Fakta Tentang Kolagen Dan 5 Produk Terbaik Malaysia

Tidak dinafikan bahawa kebanyak iklan berkaitan dengan penjagaan kulit mahupun mencerahkan muka, mesti ada kaiatan dengan kolagen ataupun dikenali sebagai collagen dalam Bahasa Inggeris. Hal ini kerana kolagen boleh membantu anda memulihkan kulit, malah lebih daripada itu.

Oleh itu, dalam artikel ini, kami akan menyenaraikan beberapa perkara (termasuk khasiat) berkaitan dengan kolagen dan produk-produk yang anda boleh pilih sekiranya ingin mencubanya. Berikut adalah senarai kandungan artikel ini:

  • Apakah Itu Kolagen?
  • Adakah Kolagen Berkesan?
  • 4 Khasiat Kolagen
  • Kesan Sampingan Penggunaan Kolagen
  • Berapa Lama Kolagen Boleh Bertahan?
  • Produk-Produk Kolagen Terbaik di Malaysia (Top 5)
  • Kesimpulan

Sekiranya anda sudah bersedia, jom pelajari lebih lanjut tentang kolagen ini dan ketahui tentang batasannya.

Apakah itu Kolagen?

Kolagen ataupun collagen merupakan satu protein – satu molekul biologi yang besar – ia mengambil kira-kira 25% hingga 35% kandungan sekeluruhan protein dalam badan kita. Kebiasaannya terdapat di dalam tisu penghubung (connective tissue), seperti tendon, otot dan kulit.

Perkataan kolagen berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud “penghasilan gam” (glue producing). Hal ini kerana, pada zaman tersebut kulit haiwan dibakar dan dijadikan sebagai gam.

Kolagen adalah bahan yang menjadikan kulit kita elastik, kuat dan suci bersih! Badan kita, secara semulajadi menghasilkan kolagen, namun berkurangan mengikut peningkatan umur.

Selain itu, faktor haya hidup juga boleh mengurangkan penghasilannya, seperti amalan merokok, kerap terdedah kepada cahaya matahari dan pemakanan yang tidak seimbang.

Adakah Kolagen Berkesan?

Kebanyakan krim kolagen di pasaran adalah baik untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menyegarkan kulit, namun tidak meningkatkan kadar kolagen di dalam badan, malah tidak meningkatkan kadar penghasilannya. Hal ini kerana kolagen bukanlah satu molekul yang mudah diserap oleh kulit.

Kebanyakan produk di luar sana juga ada membuat/memproses molekul kolagen itu agar lebih kecil dan mudah diserap. Namun, pada masa yang sama badan kita akan menganggap bahawa bahan tersebut merupakan bahan asing dan secara tidak langsung menyebabkan masalah alahan (allergy) – Oleh itu produk-produk krim kulit kolagen tidak boleh digunakan pada muka.

Secara umumnya, kolagen boleh mengekalkan awet muda dan pada masa yang sama boleh mengembalikan kejelitaan anda.

Untuk ketahui lebih lanjut akan kelebihan dan khasiat kolagen, sila baca di bawah.

4 Khasiat Kolagen

khasiat kolagen

Kolagen secara umumnya adalah untuk mengembalikan awet muda, namun ia juga boleh memainkan beberapa peranan yang lain. Ikuti serba sedikit khasiat kolagen di bawah:

#1: Khasiat Kolagen Untuk Kulit Berjerawat dan Parutnya

Kolagen mempunyai sejarah kosmetik yang lama, terutama dalam merawat/menghilangkan parut dan kesan jerawat. Dan pada masa yang sama menghilangkan kesan kedut pada muka dan mencerahkan kulit muka.

Untuk kulit berjerawat, kebiasaannya doktor akan menggunakan kaedah suntikan kolagen pada muka. Namun, anda juga boleh memilih produk-produk kolagen yang berasaskan sapuan.

#2: Khasiat Kolagen Untuk Lelaki

Kolagen untuk lelaki mengandungi zink, satu jenis nutrisi yang mencepatkan pemulihan kulit dan mengelakkan pembentukan kelemumur.

Selain itu, kolagen juga boleh membaiki sel dan otot-otot bagi lelaki setelah bersenam ataupun aktiviti fizikal.

