Skrin gadget anda penuh dengan kotoran dan comot? Mungkin skrin anda senang untuk menangkap kesan cap cari dan kotoran yang terdapat pada tangan anda.
Anda boleh menghilangkan kotoran tersebut dengan mencucinya dengan cara yang betul. Kenapa perlu cuci? Kerana ia boleh memanjangkan jangka hayat skrin sesentuh anda.
Tapi bagaimana untuk mencuci skrin sesentuh dengan betul?
Ikuti artikel ini, anda akan didedahkan dengan 2 kaedah untuk mencucinya.
Kaedah #1: Guna Kain Mikrofiber
Berikut adalah beberapa langkah yang anda perlu ikuti jika nada ingin menggunakan kain mikrofiber untuk tujuan ini.
1. Pilih Kain Mikrofiber Yang Sesuai
Pilihan kain yang digunakan adalah penting dalam menjaga skrin sesentuh anda. Sesetengah peranti menyediakan kain jenis ini semasa anda membelinya, dan ada juga sesetengah tidak menyediakan.
Anda boleh dapatkannya kain mengelap ini dari kedai alat elektronik dan gadget, namun jika tidak mahu, anda boleh gunakan kain yang datang bersama bekas kaca mata anda, pinjamlah dari orang yang mempunyainya (jika anda tidak memakai kaca mata).
Kos kain ini boleh berbeza mengikut pelbagai faktor. Sesetengah syarikat akan menyatakan anda terikat dengan sesuatu jenama kain, ini menyebabkan harganya lebih mahal. Kalau tak nak ikut cadangan yang diberi oleh syarikat tersebut, anda boleh cari mana-mana yang lebih berkualiti, tetapi juga berkualiti.
2. Matikan Peranti
Okay, setelah anda mendapatkan kain mikrofiber yang sesuai dengan peranti anda, langkah pertama adalah matikan (turn off) peranti tersebut. Adalah lebih mudah untuk melihat di mana kotoran jika peranti tersebut dalam keadaan tutup. Jika on, pastikan anda susah untuk lihat kotoran kerana cahaya yang dikeluarkan.
3. Lapkan Skrin Sepintas Lalu
Lapkan skrin sesentuh anda secara sepintas lalu, dengan lap keseluruhan permukaannya. Ini boleh membuang kebanyakan kotoran yang nyata pada permukaan skrin anda.
4. Lembabkan Kain Jika Perlu
Jika anda inginkan kesan yang lebih baik, lembapkan kain tersebut semasa mengelap skrin peranti tersebut. Kadang kala cara ini lebih berkesan berbanding dengan tidak basah.
Jika kain mikrofiber anda disertakan dengan panduan ataupun instruktor, bacanya terlebih dahulu dan ikut apa yang dinyatakan di dalamnya. (Abaikan langkah ini).
Jika anda ingin lembapkan kain, pastikan anda menggunakan larutan yang sesuai untuk digunakan pada skrin sesentuh. Biasanya orang akan menggunakan alkohol untuk tujuan tersebut.
5. Keringkan Skrin
Setelah selesai mencuci, lap untuk keringkan skrin tersebut. Jangan lap terlalu kuat. Dan jika masih terdapat sedikit kesan lembap pada skrin tetapi tidak dapat dihilangkan dengan lap, biarkannya kering dengan sendiri.
Jangan tekan terlalu kuat semasa mengelap skrin tersebut. Ingat tu!
6. Basuh Kain Mikrofiber yang Digunakan
Setelah selesai mencuci skrin, tibalah pula masa untuk anda mencuci kain mikrofiber pula. Rendamkan kain tersebut dalam air yang bersabun. Seeloknya guna air yang suam. Gosok kain tersebut untuk hilangkan kotoran ataupu bekas alkohol (jika ada guna).
Selepas direndam, elakkan daripada memerahnya. Sebaliknya biarkannya kering dengan sendiri.
Kaedah #2: Basmi dengan Gel Alkohol
Kaedah ini sangat bagus jika anda ingin membasmi kuman yang terdapat pada skrin sesentuh anda. Hal ini kerana banyak kuman yang terdapat pada skrin sesentuh peranti anda itu, lebih-lebih lagi pada telefon pintar.
Jika berminat dengan kaedah ini, gunakannya dengan berhati-hati. Berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Dapatkan gel alkohol, ataupun juga dikenali sebagai sanitizer tangan.
2. Ambil tuala yang bersih, ataupun paper towel.
3. Letakkan sedikit gel tersebut pada kain tersebut.
4. Sapu pada permukaan skrin sesentuh dengan berhati-hati.
5. Lapkan kotoran dan lebihan gel yang tinggal dengan kain mikrofiber (atau tisu bersih).
6. Siap!
Bantuan Video
Perlukan bantuan visual untuk mencuci skrin sesentuh? Mungkin video ini dapat membantu:
Tips Tambahan
1. Kalau anda tidak ada kain mikrofiber juga, anda boleh gunakan paper towel yang bersih.
2. Pastikan anda matikan peranti anda sebelum mula membersih skrin.
3. Anda digalakkan untuk mendapatkan case kepada peranti anda, untuk elakkan daripada mudah tercalar dan terdedah.
4. Jika mahu, anda boleh membeli satu kit penjagaan skrin. Kit tersebut akan ada kain anti-statik. Namun, harganya agak mahal.
5. Mahukan perlindungan yang lebih? Anda boleh dapatkan screen protector ataupun screen guard. Ia boleh melindungi skrin anda daripada mudah calar.
6. Pastikan kain mikrofiber anda dijaga dengan baik agar anda boleh menggunakannya dengan banyak kali pada masa hadapan.
7. Isopropyl alcohol adalah jenis alkohol yang terbaik untuk digunakan pada permukaan skrin komputer, tidak kiralah pada tablet ataupun skrin komputer.
Amaran
1. Jangan ludah dan lap skrin sesentuh anda.
2. Jangan tekan terlalu kuat semasa mengelap dan mencuci skrin. Hal ini boleh merosakkan permukaan skrin tersebut.
3. Elakkan daripada bahan pencuci yang mengandungi ammonia kerana ia boleh merosakkan skrin.
4. Elak menyimbah air/larutan secara terus pada permukaan skrin, ia boleh ada kemungkinan air tersebut masuk ke dalam peranti anda. Sebaliknya, tuang/spray air tersebut pada kain mikrofiber, kemudian lap pada skrin.
Kesimpulan
Sayangkan peranti anda? Tidak kiralah tablet, laptop ataupun telefon pintar, saya yakin bahawa semua orang menyayanginya. Oleh itu, anda perlulah pandai menjaganya terutama pada bahagian skrinnya.
Harap artikel cara cuci skrin sesentuh yang ringkas ini membantu anda.
Sekian~
Tips ni sangat membantu…