Wajarkah Anda Menggunakan AdBlock Plus?

Penggunaan program untuk menapis keluar semua iklan pada website adalah satu program yang sangat popular – terutama kepada golongan yang banyak melayari internet, membaca kandungan web, menonton Youtube dan sebagainya.

Tetapi, apa implikasinya kepada webmaster dan web publisher?

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan soal adakah wajar anda menggunakan Adblock.

Apakah AdBlock Plus?

Ars Technica, satu website berita teknologi dan analisis cuba memberikan gambaran kasar terhadap isu ini – serta mendedahkan kesan-kesan penggunaan ad blocking ini, tidak kira pada pengguna atau webmaster.

Ad blocking, sekiranya anda tidak mengetahui, ia merupakan sejenis teknik yang digunakan dalam plugin browser yang menapis keluar iklan dari laman web. Sama juga concept untuk block kandungan Flash, tetapi kali ini terhadap iklan laman web.

Perlukan maklumat lanjut, sila lihat penerangan oleh Linus dari Techquickie di bawah:

Apa Masalah Dengan Menggunakan AdBlock Plus?

Sekarang, hujah yang biasa diperkatakan oleh pengguna web adalah dengan menggunakan AdBlock Plus, mereka mendapat melayari internet dengan tenang – lebih-lebih lagi mereka ini bukan jenis orang yang mahu klik pada mana-mana iklan pun.

Ia tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada pengguna atau pengiklan pun.

Tetapi, hujah itu telah dibuktikan salah! Block iklan pada laman web boleh menjejaskan keuntungan sesuatu laman web, walaupun iklan itu tidak diklik.

Sekiranya anda melayari laman web seperti Wired, Vogue dan New Yorker dengan menggunakan plugin AdBlock Plus anda akan mendapati bahawa kandungan/artikel tersebut akan di block. Kenapa?

Hal ini kerana terdapat beberapa platform pengiklanan (termasuklah Google Adsense) mengambil kira keterlihatan (visibility) sesuatu iklan itu, walaupun ianya tidak diklik – ia menggunakan model Cost Per Impression (CPM).

Oleh itu, sekiranya anda melayari 10 laman PanduanSaya ini dengan menggunakan plugin AdBlock Plus, anda akan menggunakan resource webhosting kami, mendapat manfaat daripada artikel kami – tetapi apa yang kami dapat? TIADA APA.

Penggunaan AdBlock Ini Satu Dilema

Oleh itu, sekarang terdapat satu dilema di mana webmaster dan content publisher mahu meningkatkan revenue, pada masa yang sama pengguna mahukan semua kandungan internet secara percuma tanpa sebarang kompromi – apatah lagi daripada membayar langganan.

Jadi, Wajarkah Penggunaan AdBlock Plus Ini?

Untuk menjawap persoalan itu, anda perlu ingat bahawa kedua-dua belah pihak ada betulnya.

Kenapa Ia Wajar?

  • Memudahkan pengguna web melayari website kegemaran mereka tanpa diganggu dengan iklan
  • Mencegah daripada terdedah kepada malware dan spyware
  • Menjimatkan penggunaan data traffic, kerana iklan gambar atau video perlukan banyak data traffic untuk load
  • Mempercepatkan laman web untuk load dengan penuh

Kenapa Ia Tidak Wajar?

  • Menjejaskan sumber pendapatan web publisher, boleh menyebabkan bahan yang sebelum ini percuma menjadi berbayar. (contoh kewujudan Youtube Red)

Macam Mana Nak Harmonikan Dua-Dua Pihak?

Saya berpendapat bahawa kedua-dua belah pihak perlu memainkan peranan sekiranya mahukan kandungan internet kekal percuma dan pada masa yang sama memberikan pulangan kepada web plublisher.

Apa Yang Pengguna Boleh Buat

Whitelist laman web kegemaran anda, agar publisher tidak mengambil langkah untuk mengenakan cas ke atas setiap artikel/kandungan yang dibaca.

Pengguna web perlu ingat bahawa tanpa iklan, kebanyakan laman web tidak boleh memberikan sesuatu maklumat atau content secara percuma. “Give and take”-lah.

Apa Web Publisher Boleh Buat

Mengurangkan (atau menarik balik) iklan yang mengganggu pengguna, sebagai contoh pop-up, iklan bermain secara automatik (autoplay) dan sebagainya.

Web publisher perlu ingat bahawa AdBlock Plus wujud kerana terlalu banyak gangguan iklan pada laman web.

Isu Adlbock Bukannya Baru

Kami embed beberapa pandangan orang (youtuber) tentang penggunaan Adblock ini. Hal ini kerana kebanyakan Youtuber bergantung semata-mata pada Adsense for Video sebagai sumber pendapatan.

Sekiranya ramai orang menggunakan plugin AdBlock ini, pendapatan mereka boleh terjejas sehingga 20-40%.

Jom kita saksikan di bawah:

1) PBS Idea Channel

2) Boogie

3) Hank

Ya, saya tahu semua video di atas berkonsepkan rant, tetapi apa yang diperkatakan oleh mereka itu betul.

Bagaimana Untuk Whitelist Website?

Adblock tidaklah menghalang semua iklan dari semua website, bahkan mereka ada juga menyediakan setting dimana pengguna boleh whitelist laman website kegemaran mereka, agar boleh menyumbang sesuatu kepada webmaster agar website tersebut boleh memberikan informasi secara percuma.

Cara-caranya adalah:

https://www.youtube.com/watch?v=MjHQCehs9tA

Tolong whitelist website PanduanSaya.com, alang-alang tu..

Kesimpulan

Secara ringkas, penggunaan AdBlock Plus ini bermula dengan ketamakan web publisher yang mahukan keuntungan yang lebih, sehingga memaparkan pelbagai jenis iklan – sehingga menjejaskan pengguna.

Perkara ini tidak berlaku sekiranya publisher mementingkan unsur kepenggunaan.

Berbalik kepada soalan, wajarkah penggunaan AdBlock Plus? Ia bergantung kepada diri anda sendiri, sekiranya anda tidak peduli betapa sukarnya untuk maintain dan menghasilkan content di internet oleh web publisher, maka gunakanlah Adblock.

Namun sekiranya anda mahu menyumbang kepada web publisher atas usaha mereka memberikan informasi kepada anda dengan mudah, cepat dan percuma maka jangan gunakan AdBlcok Plus.

Harap artikel ini membuka minda anda terhadap isu ini. Silalah kongsikan artikel kepada rakan-rakan anda yang menggunakan AdBlock agar mereka mengetahui implikasinya.

Sekian~

Leave a Comment