#3: Khasiat Kolagen Untuk Kulit Kering

Kolagen sudah lama diamalkan untuk mengembalikan kelembapan kulit dan mengelakkan daripada masalah kulit kering. Selain itu, ia juga boleh memberikan kesihatan kepada kuku dan rambut.

Antara produk kolagen yang baik untuk mengembalikan kelembapan kulit ada dinyatakan dalam bahagian produk-produk pilhan di bawah.

#4: Khasiat Kolagen Untuk Rambut

Setiap helaian rambut anda mengandungi kolagen, dan bahan ini memainkan peranan yang penting untuk menjaga kesihatan rambut secara umum. Namun, oleh kerana faktor- faktor yang tertentu, kadar kolagen akan berkurangan dan menyebabkan masalah keguguran rambut.

Oleh itu, dengan mengambil kolagen, anda boleh mengembalikan kesihatan rambut tersebut.

Kesan Sampingan Penggunaan Kolagen

Kebanyakan produk komersial kolagen menggunakan bahan kimia dalam pembuatannya. Oleh itu, anda perlu bersedia dengan beberapa kesan sampingan yang anda mungkin hadapi setelah menggunakannya. Antaranya adalah ruam (boleh berubah mengikut kandungan setiap produk yang digunakan)

Walaupun begitu, kebanyakan produk di luar sana tidak memberikan kesan sampingan yang teruk. Jadi boleh dikatakan selamat untuk digunakan. Anda hanya perlu memilih produk yang berkualiti, dan anda tidak perlu risau sangat. (kami ada mencadangkan 5 produk yang selamat digunakan, sila rujuk di bawah)

Anda sebolehnya mengelak daripada menggunakan produk kolagen yang mengandungi bahan raksa/mercury. Antara produk yang menggunakan bahan ini adalah Collagen Plus, sila baca butiran pendedahan perkara ini di sini.

Berapa Lama Kolagen Boleh Tahan?

Penggunaan kolagen tidak boleh bertahan selama-lamanya, mungkin dalam masa 2-4 bulan sahaja. Setelah kesan tersebut berkurangan, anda perlu menggunakan produk kolagen tersebut semula untuk mendapat hasil yang sama.

Oleh itu, sekiranya anda ingin memulakan penggunaan produk kolagen, anda tidak boleh mengharapkan kesan yang serta merta. Anda perlu menggunakannya untuk beberapa bulan untuk melihat kesan yang positif.

Produk-Produk Kolagen Terbaik di Malaysia (Top 5)

Di Malaysia, penggunaan produk-produk berasaskan kolagen ini sangat popular dan berikut adalah senarai 5 produk kolagen terbaik di pasaran Malaysia. Turutan senarai ini adalah secara rawak.

#1. Kinohimitsu Jpan Beauty Drink Collagen

Kinohimitsu Jpan Beauty Drink Collagen 2500Mg merupakan salah satu produk yang sangat efektif untuk mengembalikan keanjalan kulit – bukan sahaja wajah, bahkan seluruh badan anda termasuklah leher dan dada. Produk ini merupakan satu minuman kolagen yang mengandungi kadar larutan yang tinggi untuk mengembalikan kesihatan kulit – menjadikannya lebih lembut dan mengekalkan awet muda dalam masa 6 hari sahaja.

Produk ini juga tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan bahan tambahan – tiada gula, pengawet, pewarna, perasa. Kolagen yang dimuatkan adalah dalam bentuk cecair berlarutan tinggi (concentrated liquid) yang mana boleh mencepatkan proses penyerapan oleh badan.

Oleh itu, anda boleh mengambil Kinohimitsu Jpan Beauty Drink Collagen 2500Mg pada bila-bila masa yang anda suka. Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang enak, malah anda juga mendapat kebaikan yang banyak dalam paket yang kecil tersebut.

#2. Double Stemcell

Double Stemcell keluaran oleh syarikat PhytoScience ini merupakan produk kolagen yang berasaskan serbuk daripada ekstrak sel stem. Sel tersebut sangat baik untuk kesihatan badan terutamanya pada kulit.

Berikut adalah serba sedikit berkaitan dengan produk ini:

  • Melindungi daya tahan sel stem kulit
  • Melambatkan proses penuaan
  • Melawan faktor-faktor penuaan
  • Memenangi BSB innovation prize for the best active ingredient 2008

Sekiranya anda berminat, boleh boleh memesan produk ini secara online dengan mengklik gambar diatas.

