Bagaimana Untuk Hentikan Penyebaran Berita Palsu Di Facebook

Memberhentikan Penyebaran Berita Palsu Di Facebook

Kita semua pernah lakukan. Ingat tak satu post itu, yang sangat mengejutkan, tiba-tiba keluar di news feed Facebook kita, dan tanpa berfikir panjang, terus tekan butang Share agar rakan-rakan kita pun boleh membacanya sekali.

Kemudian, kita sedar bahawa berita yang kita kongsikan itu adalah satu berita palsu.

Mungkin kita akan delete post tersebut, atau komen bahawa ianya satu berita palsu, ataupun buat tidak tahu sahaja – anggapnya satu prank yang biasa dilakukan. Namun, perlu ingat bahawa kita secara tidak langsung telah menjadi salah satu “ejen” yang menyebarkan berita yang tidak benar – sudah jatuh dalam kategori menipu.

Dalam dunia media sosial ini, semua berita panas boleh tersebar dengan cepat, terutama kalau orang yang post itu mempunyai ramai follower atau friends.

Jadi, apa peranan laman web media sosial – Facebook & Twitter – dalam proses menangani masalah berita palsu viral ini?

report berita palsu

Beberapa minggu yang lepas, Facebook merupakan syarikat pertama yang mengeluarkan satu bentuk solusi kepada penyebaran tidak bertanggungjawab ini. Satu pilihan untuk flag news feed sebagai “Berita palsu.”

Jika link itu menerima flag yang banyak dari pengguna, maka ia akan kurang dipaparkan dalam News Feed pengguna yang lain; pada masa yang sama satu mesej “Many people on Facebook have reported that this story contains false information” akan keluar.

contoh notis berita palsu

Masalah Berterusan

Idea dari Facebook untuk memberhentikan penyebaran berita palsu ini patut dipuji: kerana penyebarannya boleh memberikan kesan yang buruk, salah faham, kekeliruan dan kemarahan sesetengah pihak.

Masalah #1

Pendekatan Facebook ini meninggalkan satu tanda soal: Adakah orang akan menyalahgunakan fungsi ini?

Semua sistem boleh disalahgunakan oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab, untuk Facebook pula, kita sering lihat group dan page yang dimatikan – rasanya disebabkan report bertubi-tubi dari komuniti

Kenapa ini dikira salah guna? Kerana cara ini boleh digunakan oleh orang yang tidak sefahaman dengan pandangan atau ideologi page/group tersebut. Tujuannya adalah untuk mengaburi pandangan atau berita sebenar daripada diketahui oleh orang ramai.

Setelah mereka report berita dan page tersebut, mereka akan reka berita palsu yang lain, dan viralkannya.

Masalah #2

Adakah “berita palsu” dan berita yang “mengandungi maklumat yang salah” merupakan benda yang sama?

Jika anda terjumpa post yang mempunyai label “Many people on Facebook have reported that this story contains false information,” boleh membawa kepada satu lagi tanda tanya: maklumat yang manakah yang salah?

  • Adakah kata kunci dan idea keseluruhan berita itu salah?
  • Ataupun sekadar statistik dalam berita itu?
  • Ada bukti yang kukuh ke?
  • Siapa yang mengatakan sedemikian?

contoh berita palsu

Tanpa mengetahui semua butiran di atas, sukar juga buat kita untuk mengetahui pihak yang mana benar. Dan jika Facebook betul-betul mahu memberhentikan penyebaran berita palsu, kenapa ia tetap juga keluar dalam news feed?

5 Cara Hentikan Berita Palsu Di Facebook Secara Total

Facebook telah banyak memainkan peranan di dalam menangani masalah ini, namun masih ada kekosongan – Facebook sendiri tidak tahu sama ada berita itu sah atau tidak – semuanya bergantung kepada penggunanya untuk tentukan.

Oleh itu, kita sebagai pengguna yang bertamadun, haruslah memainkan peranan dalam menghapus penyebaran berita palsu ini dari menular. Berikut adalah beberapa cadangan yang anda boleh buat sekiranya mendapat tahu sesuatu berita palsu di Facebook.

1. Bongkarkan Rahsia Berita Palsu

Satu kajian mendapati bahawa berita palsu biasanya tersebar dengan lebih cepat berbanding dengan berita yang sebenar – kerana berita palsu jauh lebih gempak dan mengejutkan – (Serpihan MH370 dijumpai di Pentagon AS – fuhh tergempar).

