Tentang PanduanSaya

PanduanSaya membantu jutaan pengguna menjawab soalan, menyelesaikan masalah, belajar sesuatu yang baharu, dan mencari inspirasi dalam pelbagai aspek kehidupan.

Kami menawarkan maklumat, panduan dan rujukan yang sahih, melibatkan kepakaran dalam pelbagai bidang. Kami di sini untuk memberi inspirasi dan aspirasi kepada para pencinta BBQ. Pendengar muzik. Fanatik kesihatan. Pencari kerja. Pelancong dunia. Terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mengatahui sesuatu perkara. Iaitu Anda.

Panduan menjadikan semua maklumat itu lebih mudah untuk dicari, dibaca dan dinikmati. Kami telah mengemas kini rupa dan navigasi, supaya anda lebih mudah mencari kandungan dengan cepat dalam kategori-kategoru utama seperti Kesihatan, Kecantikan, Kewangan, Teknologi dan sebagainya.

Internet tidak duduk diam dan tidak juga kita. Kami tidak percaya bahawa anda hanya menetapkan sesuatu dan berhenti di situ. Jika anda tidak berubah, anda tidak akan berkembang.

Objektif PanduanSaya

matlamat panduansaya
skeeze / Pixabay

Satu-satunya objektif startup kecil PanduanSaya adalah untuk membekalkan artikel-artikel yang berkualiti tinggi kepada pembaca, secara percuma dan senang untuk diakses. Kami merupakan pengguna tegar internet dan kami perasan bahawa kita semua lebih senang untuk mendapatkan sebarang maklumat berkualiti dalam Bahasa Inggeris, tetapi tidak dalam Bahasa Melayu.

Hal ini kerana kebanyakan bahan-bahan dalam Bahasa Melayu dimuatkan di dalam akhbar dan majalah, yang perlukan pembayaran sebelum kita dapat membacanya. Tiada masalah dalam konsep ini, tetapi cuba bayangkan anda ingin membaca satu artikel sahaja di dalam satu majalah/akhbar, tetapi terpaksa membeli senaskhah kerana tiada cara lain. Adakah ini cara terbaik untuk merealisasikan matlamat kerajaan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia?

Apabila dibandingkan di US, majoriti pengeluar majalah/akhbar/buku sudah mula beredar ke alam digital, di mana mereka membekalkan artikel secara percuma kepada pembaca seluruh dunia dan masih mampu bersaing (dengan bantuan pengiklanan). Hal ini kerana mereka tahu, dengan memberikan artikel dan content secara percuma boleh memberikan manfaat/keuntungan yang jauh lebih besar kepada dua-dua belah pihak.

PanduanSaya mahukan bahan-bahan bermanfaat dalam Bahasa Melayu lebih banyak dan lebih mudah untuk diakses secara online, PERCUMA.

Bagaimana Artikel Ditulis?

Buat masa ini, kami mengamalkan konsep content curation, iaitu memetik dan

artikel ditulis
StartupStockPhotos / Pixabay

menggabungkan beberapa sumber/bahan daripada laman web yang lain menjadi satu.

Anda boleh membaca dan memahami konsep content curation ini di Wikipedia.

Pihak kami sangat mementingkan hak cipta terpelihara dan menghormati hak penulis asal. Oleh sebab itu, pihak kami akan meneliti dan memastikan bahawa setiap bahan rujukan kami akan dinyatakan dan/atau dilink kepada laman web asal.

Kami bercadang untuk mengembangkan laman web ini pada masa hadapan, dan pada masa itu kami akan menggunakan penulis-penulis bertauliah dalam bidang masing-masing untuk membekalkan artikel di PanduanSaya. Disebabkan laman web ini masih baharu dan kami pun tidak berkemampuan untuk membayar penulis, kami terpaksa membuat artikel kami sendiri.

Adakah anda seorang penulis/blogger dan ingin membantu PanduanSaya? Anda boleh lakukan permohonan di sini.

Dari Mana Sumber Artikel?

Kami berusaha sedaya-upaya untuk memberikan artikel yang bermanfaat, pada masa yang sama memberikan kredit kepada penulis asal. Buat masa ini, antara sumber-sumber artikel kami adalah (tidak terhad kepada):

Wikihow
Authority Nutrition
MayoClinic

Setiap artikel yang dipost di PanduanSaya akan menyatakan sumber asal dan memberikan link (Do Follow) kepada laman web berkenaan. Pihak kami juga memuatkan komen-komen dan Ini memenuhi kehendak dan peraturan yang dinyatakan dalam Creative Common di bawah Attribution-Noncommercial-Share Alike 3.0 Creative Commons License.

Dari Mana Sumber Gambar?

Pihak kami sangat peka dengan hak cipta, terutama dalam penggunaan gambar, imej dan

sumber gambar
Unsplash / Pixabay

sebagainya. Semua artikel yang dipost di PanduanSaya menggunakan gambar-gambar yang dibenarkan daripada laman-laman web free stock photo. Ya, kami mempunyai hak dan kebenaran untuk menggunakan gambar-gambar tersebut.

Antara laman web yang kami guna untuk dapatkan gambar/imej secara percuma dan sah di sisi undang-undang adalah:

Photl
Pixabay
Google Image (Labeled for reuse with modification)

Ingin Membantu Usaha Kami?

Sebagai satu laman web start up yang kecil, kami mengaku kami masih muda untuk berkecimpung dalam content marketing, yang mana pasaran ini sangat besar. PanduanSaya tidak dapat bersaing dengan laman-laman web yang lagi besar, selagi mana kami tidak dapat mendapat dana yang mencukupi.

Oleh itu, jika anda teringin untuk membantu usaha kami, anda boleh berhubung secara email : admin@panduansaya.com

Anda juga boleh membantu kami dengan menyebarkan kewujudan laman web ini di media sosial masing-masing. Kami sangat menghargainya.