Lupakan semua headphone dan earphone murah yang anda sering nampak di kedai-kedai, ataupun yang disekalikan bersama semasa anda membeli telefon/mp3 yang baharu. Dengan menggunakan headphone yang berkualiti tinggi, anda boleh mengharapkan kualiti audio yang terbaik.
Memandangkan kebanyakan headphone yang berkualiti agak mahal, anda perlu pandai memilih agar mendapat semua feature anda mahupun, agar berbaloi dengan apa yang anda beli.
Artikel ini akan membantu anda dalam memilih headphone yang sesuai dengan anda.
1. Earphone ataupun Headphone?
Earphone adalah sesuai bagi orang yang ingin menikmati muzik dan audio, tetapi perlukan jimatkan tempat. Earphone berkualiti tingi yang anda boleh dapatkan adalah seperti Sennheiser dan Ultimate Ears, biasanya akan menyediakan case untuk menyimpan earphone tersebut – mudah jika anda ingin membawanya tanpa menyebabkan kerosakan.
Jika anda adalah seorang yang sering keluar rumah dan ingin mendengar lagu sepanjang di luar, maka earphone adalah pilihan yang terbaik bagi anda. Dan earphone biasanya lebih murah daripada headphone, namun bergantung kepada jenama dan kualiti.
Namun, jika anda memilih earphone yang terlalu murah, banyak pula masalah akan timbul nanti. Antaranya adalah bud earphone terkeluar, menyakitkan telinga kerana kualiti audio tidak baik, dan mudah rosak. Sebaliknya kepada earphone yang lebih mahal – Sennheiser, Shure, EtyMotic Research, Sony dan Ultimate Ears.
Headphone pula nampak bergaya jika anda membawanya dengan menyangkut headphone tersebut di leher semasa berjalan. Headphone biasanya mempunyai wayar yang lebih tebal dan anda mempunyai pilihan sama ada ingin menggunakan berwayar ataupun bluetooth.
Salah satu kekengan headphone adalah, ia agak mahal jika dibandingkan dengan earphone. Dan, biasanya memerlukan ruang yang banyak, terutama bagi DJ-style headphones.
Selain headphone yang diletakkan di atas kepala, anda juga mempunyai pilihan behind-the-neck headphones, bermaksud anda meletakkan headphone itu di belakang leher/kepala, berbanding dengan biasa yang diletakkan di atas kepala.
Headphone seperti ini disarankan kepada orang yang ingin menikmati muzik semasa melakukan aktiviti fizikal seperti berjogging.
2. Anda Dapat Dengan Apa Yang Anda Bayar
Biasanya, headphone yang lebih mahal diperbuat daripada kualiti yang jauh lebih baik dan kejuruteraan yang lebih pakar, lantas menghasilkan kualiti audio dan bunyi yang sangat baik. Oleh itu, headphone yang anda beli dengan harga RM30 tidak setanding dengan yang berharga RM300. Dalam lingkungan harga ratus itu, anda boleh mendengar beats yang mana anda tidak dapat dengar dengan menggunakan headphone/earphone yang murah.
Headphone/earphone yang murah mungkin boleh bertahan paling lama pun setahun dua, tetapi memang tidak membawa kualiti yang baik dari awalnya. Headphone yang lebih mahal boleh tahan dengan lebih lama.
3. Menilai Pengasingan Bunyi Headphone (sound isolation)
Ini merujuk kepada sejauh mana headphone itu boleh menyimpan/mengekalkan muzik dan menghalang bunyi bising di luar. Jika headphone tidak mempunyai fungsi ini, anda akan dapat mendengar noise dengan banyak, sehinggakan anda perlu tingkatkan/menurunkan volume dengan kadar yang kerap.
Earphone biasanya mempunyai sound isolation yang lebih baik, kerana ia dibekalkan dengan seal di dalam telinga anda.
4. Kenalpasti Frequency Range
Lingkungan frequency yang lebih besar membawa maksud bahawa anda boleh mendengar muzik/bunyi dengan lebih baik dan jelas. Lingkungan yang dicadangkan adalah antara 10 Hz hingga 25,000 Hz.
5. Pertimbangkan Fungsi Noise-Canceling
Jangan perasan nak memiliki headphone ataupun earphone yang mempunyai fungsi noise-canceling jika anda tidak bajet. Biasanya, headphone yang mempunyai fungsi ini mencecah harga RM1000, dan kalau ada produk yang kurang dari harga tersebut, mungkin tidak berkualiti.
Namun percayalah, bagi orang yang biasa – hanya mendengar muzik untuk berhibur, anda tidak digalakkan untuk membelinya, kerana tidak berbaloi. Noise-canceling headphone biasanya digunakan oleh orang yang bergiat di dalam industri muzik, oleh itu mereka perlu mendengar audio dengan teliti.
6. Cuba Sebelum Membeli
Setiap orang lain dia punya kemahuan, manalah tahu headphone yang murah sudah dapat memuaskan hati anda. Oleh itu, sebelum membeli mana-mana headphone, cubalahnya terlebih dahulu.
7. Tengok Kadar Impedance
Untuk mendapatkan kualiti yang terbaik, anda perlu suaikan kadar impedance headphone anda dengan perlatan audio anda. Ianya di dalam unit ohm. Anda boleh samakan kadar impedance dengan menaikkan volume – itu sahaja.
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan perkara ini, sila rujuk di sini.