Dan lebih sedih, pembongkaran berita palsu ini juga tidak dapat menandingi kadar perkongsian yang berita palsu dapat – namun, janganlah terlalu kecewa, asalkan anda memainkan peranan anda sebagai HAK pengguna, sudah memadai, sekurang-kurangnya lebih ramai orang yang menyedari akan berita palsu tersebut.

hentikan penyebaran berita palsu di facebook

2. Buktikan Hasil Pencarian

Bukan sahaja anda membongkar bahawa sesuatu berita itu adalah berita palsu, bahkan sebaiknya anda menggunakan bukti atau sumber shahih yang lain untuk menyokong pandangan anda.

Selain daripada meninggalkan komen, “Ini berita palsu…” anda juga boleh memuatkan sedutan gambar atau link berita sebenar dari laman web berita yang shahih seperti Berita Awani.

3. Menyokong Rakyat Lebih Celik IT

Internet boleh mendatangkan banyak maklumat yang berguna, tetapi kalau salah guna, kesannya juga banyak. Oleh itu, kita perlulah menyokong sebarang aktiviti untuk melahirkan rakyat yang lebih celik kepada IT dan tahu bagaimana untuk menggunakannya sepenuhnya.

Pada masa yang sama proaktif dalam menangani sebarang masalah atau benda- benda yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna yang lain.

Memandangkan internet ini dipenuhi dengan maklumat yang benar dan salah, pengguna sangat-sangat disarankan untuk menyelidik sesuatu maklumat tersebut terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa.

4. Kongsikan Berita Dari Sumber Yang Dipercayai

Ini adalah perkara yang sangat asas, namun masih ramai orang yang mengendahkannya – mungkin mereka ketagihkan likes atau shares kerana berita yang mereka kongsikan jauh lebih hebat dari orang lain.

Namun, kenalah sedar bahawa ramai orang yang akan terkesan dengan penyebaran berita atau maklumat palsu tersebut.

Sebaiknya, kita perlulah melatih diri sendiri untuk mengelakkan daripada senang- senang klik butang like dan share di media sosial.

Pertama, tengok pada page atau individu yang kongsikan link berita tersebut. Adakah link itu dari laman web yang berautoriti dalam mengeluarkan berita? Ataupun sekadar menggunakan platform percuma seperti blogger (beritapanas.blogspot.com)? – kalau inilah kesnya, selidik terlebih dahulu sebelum lakukan apa-apa.

Untuk individu pula, adakah dia seorang yang serius, ataupun suka bergurau senda? Biasanya orang yang gemar menggunakan Facebook untuk bersuka-suka, prank orang, dan troll orang lebih cenderung untuk berkongsikan berita yang random seperti ini.

5. Delete Post Berita Palsu & Ambil Tanggungjawab

Sekiranya anda pernah post sesuatu berita palsu sebelum ini, adalah terbaik sekiranya anda memperbetulkan keadaan. Anda perlu delete post tersebut, atau tinggalkan komen “minta maaf berita palsu” atau sebagainya.

Kemudian, periksa pula adakah post anda dikongsikan oleh orang lain? Jika ya, hantar mesej mengatakan perkara tersebut dan minta mereka melakukan perkara yang sama seperti anda. Ya, memang penat dan leceh – tetapi kenalah ambil tanggungjawab, sebab berani buat berani tanggung~

loading...

Kesimpulan

Kesimpulannya, penyebaran berita palsu di Facebook ini tidak boleh dihapuskan (setakat ini) kerana masih terdapat ramai lagi pengguna yang tidak peka dengan risiko penyebaran perkara ini.

Semua beranggapan bahawa Facebook ini tempat untuk bersuka-suka, jadi kenapa perlu serius sangat? Untuk tidak mempengaruhi generasi masa hadapan yang mahu hidup dengan penuh kepura-puraan.

Buat masa ini, 5 cara yang dinyatakan di atas boleh dipraktikkan untuk mengurangkan penyebaran berita/maklumat tida betul itu. Bukan sahaja Facebook, dengan adanya aplikasi Whatsapp, turut menjadi platform yang paling mudah penyebaran berita seperti ini – anda boleh mengambil inisiatif untuk menegur orang yang post tersebut.

Jom jadikan media sosial kita sebagai satu tempat yang bermanfaat dan berinformasi untuk kemajuan diri.

Sekian~

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here