Fakta TV 4K dan Ultra HD – Perlukah Membelinya?

4K – Sekarang semua orang ingin memilikinya, semua pengeluar peranti gadget menggunakan terma “4K” sebagai satu daya tarikan, tetapi masih ramai pengguna tidak mengetahui apakah 4K itu.

4K menjadi trending yang sangat panas pada akhir tahun 2014, dan menjadi satu standard kepada sektor resolusi skrin.

Bukan sahaja kepada industri televisyen, tetapi kamera, smartphone, tablet, monitor komputer dan permainan PC – senang cerita, semua benda yang melibatkan paparan dan gambar.

Bahkan TV 4K sudah dipasarkan oleh pengeluar besar termasuklah Sony, LG dan Samsung.

Jadi, apakah resolusi 4K ini?

Apakah 4K?

4K ini merujuk kepada maksimum resolusi yang mampu disokong oleh sesuatu peranti (tv, skrin) – resolusi ini 4 kali ganda berbanding 1080p Full HD, ini bermaksud 8 juta pixel berbanding dengan 2 juta pixel.

jika anda rasakan video 1080p jelas, 4K lagilah

Ini bermakna anda boleh melihat sesuatu video jauh lebih perinci, jelas dan terang. Ia bagaikan anda menonton sesuatu video yang betul-betul berada dihadapan anda.

Namun, 4K ini masih terlalu baru, bukan semua pengeluar media menyokong resolusi yang sangat tinggi ini. Beberapa syarikat di UK sudah memula bergiat untuk menyiarkan siaran tv dalam 4K, tetapi masih belum praktikal.

Youtube pula, sudah mula memanfaatkan pengguna untuk memilih video dalam video 4K, tetapi jika anda tidak memiliki monitor 4K, anda tidak dapat menontonnya juga.

Perbezaan Ultra HD dan 4K

Ultra High Definition merujuk kepada olahan dari kamera digital 4K, tetapi saiznya dikecilkan kepada resolusi 3840 X 2160 berbanding dengan saiz asal 4K (4096 x 2160).

Perlu Ke Saya Peduli Tentang 4K Ultra HD?

Mempunyai skrin dengan resolusi 4K memang menjadi satu bonus, tetapi bukanlah satu keperluan bagi pengguna biasa.

Namun, bagi orang yang bergiat dalam bidang fotografi dan videografi, mereka mungkin kena pertimbangkan memilki peranti 4K dalam beberapa tahun hadapan – kerana sudah terdapat pasaran dalam resolusi ini. Mereka boleh mendapat daya tarikan yang lebih jika boleh menawarkan servis dalam 4K.

Resolusi yang besar ini juga datang dalam peranti yang lebih besar. Kenapa? Untuk memanfaatkan pixel yang banyak tersebut dalam situasi yang tepat. Sekarang, TV 4K datang dalam saiz 50-inci (dan sekitar itu). Ada juga komputer yang datang dalam 4K seperti iMac.

Berapa Harga Ultra HD TV?

Pada mula-mula pengenalan 4K, ianya besar – dan MAHAL. Berapa mahal? Sekitar RM30K untuk satu set televisyen sahaja.

Namun, semakin banyak pengeluar yang mengeluarkan produk-produk 4K, menurunkan harga. Sekarang, anda boleh mendapatkan televisyen 4k dengan harga sekitar RM4000 sahaja.

Berminat? Anda boleh ke Lazada Malaysia untuk memilih televisyen yang sesuai dengan bajet anda. Sila ke link ini. (Spoiler: Ada potongan harga 20%)

Siaran TV Dalam 4K

Buat masa artikel ini ditulis, 4K asing dalam industri siaran televisyen – jangan harapkan 4K, 1080p pun masih belum semua siaran menggunakannya. Siaran televisyen di Malaysia menggunakan satelit, bukannya kabel seperti negara barat, ini boleh menjadi sebab kenapa negara kita lambat dalam menyiarkan siaran dalam kualiti yang lebih baik.