8. Tanya Diri Anda Sendiri
Memandangkan anda sendiri yang ingin menggunakan headphone dan menggunakan duit anda sendiri, adalah terbaik kalau anda sendiri yang menilai sesuatu produk tersebut. Jika anda sudah mencuba headphone yang berharga RM30 dan yang berharga RM1000, dan anda merasakan kualiti audionya sama, apa kata anda dapatkan yang berharga RM30 itu.
Biasanya yang lagi mahal boleh memberikan kualiti audio yang lebih tinggi, namun jika anda tidak dapat mendengarnya, kenapa perlu berbelanja dengan lebih banyak?
Headphone yang lebih mahal juga akan disekalikan dengan kualiti binaan yang lebih baik, mungkin dibekalkan case, dan mempunyai waranti. Semua itu anda perlu pertimbangkan – adakah anda inginkan produk yang boleh tahan lama, ataupun sekadar untuk menikmati muzik dengan seadanya.
Tips Tambahan
1. Walaupun anda dapat dengan apa yang anda bayar, namun bukan semua pengeluar produk macam itu. Kadangkala jenama sesetengah headphone yang popular mengenakan harga yang sangat tinggi, walaupun kualitinya tidak setanding dengan produk saingan yang lain. Pastikan anda membaca review dan membuat kajian sebelum membeli produk yang mahal.
Anda mahukan Beats Headphone, mungkin video daripada Marques Brownlee ini boleh membantu anda membuat keputusan:
2. Semasa anda mencuba headphone/earphone, pastikan bermula dengan audio yang rendah, kemudian mula naikkan -untuk elak audio terlalu tinggi.
3. Earphone yang murah biasanya mudah rosak ataupun dengar sebelah dalam jangka masa setahun.
4. Elakkan membeli noise-canceling headphones, sebab ia mungkin dibuat untuk anda, sebaliknya kepada orang yang berada di dalam industri muzik.
5. Sebaik sahaja anda menggunakan headphone yang mahal, berkualiti tinggi, anda mungkin tidak akan mahumendengar dari headphone yang murah lagi.
6. Dapatkan headphone yang mempunyai panjang wayar yang sesuai dengan keperluan anda.
7. Baca reviu terlebih dahulu sebelum membeli. Rakyat Malaysia sering membeli peralatan gajet, telefon tanpa membaca reviu terlebih dahulu. Salah satu langkah yang baik sebagai pengguna adalah anda mendapatkan komen pengguna yang lain terhadap produk yang anda mahu beli itu. Anda boleh mencari review di Google ataupun Youtube.
8. Jika anda mendengar MP3 pada kadar bawah 192 kbps, maka anda tidak digalakkan untuk membeli headphone yang mahal – tidak berbaloi. Audio berformat MP3 ini merupakan hasil yang telah di compress menjadi fail audio yang kecil – dengan menapis detail-detail dari format asal. Orang membeli headphone yang mahal adalah untuk mendengar detail itu, kalau ia sudah tiada dalam MP3, anda tidak dapat mendengarnya walaupun menggunakan headphone yang mahal.
9. Wireless headphones sangat mudah dan selesa untuk digunakan, namun terdedah dengan gangguan daripada peralatan yang berdekatan. Oleh itu, anda akan mendengar noise ataupun bunyi hissing.
Amaran
1. Jangan menggunakan headphone dengan volume yang tinggi semasa memandu, menunggang basikal bahkan berjalan kaki. Anda mungkin terlepas daripada mendenagr sesuatu amaran berdekatan.
2. Pengunaan headphone yang terlalu lama tidak sihat kepada gegendang telinga. Oleh itu, pastikan anda ambil rehat seketika daripada mendengar lagu dan lakukan aktiviti yang lain – tidak pun, gunalah speaker.
3. Pening semasa memakai headphone mungkin berpunca daripada headphone yang tidak padan dengan kepala, dan mungkin juga disebabkan penggunaan volume yang tidak sesuai.
Kesimpulan
Secara ringkasnya, headphone mahupun earphone ini senang di dapati di kedai-kedai yang berdekatan dengan harga yang perbagai-bagai. Yang membezakannya adalah dalam segi kualiti audio, kualiti binaan, keteguhan, keselesaan dan lain-lain.
Sebagai pengguna yang cermat dan bijak, anda haruslah memilih headphone yang anda rasa sesuai dengan anda, yang anda rasa anda mampu memenuhi keperluan anda, bukannya semata-mata untuk memenuhi kehendak ataupun mahu memiliki produk seperti mana yang artis kegemaran anda miliki.
Harap artikel ini membantu.
Sekian~
Dkt mane ye boleh dapat source music mp3 berkualiti tinggi secara free,selain melanggan spotify,tidal and others..
mp3skulldownloadfree.com boleh. Tapi dia tak boleh search kat dalam website tu sendiri. So kena cari kat google. Search macam ni.
mp3skulldownloadfree.com
Contoh: mp3skulldownloadfree.com Stromae Papaoutai
selalunya kat google search tu akan keluar yang atas sekali. klik yang tu. Dah masuk website tu, cari lagu dalam list tu yang ada tulis tajuk dengan artis yang betul, lepastu check sebelah kiri dia. kalau dia cakap 320kbps ataupun saiz dia besar (selalunya 4.00 minit dalam 9-10mb) download yang tu
Cara ni hanya untuk lagu yang popular di dunia sahaja. Dan lagu malaysia selalunya takda format kualiti tinggi. Harap membantu.
pembetulan sikit:mp3skulldownloadfree.com (nama artis) (nama lagu)
Saya beli earphone rm18 takde masalah.Jenama OEM china punya. Tak perlu beli mahal mahal. Kalau dkt android pakai viper4android. Kalau dkt pc pakai amplifier. Sound confirm meletup habis