7 Langkah Menentukan Komputer Yang Sesuai Kepada Anda (Sebelum Membelinya)

menentukan komputer yang sesuai

Walaupun tidak dinafikan bahawa komputer persendirian (ataupun PC) sudah kurang digunakan pada masa sekarang, namun ia masih mendapat permintaan dari beberapa pihak. Membeli satu set dari pengeluar PC boleh dikatakan lebih selamat berbanding dengan membinanya sendiri.

Kedua-dua kaedah mempunyai kelebihannya sendiri. Dalam artikel ini ditulis untuk memberikan sedikit pandangan kepada anda sebelum membeli PC. Sekiranya anda tidak meneliti sesuatu aspek di dalam PC itu, terutama komponennya, anda mungkin tidak mendapat apa yang anda harapkan – ataupun berbelanja lebih daripada apa yang anda perlu.

1. Apakah Keperluan Anda untuk Memiliki Komputer?

Pertama sekali, anda perlu tanya diri sendiri terlebih dahulu, anda akan menggunakan komputer tersebut untuk tujuan apa. Sebagai contoh, sekadar menggunakan untuk melayari internet, ataupun menaip fail, ataupun bermain permainan dan edit video/gambar.

Fikirkan, apa yang anda mahu daripada komputer baharu anda

Adakah anda merancang menggunakannya untuk membuat laman sesawang? Adakah untuk bermain permainan komputer dan bercadang untuk upgrade pada masa hadapan? – Sila pertimbangkan semua aspek itu.

2. Pilih Komputer Yang Mudah Dinaik Taraf (Upgrade)

Kadangkala komputer yang kita guna sudah tidak secepat masa kita beli pada mula-mulanya. Oleh itu, upgrade menjadi satu pilihan yang baik daripada membeli komputer yang baharu.

Komputer yang mudah untuk diupgrade biasanya datang dalam bentuk desktop dan bukannya mini pc seperti Intel Nuc.

3. Kenal Pasti Kategori Komputer

Komputer dibahagikan kepada beberapa konfigurasi yang memenuhi keperluan pengguna. Antara yang biasa anda akan temui adalah:

Kegunaan Biasa (Value) – komputer ini digunakan untuk periksa email, melayari internet dan menaip dokumen dan beberapa perkara yang lain, yang mana tidak memerlukan kekuatan prosesor yang banyak. Komputer jenis ini adalah paling popular kerana boleh dikatakan dalam lingkungan paling murah. Dell, Acer, Asus dan Hp banyak mengeluarkan produk ini.

Penggemar – komputer untuk orang yang sukakan presatsi, multimedia dan bermain permainan komputer secara berkala. Biasanya komputer ini akan dimuatkan dengan graphics card dan menggunakan prosesor yang lagi tinggi kemampuannya. Dell dan beberapa jenama besar yang lain membekalkan komputer jenis ini.

Gaming – Komputer ini adalah terbaik untuk bermain permainan komputer, suntingan video/photo dan beberapa rendering imej 3D. Biasanya komputer adalah besar, mempunyai prosesor yang boleh di-over clock dan graphics card. Untuk dapatkan komputer gaming, anda boleh dapatkan Alienware daripada Dell.

Workstation РKomputer workstation ini sekurang-kurangnya setanding dengan gaming pc, namun tambahannya adalah pada jenis prosesor dan graphics card yang digunakan. Bagi komputer worstation, prosesor seperti Intel Xeon biasanya digunakan. Graphics card pula, komputer jenis ini akan dimuatkan dengan NVidia Quadro dan AMD FirePro.

Nvidia Quadro

4. Luangkan Masa Mencari

Sebelum membeli komputer, luangkan masa untuk mengkaji komponen-komponen yang terdapat di dalam komputer tersebut. Bandingkan dengan model yang lain dari segi kelajuan prosesor, RAM, ruang hard disk, graphic cars dan beberapa komponen yang lain. Ini boleh membantu anda dalam mendapatkan komputer yang paling berbaloi kepada anda.

5. Cari Pilihan Yang Lain

Jika anda sudah survey semua model komputer, tetapi tidak menjumpai pilihan yang menarik minat ataupun tidak mencukupi bajet, apa kata anda membinanya sendiri. Maksudnya anda membeli semua komponen komputer itu sendiri dan pasangnya. Terdapat banyak tutorial di youtube tentang custom build pc ini.

Jika anda tidak mahu susah-susah pasang sendiri, anda boleh minta pekerja di kedai komputer tersebut untuk pasangkannya untuk anda – kos mungkin dikenakan. Namun, di kedai Monaliza dan Mastura (klik pada link), mereka ada menyediakan perkhidmatan custom build pc dan belinya secara online.

Kos untuk custom build pc tidak tetap kerana ia bergantung kepada komponen yang anda pilih. Ia boleh jadi lagi kurang, dan juga boleh jadi lagi mahal daripada model komputer yang sedia ada.

6. Periksa Keserasian (Compatibility)

Jika anda bercadang untuk memasang komputer sendiri, anda perlu memastikan anda mendapatkan komponen yang serasi dengan komponen yang lain. Pastikan semua disokong oleh komponen yang lain, sebab kalau tidak, sistem anda mungkin tidak akan berfungsi dengan baik – ataupun tidak berfungsi langsung.

Jika anda membeli CPU yang menggunakan 1150 soket, pastikan anda mendapatkan motherboard yang juga menggunakan 1150 soket.

Dibawah adalah sedikit jenis komponen yang anda perlu serasikan:

Motherboard : jenis soket CPU, jenis slot untuk graphics card (PCI-E ataupun AGP)

CPU : Intel ataupun AMD – masing-masing perlukan motherboard yang tertentu kerana berbeza soket. Pastikan anda mendapatkan motherboard yang khusus untuk CPU pilihan.
Memori/RAM : DDR3 ataupun DDR4, dan kelajuannya 1333Mhz, 1600Mhz ataupun 1886Mhz

Power supply (PSU) : Biasanya ada disediakan dengan case, tetapi anda juga boleh memilih jenama lain.Berapakah power yang anda perlukan untuk kuasakan semua komponen komputer anda. Biasanya diantara 400-750 watt.

7. Beli Online

Jika anda tidak mahu membeli dan pasang sendiri, anda boleh mencuba membelinya secara online. Sesetangah pengeluar komputer ada menyediakan kemudahan untuk anda customize komponen yang dimuatkan didalam kompeuter mereka.Antaranya adalah Dell dan Toshiba.

Kesimpulan

Mendapatkan komputer sekarang bukanlah sukar dan mahal kerana anda mempunyai banyak pilihan.

Harap artikel ini membantu dalam menentukan komputer yang sesuai dengan keperluan anda.

Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here