Oleh itu, anda hanya boleh nikmati televisyen 4K dengan blu ray player sahaja. Ataupun hanya terhad kepada youtube videos.. hahaha..

Kabel Yang Menyokong 4K

Terdapat 2 kabel standard yang boleh menyokong output 4K, iaitu HDMI ataupun DisplayPort.

Kabel HDMI datang dalam dua jenis:

  • HDMI 1.4 – ianya standard, mudah untuk didapati dan murah. Ia boleh output resolusi 3820×2160 pada 30 fps.
  • HDMI 2.0 – Ia boleh output Ultra HD resolution pada 60fps. Kabel ini adalah sedikit upgrade dari versi sebelumnya.

Satu lagi kabel adalah DisplayPort. Jika mahukan experience yang terbaik dari 4K, inilah kabelnya. Ia boleh menyokong resolusi 4K secara penuh dan boleh membawa signal audio sekali tanpa sebarang masalah. DisplayPort biasanya digunakan pada kad grafik komputer untuk output kepada monitor 4K.

Sekejap, Apa Pula 8K?

Jika 4K boleh menyokong 4 kali ganda resolusi Full HD, maka 8K boleh menyokong 16 kali ganda resolusi itu. Skirn 8K boleh memuatkan 33 juta pixel di dalamnya.

Masih belum ada skrin 8K untuk pengguna. Namun, bagi pengeluar program siaran, mereka sudah bergiat dalam pengeluaran produk 8K ini. Satu syarikat penyiaran dari Jepun NHK, telah membuat kenyataan bahawa mereka sedang berusaha untuk mempopularkan teknologi ini.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut kepada teknologi ini, kita hanya boleh tunggu. Buat masa ini, tiada sebarang peranti yang boleh output 8K. Kalau ada pun, harganya mungkin sama dengan harga sebuah kereta Honda (meh).

Perlukah Saya Memiliki 4K Sekarang, Ataupun Tunggu Dahulu?

Jawapannya – Bergantung.

Jika anda mahukan satu set TV yang boleh memukaukan, boleh sahaja mendapatkannya (jika anda mampulah). Harganya pula, saya mencadangkan anda mendapatkan harga yang standard bukannya harga yang too good to be true – sebab harga yang terlalu murah dalam kategori ini mungkin mempunyai cacat celanya.

Dan pastikan anda mendapatkan TV yang menyokong HDMI 2.0, jangan HDMI 1.4 untuk mendapatkan kepuasan yang lebih.

Jika anda bergiat dalam sektor penyiaran dan videografi, memiliki monitor dan hardware komputer yang boleh menyokong 4K menjadi satu daya tarikan. Di Malaysia, tidak ramai orang yang memiliki hardware yang boleh menghasilkan video 4K, walaupun sudah banyak peranti seperti kamera dan handycam 4K berada di pasaran Malaysia.

Apa kata anda menjadi pencetusnya? Pasti berbaloi.

Jika anda seorang yang hanya menonton televisyen dengan seadanya, ataupun tidak bekerja dalam industri video, tv 4K ini mungkin bukan untuk anda, kerana tiada guna membeli barang yang sangat mahal untuk ciri-ciri yang anda tidak dapat manfaatkannya.

Video TV 4K

Perlukan maklumat yang lanjut? Video ini menerangkan dengan lebih terperinci tentang resolusi 4K ini: Video Bukan Dalam 4K

Video oleh: TechRadar (Youtube)

Kesimpulan

Secara ringkas, teknologi 4K ini masih baru di pasaran Malaysia. Walaupun anda membelinya sekarang, tiada siaran televisyen yang menyokong resolusi sebesar ini.

Buat masa ini, 4K boleh bermanfaat kepada pengeluar video dari komputer, ingin melihat betapa jelasnya skrin 4K ini, anda boleh ke kedai televisyen seperti Samsung untuk melihatnya sendiri. Ataupun ke kedai Apple dan mencuba iMac 4K mereka.

Harap artikel ini membantu anda dalam mengetahui serba sedikit tentang 4K. Adakah anda ingin memiliki peranti 4K? Jika ya, kenapa?

Leave a Comment