberapa pilihan:

  • 500 GB
  • 1 TB
  • 1.5 TB
  • 2 TB
  • 3 TB

Saya rasa kita semua sudah biasa dengan kadar kapasiti yang dinyatakan di atas, oleh itu tidak perlulah saya menerangkannya secara terperinci.

Cuma, saya galakkan pengguna agar membuat pilihan yang tepat semasa memilih kapasiti – belilah mengikut keperluan dan kemampuan. Hal ini kerana, tiada guna kalau anda beli 2TB hard disk semata-mata untuk menyimpan gambar-gambar selfie (totally overkill).

Sama juga kalau anda pengguna professional yang selalu rekod raw 4K footage mahupun yang bergiat dalam bidang fotografi, janganlah beli 500GB hard disk kerana ia sudah pasti tidak dapat menampung keperluan anda.

Sebagai satu perspektif, saya akan senaraikan berapa banyak yang anda simpan dalam sesuatu hard disk:

KapasitiFotoMuzikMovieDokumen
500GB250,000100,000300500,000
1TB500,000200,0006001,000,000
1.5TB750,000300,00010001,500,000
2TB1,000,000400,00013302,000,000
3TB1,500,000600,00030003,000,000

Anggaran saiz setiap satu file:

  1. Foto – 2MB
  2. Muzik – 5MB
  3. Movie – 1.5GB
  4. Dokumen – 1MB

Rule of Thumb #2: Semakin besar kapasiti, semakin banyak data yang boleh disimpan. Sebaiknya anda pilih kapasiti yang paling besar, pada masa yang sama sesuai dengan keperluan.


Ciri #3: Hard Disk Yang Tahan Lasak

#3 durable

Ciri ketiga dalam senarai ini adalah merujuk kepada daya ketahanan sesuatu hard disk tersebut dengan keadaan persekitarannya.

Tapi, apa kaitannya dengan hard disk terbaik?

Baik, hard disk yang kita guna itu adalah untuk menyimpan data-data yang penting buat kita, tidak kiralah ianya hanya sekadar funny cat videos mahupun koleksi meme 9Gag sepanjang tahun 2016 – semua orang mempunyai benda yang mereka treasure.

Anda sudah pasti tidak mahu data-data itu hilang dengan sekelip mata, sebaik sahaja hard disk itu terjatuh bukan? Ataupun, hard disk itu termasuk dalam mesin basuh.

Tiga kategori ketahanan hard disk yang anda perlu pilih adalah:

1. Kalis Air (Water Proof)

Hard disk yang terbaik adalah yang boleh kalis air dengn piawaian IPX8. Ia bermaksud hard disk tersebut boleh bertahan selama 120 minit dalam 2 meter air.

Pastikan anda tidak tertukar dengan “water resistant”, kerana ia TIDAK 100% kalis air. Ia tidak mampu untuk ‘berendam dalam air’ seperti hard disk yang mempunyai water proof.

2. Kalis Habuk/Debu (Dust Proof)

Kebolehan hard disk untuk kalis habuk sangat penting bagi orang yang selalu menggunakan hard disk mereka outdoor atau tempat-tempat yang terdedah.

Disebabkan peralatan elektronik yang sangat sensitif kepada habuk dan debu, maka sebaiknya anda menyimpan data-data penting anda di dalam hard disk yang kalis daripada benda-benda tersbut.

Oleh itu, anda digalakkan untuk memilih hard disk yang dust proof dengan piawaian IP6X. Ia jamin bahawa hard disk dalaman anda tidak akan terdedah kepada habuk dan debu.

3. Shockproof

Kalis tekanan ataupun shockproof merupakan daya ketahanan hard disk yang sangat penting kerana kebarangkalian untuk hard disk terjatuh boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Sebaiknya anda pilih yang mempunyai piawaian MIL-STD-816G 516.6 kerana ia diiktiraf sebagai shockproof untuk beberapa kali jatuh pada ketinggian tertentu.

Antara hard disk yang mendapat semua piawaian yang dinyatakan di atas adalah ADATA, anda boleh mendapatkan produk tersebut di Lazada dengan harga yang berpatutan.

Rule of Thumb #3: Pilih hard disk yang boleh durable. Yang mana ada Water Proof, Dust Proof dan Shockproof perlu diutamakan.


Ciri #4: Kebolehpercayaan yang Tinggi (Reliable)

#4 kebolehpercayaan dan reliable

Kebolehpercayaan sesuatu hard disk diukur pada berapa lama hard disk tersebut boleh bertahan sehingga ia rosak atau berlaku kegagalan semasa beroperasi.

Ciri ini perlu dititikberatkan kerana hard disk mempunyai komponen mekanikal – yang pasti akan rosak jika tiba masanya. Namun, bukan semua hard disk dihasilkan dengan teknologi dan bahan yang sama.

Banyak pengeluar yang memberikan 200% penekanan terhadap reliability produk mereka agar boleh bertahan lebih lama. Terdapat sesetengah model hanya boleh bertahan selama 6 bulan, dan ada juga yang boleh bertahan sehingga 6 tahun tanpa sebarang masalah.

