Reviu Huawei MediaPad M2 10.0 – Persaingan iPad Air?

Huawei MediaPad M2 10.0 ingin menjadi seperti iPad tetapi dikeluarkan oleh syarikat China dan harganya lebih murah.

Huawei MediaPad M2 merupakan satu tablet besar yang boleh dikatakan sebagai satu langkah dari syarikat China ini untuk bertanding dengan Apple dan Samsung dalam pasaran tablet.

Bila dilihat dari bahagian sisi, tablet Android berukuran 10 inci ini nipis dan ringan. Dengan reka bentuk perbuat daripada aluminum, ia sememangnya sedang bertanding dengan Apple iPad Air 2, dan kelihatan lebih baik berbanding dengan Samsung Galaxy Tab S2.

Tablet ini memuatkan 4 speaker, membuatkannya tidak senipis atau seringan iPad. Ia juga menggunakan Android versi lama, bukannya terbaru.

Tetapi disebalik harga yang murah, ada juga fungsi yang menarik seperti kebolehan split screen, yang buat masa ini hanya ada pada iPad dan tablet Samsung.

Reka Bentuk MediaPad M2

reka bentuk Huawei MediaPad M2 10.0

MediaPad M2 10.0 kelihatan seperti iPad (aluminum) dengan sedikit pengubahsuaian. Model dari Huawei ini menggunakan aluminum aloi, dengan lengkungan sisi besi yang cantik.

Ia nampak macam mahal, seperti tablet dari Apple, tetapi tidak semahal Apple.

Speakernya pula agak baik, bunyi kuat. Ia dikuasai dengan teknologi audio oleh Harman Kardon.

Apa yang sedikit kelainan pada model tablet ini adalah kedudukan volume rocker dan power button – di bahagian atas. Berbeza dengan tablet yang lain, jika anda berminat untuk mendapatkan tablet Huawei ini, anda kena mencuba dahulu sebelum membeli.

Spesifikasi Huawei MediaPad M2 10.0

Huawei MediaPad M2 10.0 mempunyai rangka setebal 7.35mm, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Jika dibanding dengan iPad Air 2 yang hanya setebal 6.1mm, masih tidak jauh sangat bezanya.

Soal skrin pula, Huawei mempunyai 10.1 inci skrin yang menggunakan HD IPS dengan resolusi sebesar 1920 x 1200. Beratnya pula adalah 490g.

Disebalik skrin paparan ini, terdapat prosesor Hisilicon Kirin 930, 2.0Ghz dan 3GB RAM – yang sudah pasti multitasking dan game tiada masalah untuk dilancarkan.

Berkaitan dengan bateri pula, Huawei MediaPad M2 ini dilengkapi dengan 666omAh bateri, yang biasanya boleh bertahan paling lama pun sehari, namun ia bergantung atas penggunaan.

Model ini dilengkapi dengan dua kamera, satu di hadapan (5MP) dan di belakang (13MP) beserta autofokus, flash dan f/2.0 aperture.

Walaupun ia berasaskan kepada Android, ia tidak menggunakan Marshmallow, sebaliknya menggunakan Lollipop.

Harga Huawei MediaPad M2 10.0

Huawei MediaPad M2 10.0 sudah dilancarkan di Malaysia, dan sudah boleh didapati di Lazada Malaysia dengan harga RM1349.

Dengan model tersebut anda mendapat 4G LTE dengan 3GB RAM dan 32GB memori. Walaupun begitu, Huawei turut menyediakan beberapa configurasi model yang lebih murah – ram dan memori yang lebih rendah, tiada fungsi 4G LTE.

Jika anda membeli tablet ini melalui link ini, anda boleh mendapat 5% diskaun dengan pembelian.

Kesimpulan

Tablet Huawei MediaPad M2 10.0 ini merupakan satu tablet bajet yang sangat berbaloi jika disuaikan dengan apa yang anda dapat – fungsi, prosesor, skrin dan bateri.

Reka bentuknya juga tidak mengecewakan. Walaupun model ini tidak terlepas daripada kelemahan, namun ia masih dikira berbaloi untuk dimiliki.

Harap artikel ini memberikan manfaat kepada anda.

Sekian~

Leave a Comment