9 Tips Jimatkan Bateri Laptop Yang Perlu Tahu

Percayalah, kita semua pernah merasa keperitan setiap kali hendak melakukan tugasan penting, laptop kita sudah tidak mempunyai bateri lagi. Lebih teruk kalau anda terlupa charger ataupun tempat itu tidak mempunyai plug – lagilah sakit.

Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk jimatkan bateri laptop anda.

Mahu tahu bagaimana? Sila baca artikel di bawah.

Cara-Cara Jimatkan Bateri Laptop Dalam Jangka Masa Pendek

Jika anda dalam keadaan terdesak, anda boleh lakukan beberapa langkah dalam segmen ini. Perlu diingatkan bahawa cara-cara yang dicadangkan dalam segmen ini tidak menambah kapasiti bateri asal anda, tetapi akan mengurangkan penggunaan agar ia boleh bertahan lebih lama.

1. Aktifkan Saver Mode atau Eco Mode

Mod battery-saver atau eco-mode memang direka khas untuk meningkatkan jangka hayat bateri. Ia bertindak dengan melakukan suntingan pada setting yang melibatkan software dan hardware.

Anda boleh aktifkan mod tersebut bila-bila masa sahaja, tidak semestinya semasa bateri kurang sahaja.

2. Cabut Peranti Yang Tidak Digunakan

Salah satu cara termudah untuk mengurangkan penggunaan tenaga adalah dengan menutup sebarang aplikasi atau hardware yang tidak digunakan.

Setiap komponen yang terdapat di dalam laptop anda perlukan tenaga (elektrik) untuk berfungsi, tetapi tidak bermakna anda wajib guna semua komponen tersebut setiap masa.

Mula cabut semua peralatan seperti tetikus, pendrive dan sebagainya. Cuma pastikan anda tidak menggunakannya sebelum dicabut.

Selain daripada itu, anda juga boleh matikan Wi-Fi dan bluetooth.

3. Tukar Setting Laptop

Anda boleh mengubah setting laptop anda untuk mengurangkan penggunaan tenaga. Salah satu caranya adalah dengan mengurangkan keterangan paparan skrin. Anda boleh mengurangkan kecerahan skrin ini dengan menggunakan hotkey (keyboard shortcut) atau akses control panel.

Kedua, anda boleh mengurangkan atau mematikan keyboard backlight (cahaya keyboard). Biasanya, laptop seperti ultrabook dan gaming mempunyai backlight keyboard yang akan memberikan cahaya di bawah setiap key. Dengan mengurangkan backlight, anda boleh mengurangkan bateri.

Ketiga, kurangkan resolusi skrin. Sekiranya anda menggunakan laptop tersebut semata-mata untuk menaip atau menghantar email, maka tidak perlukan resolusi yang tinggi. Jika anda sedang menggunakan resolusi tinggi seperti 1080p, maka kurangkannya kepada 1366 x 768 atau sebagainya.

Akhir sekali, matikan speaker. Jika tidak perlukan audio, maka mute atau matikan speaker. Ia boleh mengurangkan penggunaan bateri anda.

4. Matikan Software dan Proses Yang Tidak Perlu

Bukan hardware sahaja yang menggunakan bateri anda, software pun ya juga. Aplikasi dan background process yang dibuka dengan banyak boleh memakan jangka hayat bateri laptop anda dengan cepat.

Lebih-lebih lagi kalau tengah multasking, membuka banyak software serentak. Cuba kurangkan software yang dibuka semasa bateri sudah kurang. Ataupun, anda boleh mencari alternatif kepada software tersebut, mungkin terdapat software gantian yang tidak perlukan tenaga yang banyak.

Cara-Cara Jimatkan Bateri Laptop Dalam Jangka Masa Panjang

Untuk segmen kali ini, ia lebih kepada bagaimana untuk jimatkan bateri laptop dalam jangka masa panjang. Ia lebih kepada sistem tweak, laptop yang lebih energy-efficient.

6. Penjagaan Bateri

Perkara yang tidak boleh ditinggalkan dala isu ini adalah bateri itu sendiri. Sekiranya model laptop anda membenarkan anda mengeluarkan bateri, cuba elakkan daripada merosakkan bahagian penghubung bateri tersebut.

Anda boleh mencucinya dengan putik kapas dan cecair alkohol.

Mungkin anda pernah terdengar orang cakap yang anda perlu cas bateri hingga 80%, tidak biarkannya cas terlalu lama – tetapi kenyataan ini sudah terlalu lama dan hanya relevan pada bater nickel metal hydride dan bukannya pada lithium-ion atau lithioum-polymer yang digunakan pada zaman sekarang.

Pastikan bateri tidak terlalu panas. Haba boleh menjejaskan jangka hayat sesuatu bateri, oleh itu pastikan anda menyediakan peredaran udara dan cooling yang baik.

Keluarkan debu yang mungkin terperangkap di dalam kipas. Satu lagi, elakkan daripada menggunakan laptop di atas tilam atau bantal kerana ia boleh menghalang peredaran udara, lantas laptop anda lebih cepat panas.

7. Tune-Up Sistem Anda

Langkah seterusnya adalah dengan tune sistem anda untuk lebih power efficient. Ia mungkin tidak dapat membantu secara langsung, tetapi menjamin sistem yang lebih cekap dan pantas.

Sebagai permulaan, kerapkan defrag hard disk anda. Amaran: Jangan defrag solid state drive! Anda boleh lakukan defrag dengan menggunakan software. Jika anda pengguna Windows 7 dan ke atas, Microsoft sudah menyediakan tool untuk defrag dalam setiap OS mereka.

Dengan defrag, anda boleh menyusun semula semua fail yang terletak di dalam har disk anda.

8. Naik Taraf Komponen

Salah satu cara yang anda boleh lakukan untuk jimatkan bateri adalah dengan menggantikan hard disk dengan solid state drive (SSD). Solid state drive menggunakan flash drive dan tidak menggunakan cakera keras. Ini membawa maksud ia tidak menggunakan bahagian yang bergerak/berpusing – secara tidak langsung memberikan prestasi dan lebih efisien.

Satu lagi, tambah RAM kepada sistem anda. Ia akan menyimpan data anda dalam jangka masa yang singkat ke dalam flash, seperti SSD. Semakin banyak data disimpan di dalam RAM, semakin kurang tekanan ke atas procesor dan hard disk.

9. Guna Bateri Backup

Akhir sekali, salah satu cara terbaik untuk memastikan yang anda mendapat bateri yang mencukupi adalah dengan membawa bateri tambahan (backup).

Anda boleh memesan bateri tambahan dari pengeluar laptop tersebut, cuma kena pastikan bahawa bateri yang dibeli adalah sama dan sesuai dengan model laptop sedia ada.

Kesimpulan

Secara ringkas, masalah bateri laptop ini merupakan masalah yang biasa di alami oleh semua orang di seluruh dunia. Anda tidak keseorangan, jangan risau.

Cuma yang membezakan kita semua anda sejauh mana kekecewaan kalau laptop mati separuh jalan semasa sedang melakukan tugasan penting.

Harap artikel ini membantu anda, sekiranya ya silalah kongsikan artikel ini dengan orang lain agar mereka mendapat manfaat yang sama.

Sekian~

Leave a Comment