Setiap tahun, SplashData iaitu satu peneraju keselamatan mengeluarkan senarai kata kunci (password) yang sering digunakan oleh pengguna internet di seluruh dunia.
Dalam erti kata lain, password ini mungkin adalah pilihan yang paling tidak tepat semasa membuka akaun di internet. Hal ini kerana ia terlalu biasa dan mudah untuk diagak oleh penggodam.
Adakah anda ingin perkara ini berlaku? Jika tidak, sila lihat pada senarai password yang dikeluarkan ini. Sekiranya anda ada menggunakan mana-mana password di bawah, maka sudah tiba masanya untuk mengubah kata kunci anda.
25 Kata Kunci Yang Sering Digunakan
- 123456
- password
- 12345
- 12345678
- qwerty
- 123456789
- 1234
- baseball
- dragon
- football
- 1234567
- monkey
- letmein
- abc123
- 111111
- mustang
- access
- shadow
- master
- michael
- superman
- 696969
- 123123
- batman
- trustno1
Kebanyakan laman web, terutama bank atau yang melibatkan transaksi wang sekarang memerlukan kombinasi huruf, nombor dan special characters sebagai satu peraturan kepada kata kunci semasa membuka akaun.
Jika anda ingin menukarnya, tetapi tidak tahu bagaimana untuk memilih password yang kuat dan sukar untuk diteka oleh penggodam, teruskan membaca.
Cara-Cara Memilih Password Yang Selamat

Tidak mahu kata kunci anda disenaraikan dalam SplashData untuk tahun depan, sila ikuti beberapa cadangan dan langkah-langkah berikut untuk memilih dan membuat yang lebih selamat, serta mudah untuk diingati.
1. Pilih Yang Panjang
Password yang susah untuk digodam adalah yang panjang. Oleh itu, anda lebih digalakkan untuk membuat kata kunci yang panjang, sekurang-kurangnya 8 characters. Semakin panjang, semakin baik.
2. Susunan Rawak
Bina frasa atau susunan huruf yang kelihatan rawak, tetapi senang untuk diingati. Namakan susunan ini sebagai “base-word“.
Contoh: Nama anak anda; Adam, Siti, Maisarah dan Nur – jadi base word menjadi “adsimainu”
Contoh: Rumah anda di Kajang, menjadi “rumahkajang”
3. Masukkan Nombor Pada Base Word
Nombor bukan sahaja boleh memanjangkan kata kunci anda, malah menyukarkan orang membuat tekaan. Anda boleh masukkan sebarang nombor yang anda suka untuk base word, cuma elakkan nombor yang tersenarai di atas.
Contoh: Masukkan umur anak-anak anda, menjadi “adsimainu19222326”
Contoh: Poskod rumah, menjadi “rumahkajang43000”
4. Tambah Tanda Baca & Simbol
Sesetengah laman web tidak membenarkan penggunaan tanda baca (,./?), tetapi kebanyakan membenarkan penggunaan simbol (@#$%^&), oleh itu anda kena pandai-pandai menggunakan yang masa sesuai. Anda boleh guna 1 atau 2 simbol, jika anda mahu
Contoh: “adsimainu_19222326”
Contoh: “rumahkajan#g43000”
5. Rumitkan Password Dengan Huruf Kecil/Besar
Penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam kata kunci boleh membuatkan orang yang berniat jahat untuk pening, dan menyukarkan proses menggodam (walaupun mereka menggunakan bot).
Contoh: “AdSiMaiNu_19222326”
Contoh: “rumahKajang#43000”
Alternatif – Password Generator
Jika anda tidak mahu menyusahkan diri membuatnya sendiri, anda boleh menggunakan password generator untuk menghasilkan kata kunci yang kuat untuk anda.
Anda boleh ke laman ini – PasswordsGenerator.net
Kata kunci yang dihasilkan boleh amat panjang, serta rawak (sangat rawak), oleh itu anda dinasihatkan untuk menggunakan bantuan software untuk mengurus password tersebut (baca di bawah)
Dengan selesainya langkah 5 itu, maka anda sudah dapat mencipta satu kata kunci yang saya rasa sudah cukup baik. Semoga berjaya!
Macam Mana Nak Periksa Kata Kunci Saya?
Setelah selesai membuat kata kunci, kemudian adalah terbaik sekiranya anda melakukan ujian terhadapnya untuk tentukan password stregth.
Untuk tujuan ini, saya mencadangkan anda dua tool untuk check kekuatan password:
1. HowSecureIsMyPassword.net
Laman web howsecureismypassword.net akan melakukan test ke atas kekuatan password anda, kemudian memberikan anggaran berapa lama penggodam mengambil masa untuk godam password anda.
Saya menggunakan contoh password “rumahKajang#43000”, dan ia mengambil masa selama 931 trillion tahun untuk digodam (guna desktop PC).
2. PasswordMeter.com
Laman web PasswordMeter.com akan melakukan ujian ke atas kata kunci anda berdasarkan aspek-aspek yang dinyatakan di dalam langkah membuat password di atas.
Saya cuba uji password contoh saya “AdSiMaiNu_19222326”, dan hasilnya sangat memuaskan – skornya 100%, dan sangat kuat!
Password Saya Sangat Panjang, Rumit – Tuan Sendiri Tak Ingat
Ya, tidak dinafikan kadang kala tuan sendiri akaun pun mengalami masalah untuk ingat password akaun, terutama kalau akaun tersebut jarang digunakan atau sering guna fungsi “keep me sign in“.
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh guna bantuan software untuk mengatur dan mengurus semua kata kunci anda.
Terdapat banyak software password yang anda boleh guna, dan kebanyakannya adalah percuma. Antara yang terbaik dan percuma adalah LastPass 3.0 (klik untuk maklumat lanjut).
Tips Tambahan
- Elakkan daripada menggunakan nama, tarikh lahir dan sebagainya di dalam password.
- Semakin rawak dan panjang, semakin sukar untuk dipecah.
- Kerapkan tukar password, dan jangan guna kembali password yang sudah digunakan.
- Ejaan terbalik juga boleh digunakan, kerana ia menyukarkan orang meneka.
- Campur aduk kedudukan huruf dan nombor
- Jika komputer, laptop, tablet dan telefon anda mempunyai fungsi cap jari, manfaatkannya.
Amaran
Sebaiknya, jangan guna password yang sama untuk akaun yang berbeza. Setiap akaun mempunyai set kata kuncinya masing-masing.
Kesimpulan
Secara ringkas, dunia internet ini tidak boleh lari dari orang yang berniat jahat untuk mengenakan anda. Oleh itu, sebagai pengguna yang bijak dan berhemah, anda dinasihatkan agar menjaga akaun peribadi anda daripada digodam – bermulalah dengan kata kunci akaun itu sendiri.
Harap artikel dan panduan ini bermanfaat kepada anda. Silalah kongsikan artikel kepada orang yang tersayang agar mereka juga boleh mendapat manfaat.
Sekiranya anda ingi berkongsikan pengalaman, silalah tinggalkan komen di bawah.
Sekian~