#3. Meiji Amino Collagen Powder

Meiji Amino Collagen merupakan produk kolagen #1 di pasaran Jepun untuk 7 tahun berturut-turut. Produk ini menjadi pilihan utama bagi orang pentingkan kesihatan dan ingin menjaga kecantikan diri.

Oleh kerana kadar kolagen dalam badan akan mula berkurangan pada umur 20-an, maka dengan mengambil supplemen kolagen ini boleh mengembalikannya. Produk ini dalam bentuk serbuk dan perlu dilarutkan di dalam air, perkara ini memudahkan proses penyerapan oleh badan.

Meiji Amino Collagen menggabungkan kolagen ikan dengan nutrisi yang lain seperti Asid Amino, Vitamin C dan Glucosamine. Berikut adalah serba sedikit butiran produk ini:

  • Satu sudu mengandungi 27kcal
  • Mengurangkan kesan kedut pada muka
  • Mengekalkan kesihatan dan keanjalan kulit
  • Mengurangkan radikal bebas
  • Membantu pembentukan hyaluronic acid untuk menyokong kulit
  • Merupakan kolagen asli dan selamat digunakan

Anda boleh mendapatkan Meiji Amino Collagen di sini dengan harga yang berpatutan. Produk ini juga menyediakan refill pack, oleh itu anda boleh berjimat sekiranya menggunakan produk ini.

#4. Kinohimitsu Jpan Collagen Diamond

kinohimitsu-jpan-collagen-diamond

Kinohimitsu J’pan Collagen Diamond 5300 Drink disertakan dengan Collagen Peptide, direka khas untuk mengembalikan kulit awet muda. Collagen Peptide mempunyai struktur molekul yang lebih ringkas dan hampir sama dengan struktur kolagen kulit kita, oleh itu ia sangat mudah untuk diserapkan oleh badan.

Pengambilan yang secara berterusan boleh mengembalikan penghasilan kolagen badan dan mengurangkan kesan penuaan. Berikut adalah butiran produk ini:

  • Kekalkan keanjalan kulit
  • Mengurangkan pora pada kulit
  • Mengekalkan awet muda
  • Mengembalikan kesihatan kulit

Ini adalah iklan Kinohimitsu Japan Collagen Diamond (feat Tavia Yeung)

Sekiranya anda berminat dengan produk ini, boleh dapatkannya dari Lazada.

#5. Aurawhite Bubbly Collagen Dust

Aurawhite Bubbly Collagen Dust boleh mengembalikan keanjalan kulit anda dan mengekalkan awet muda. Produk ini juga dikenali sebagai kolagen untuk remaja kerana sesuai untuk digunakan oleh remaja.

Ia berkesan dengan memperbaiki masalah pada lapisan kulit anda. Selain itu, ia juga melindungi kulit anda daripada radikal bebas dan melambatkan proses hidrasi oleh permukaan kulit.

Produk ini datang dalam bentuk serbuk dan tidak memerlukan air untuk melarutkannya. Anda hanya perlu mengambil satu scoop dan larutkan di dalam mulut sahaja. Ambil dua kali setiap hari.

Ini adalah senarai kebaikan produk ini:

  • Memperbaiki lapisan kulit
  • Melindungi kulit daripada radikal bebas (free radical)
  • Teguhkan permukaan kulit
  • Baik untuk kulit, tulang, kuku dan sendi

Jika berminat, anda boleh order dari Lazada dengan mengklik gambar di atas.

Kesimpulan

Kesimpulannya, penggunaan kolagen adalah meluas di seluruh dunia dan populariti ini bukanlah di atas dasar pemasaran sahaja, malah telah dibuktikan dengan testimoni-testimoni positif daripada para pengguna.

Secara keseluruhan, penggunaan kolagen adalah lebih kepada kecantikan wajah, namun ia juga boleh memberikan kesan yang baik kepada kuku, rambut dan kesihatan umum.

Terdapat banyak produk yang berasaskan kolagen yang terdapat di pasaran sekarang dan anda hanya perlu memilih yang berkualiti untuk mendapatkan kesan yang mujarab dan untuk mengelakkan daripada mengalami masalah alahan.

Adakah anda pengguna kolagen? Adakah ia memberikan kesan yang positif kepada anda? Sila kongsikan pengalaman anda di bahagian komen di bawah.

Sekian~~