Terimalah kenyataan, virus itu wujud dan masih ada dalam dunia internet, trojan sedang cuba mencuri data anda, dan kebanyakan pengguna komputer di seluruh dunia menggunakan perlindungan antivirus.
Namun, pada tahun 2016 ini adakah antivirus adalah satu keperluan? Boleh ke kita bertahan tanpa sebarang software perlindungan?
Dalam artikel ini, persoalan itu akan terjawab. Jika anda tergolong dalam golongan di bawah, maka anda mungkin tidak perlukan antivirus.
Sebab-Sebab Tidak Perlukan Antivirus
Berikut adalah 35 senarai sebab anda tidak perlulah sebarang lindungan antivirus pada komputer anda.
1. Anda tidak berkongsi fail dan link dengan orang lain.
2. Anda tidak melakukan perbankan online.
3. Anda tidak menggunakan internet untuk shopping atau bermain game online.
4. Anda tidak menggunakan public WIFI di kedai kopi, perpustakaan dan tempat-tempat awam yang lain.
5. Anda percaya kerajaan tidak spy ke atas anda.
6. Anda boleh mengenalpasti phising scam dengan sekali pandang.
7. Anda tidak berkongsi komputer dengan orang lain.
8. Anda tidak berkongsi talian wifi anda dengan sesiapa, mahupun ahli keluarga.
9. Anda bekerja dalam syarikat keselamatan (internet).
10. Anda tidak senang-senang klik pada link yang dihantar/tag/kongsi di media sosial.
11. Anda tidak mudah berkongsikan maklumat peribadi di mana-mana sahaja.
12. Anda menggunakan firewall.
13. Anda tidak klik pada iklan, atau mana-mana link pada laman web (tidak kira apa sekali pun).
14. Anda hanya menggunakan email provider terkemuka seperti Yahoo, Outlook dan Gmail sahaja.
15. Kerap melakukan backup pada semua fail dan dokumen dalam komputer anda.
16. Tidak percaya kepada ransomware.
17. Anda sentiasa baca penuh polisi syarikat.
18. Anda tidak menggunakan sebarang media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.
19. Tiada orang mengambil gambar anda semasa di tempat awam.
20. Anda hanya melawat laman web yang boleh dipercayai sahaja.
21. Anda tidak menggunakan Windows.
22. Anda hanya melawat laman web yang menggunakan servis encryption (HTTPS atau SSL)
23. Anda tidak mempunyai komputer.
24. Anda tidak mempunyai smartphone.
25. Komputer Windows anda sudah mempunyai Windows Defender.
26. Anda menggunakan password yang sangat panjang. Baca 25 Kata Kunci (Password) Yang Anda Tidak Patut Guna (+ TIPS)
27. Anda tukar password anda setiap bulan dan tidak berkongsi dengan orang lain.
28. Tidak menggunakan enjin pencarian seperti Google, Bing dan Yahoo.
29. Anda host email sendiri, di server sendiri.
30. Anda tidak download freeware (software percuma)
31. Jika anda download, anda akan menggunakan laman web yang selamat dan dipercayai.
32. Anda mempunyai tech guy di rumah. Mudah untuk reinstall windows bagai.
33. Anda tidak mempunyai sebarang duit, sehingga orang lain tidak berminat untuk mencuri dari anda.
34. Anda tidak pernah dengar tentang kes hack, penipuan dan kecurian internet.
35. Anda tidak download torrent atau menggunakan mana-mana platform P2P.
Okay, serius – walaupun orang yang bijak pandai, mahir dalam IT pun kadang-kala terkena juga virus komputer ini. Bukan setakat viruslah, spyware, adware, trojan, worms dan sebagainya.
Walaupun anda beranggapan bahawa anda hanya melawat laman web yang dipercayai dengan menggunakan talian wifi persendirian, itu semua tidak boleh menjamin 100% anda tidak akan mendapat virus.
Kesimpulan
Senang cerita, anda PERLU menggunakan software antivirus tidak kira dalam apa jua keadaan. Tidak kiralah software itu percuma atau berbayar. Sekurang-kurangnya anda mempunyai perlindungan.
Kita tidak tahu bila diserang oleh virus, dan sekali kena padahlah kena format drive, fail hilang dan sebagainya. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat.
Harap artikel ini membantu anda menentukan sama ada antivirus adalah satu kemestian ataupun tidak.
Sekian~