Gmailify – Google Mahu Anda Bertukar Ke Gmail (Dengan MUDAH)

Walaupun Gmail adalah webmail terbesar di dunia, bukan semua orang menggunakannya. Ada juga sesetengah orang yang menggunakan Yahoo Mail dan Outlook. Mereka ini mungkin pengguna internet yang lama, dan membuka akaun email semasa Gmail belum naik.

Tiada masalah dengan apa webmail yang anda gunakan, semuanya subjektif. Cuma Google pada tahun ini, cuba untuk mengalihkan anda kepada servis email mereka.

Pada masa yang sama mengerti betapa susahnya untuk transfer semua email anda ke webmail yang lain.

Sebab itulah Google memperkenalkan Gmailify!

Link email anda, tidak kiralah Yahoo atau Outlook melaluinya dan anda akan mendapat semua manfaat Gmail tanpa perlu membuka akau yang baharu.

Manfaat & Kelebihan Gmailify

Berdasarkan Google, berikut adalah beberapa manfaat yang anda dapat sekiranya menggunakan Gmailify ini:

  • Lindungan daripada spam
  • Susun (sort email) berdasarkan jenis (sosial, update, promotion) secara automatik
  • Pencarian yang lebih laju, lebih maju
  • Boleh melancong dan tempah hotel melalui Google Now
  • Letak semua email anda di dalam satu tempat
  • Notifikasi email yang lebih baik untuk mobil/smartphone/tablet

Bagaimana Untuk Membuat Gmailify?

Buat masa ini, Gmailify ini hanya pada Android – logik juga, sebab Android itu dari Google, jadi mesti mereka mengutamakan platform mereka sendiri.

Okay, baik. Pertama sekali, anda perlu install aplikasi Gmail kedalam Android anda. Kemudian, tambah akaun untuk “non-Gmail account”.

i. Buka aplikasi Gmail
ii. Pada bahagian atas kiri, buka Hamburger Menu
iii. Scroll ke bawah dan tekan pada Settings
iv. Tekan pada akaun non-Gmail yang anda mahu link-kan.
v. Tekan pada akaun Link
vi. Email akan dihantar ke alamat yang dilinkkan. Dan akan ada di dalam kedua-dua aplikasi Gmail dan dalam mail.google.com

Perlukan bantuan video dan visual, anda boleh lihat video rasmi dari Google di bawah:

Kesimpulan

Gmailify adalah satu inisiatif yang baik dari Google untuk menambah pengguna Gmail. Bukan setakat itu, pengguna juga akan dapat menikmati simplicity Gmail dengan menggunakan alamat email mereka yang asal.

Namun, sekiranya anda sudah berpuas hati dengan antara muka webmail anda, maka opsyen untuk bertukar ke Gmail bukanlah satu prioriti.

Apakah pendapat anda terhadap Gmailify ini? Adakah anda akan menggunakan Gmailify ke atas semua email yang anda sedia ada?

Kongsikan pendapat dan komen anda di bawah.

Sekian~

Leave a Comment