Rule of Thumb #4: Pilih hard disk yang mempunyai failure rate yang rendah. Baca review di Internet sekiranya perlu.


Ciri #5: Software dan Utilities

#5 software dan utilities

Ciri ke-5 ini adalah ciri yang sering pengguna lupakan, namun antara yang paling penting.

Anda disarankan memilih hard disk yang datang bersama dengan applikasi software atau utilities untuk menyelenggara hard disk tersebut. Kebanyakan pengeluar hard disk menyediakan software ini bersama dengan hard disk dalam bentuk CD ataupun anda perlu downloadnya sendiri dari laman web.

Software tersebut sangat penting kerana ia boleh digunakan untuk clean, defrag backup dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa anda boleh menggunakan software third-party, namun sebaiknya anda menggunakan software yang direka khusus untuk hard disk tersebut.

Ini boleh mengurangkan failure rate (rujuk ciri #4) atau kerosakan pada hard disk – lantas hard disk anda boleh bertahan dengan lebih lama.

Syarikat yang mengeluarkan software untuk hard disk mereka adalah : AData, WD, dan Samsung.

Rule of Thumb #5: Pilih hard disk yang datang bersama dengan software dan utilities untuk memudahkan anda melenggara HDD anda.


Ciri #6: Harga Hard Disk

#6 harga

Ciri ke-6 adalah harga.

Jika anda pergi ke Lazada, dan search external hard disk, anda akan dipaparkan dengan pelbagai jenis jenama dan range harga.

Harga sangat penting kerana ia terikat dengan bajet dan keperluan anda. Untuk menentukan value for money, anda perlu bahagikan harga hard disk tersebut dengan kapasiti (GB) yang ditawarkan – untuk mendapat harga RM untuk setiap gigabyte.

Pilihan yang terbaik adalah nilai RM/gigabyte yang terendah, kerana anda akan mendapat lebih banyak gigabyte untuk setiap seringgit yang anda belanja.

Saya senaraikan beberapa perbandingan untuk memberikan sedikit gambaran kepada anda:

ProdukHargaKapasitiRM / GB
Toshiba Canvio Ready 500GB USB 3.0 Hard DriveRM 188.00500 GB0.376
Adata HD710M 1TB USB 3.0 External Hard DriveRM 253.001 TB0.253
ADATA HD720 2TB USB 3.0 Water/Dust/ShockproofRM 446.902 TB0.223
Transcend StoreJet 35T3 3TB External Hard DriveRM 485.903 TB0.161

Jika kita lihat, kita dapati bahawa semakin besar saiz kapasiti sesuatu hard disk, semakin rendah RM/gigabyte yang kita dapat. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai bajet dan keperluan kapasiti yang besar, maka beli saiz yang besar adalah lebih berbaloi.

Cuma jangan boros macam…

saltbae beli hard disk
#SaltBae beli hard disk

Rule of Thumb #6: Walaupun harga sedikit mahal untuk kapasiti besar, ia sebenarnya lebih berbaloi dan murah dari sudut RM/gigabyte. Ada bajet dan keperluan kapasiti besar? Sila beli.


Ciri #7: Syarikat Pengeluar dan Jenama

#7 syarikat pengeluar

Fuhh..

Akhirnya ciri hard disk terbaik yang ke-7 adalah bergantung kepada syarikat pengeluar hard disk itu sendiri.

Walaupun begitu, ciri ini tidak boleh dijadikan satu-satunya penentu kualiti sesuatu hard disk. (ciri-ciri lain juga perlu dititikberatkan)

Namun, saya sarankan agar anda memilih hard disk yang dikeluarkan oleh syarikat yang mempunyai track record yang lama dan pasaran ini. Antara syarikat/jenama yang saya sarankan secara personal untuk anda pilih adalah: Western Digital, AData, Samsung dan Toshiba.

Syarikat-syarikat tersebut sudah berkecimpung lama dalam pasaran ini dan saya yakin mereka sudah tahu bagaimana untuk menghasilkan hard disk yang berkualiti, pada masa yang sama menawarkan harga yang berpatutan.

Berdasarkan pengalaman, hard disk yang dikeluarkan oleh syarikat yang tidak gah namanya dalam pasaran ini biasanya tidak tahan lama dan lebih cenderung kepada hard disk failure.

Rule of Thumb #7: Pilihlah hard disk yang dikeluarkan oleh syarikat yang berreputasi tinggi.


Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, terdapat banyak hard disk yang dipasarkan di luar sana, yang membezakannya adalah harga, kualiti dan kapasiti.

Tiada satu produk hard disk yang terbaik dalam dunia ini, perkataan “terbaik” itu boleh diolah dari pelbagai sudut dan persepsi pengguna masing-masing – bergantung kepada keperluan dan bajet anda sendiri.

Apa yang pasti, kami menyenaraikan ciri-ciri yang penting bagi anda semasa shopping/memilih hard disk, agar anda tidak membelinya secara membuta tuli.

Sekiranya anda sedang mencari atau bercadang untuk membeli external hard disk yang baharu, maka saya berharap artikel ini boleh memberikan panduan terbaik kepada anda.

Sekian~

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here