Cara Merawat Buasir Yang Boleh Menyelamatkan Anda

Buasir, ataupun juga dikenali sebagai Hemorrhoids merupakan satu penyakit yang merujuk kepada pembesaran urat sama ada di luar ataupun di dalam dubur. Ia disebabkan oleh peningkatan tekanan pada urat pelvik dan rektal. Ia juga berkait dengan sembelit dan cirit-birit.

Simptom yang biasa sakit buasir ini adalah pendarahan ketika sedang membuang air besar. Anda boleh didapati darah tersebut pada tisu yang anda gunakan, sekitar najis mahupun di dalam mangkuk tandas. Buasir juga boleh menyebabkan kegatalan dan kesakitan.

Buasir juga boleh berlaku sekiranya anda seorang yang lebih berat badan, terlebih mengangkat barangan yang berat, dan sedang hamil. Ketika hamil, buasir berlaku kerana terdapat tekanan yang lebih ke atas urat.

Dalam artikel ini, saya akan mendedahkan beberapa cara dan petua merawat buasir untuk dijadikan amalan.

Ingin mengetahui bagaimana untuk merawat buasir dengan berkesan? Ikuti artikel ini di bawah:

Bahagian #1: Merawat Buasir Secara Tradisional

Buasir ini sudah lama, bukannya penyakit yang baru timbul. Oleh itu, terdapat beberapa cara merawat buasir ini secara tradisional. Ketahui antara yang disarankan:

1. Tentukan Anda Betul-Betul Mendapat Buasir

Nak kenal pasti sama ada mendapat buasir senang sahaja. Semasa anda membuang air besar, anda akan merasakan sakit dan disertai dengan darah. Anda boleh memeriksa mangkuk tandas anda untuk pastikan darah tersebut. Dubur orang yang mempunyai buasir biasanya akan bengkak.

2. Mandi Air Panas

Air yang panas boleh melegakan sedikit buasir tersebut. Sebaik-baiknya anda berendam di dalam tab air panas untuk beberapa minit, 3 kali setiap hari. Ia boleh melegakan rasa sakit buasir.

3. Letakkan Kain Panas

Dapatkan kain yang bersih, lembapkan dengan air suam (bukan air panas). Letakkan kain tersebut secara terus di atas buasir anda untuk 10-15 minit. Ulangi langkah tersebut sebanyak 3-4 kali setiap hari.

4. Kurangkan Sembelit dengan Astringen

Anda boleh menggunakan pad kapas yang dicelup di dalam witch hazel, ia bertindak sebagai astringen dan boleh mengurangkan kesan bengkak. Ulangi langkah-langkah tersebut sekurang-kurangnya 4-5 kali setiap hari.

5. Bersihkan Dengan Sempurna

Selepas anda membuang air besar, dinasihatkan bahawa anda membersihkan bahagian dubur anda dengan sempurna mengelak daripada berlakunya kerengsaan. Basuhlah dengan sabun disusuli dengan air yang bersih. Anda juga boleh menggunakan baby wipes (untuk mengelap dubur).

6. Guna Pek Ais

Pek ais dapat mengurangkan buasir anda yang bengkak, tetapi tidak boleh dibiarkan untuk jangka masa yang terlalu lama. Anda dinasihatkan untuk meletakkan pek ais hanya untuk selama 5-10 minit setiap kali guna.

7. Duduk Di Atas Tempat yang Lembut

Sebaiknya, duduklah di tempat duduk yang tidak kasar atau keras. Dapatkan kusyen yang lembut untuk duduk – ia boleh melegakan tekanan ke atas urat anda. Walaupun cara ini tidaklah dianggap sebagai satu cara merawat, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan anda.

Bahagian #2: Ubah Gaya Hidup

Penyakit buasir ini juga berlaku disebabkan oleh gaya hidup yang tidak elok. Oleh itu, anda hendaklah ubah gaya hidup yang lebih sihat.

1. Elakkan Tekan Terlalu Kuat

Semasa membuang air besar, elakkan daripada mengerang terlalu kuat. Biarkan ia berlaku secara semula jadi. Jika tidak keluar, berikan sedikit tekanan, tetapi jangan terlalu kuat.

2. Kekal Hidrat

Tingkatkan pengambilan air masak sekurang-kurangnya 8-10 gelas setiap hari. Sebih semakin baik. Najis mengandungi banyak kandungan air, dan semakin banyak air yang ia kandung, semakin mudah untuk dikeluarkan.

3. Tambahkan Pengambilan Serat

Serat boleh memudahkan anda membuang air besar, hal ini kerana serat boleh mengekalkan kandungan air di dalam najis, lantas menjadikannya lembut. Dalam kes buasir ini, ia boleh mengurangkan kesakitan. Anda boleh dapatkan serat yang banyak dengan memakan:

  • Buah-buahan, seperti pisang
  • Sayur-sayuran, seperti lobak dan salad
  • Kekacang

4. Elakkan Laxative

Laxative boleh melemahkan usus, dan boleh membawa kepada sembelit yang teruk. Jika anda rasakan anda perlu menggunakan laxative juga, anda boleh memilih untuk menggunakan laxative jenis herba.

Antara pilihan yang anda boleh menggunakan adalah Senna dan Psyllium.

5. Kerapkan Bersenam

Senaman ataupun bersukan boleh menggalakkan pergerakan usus anda. Ia secara tidak langsung membantu proses membuang air besar nanti.

6. Jangan Tunggu

Jangan tunggu terlalu lama jika anda rasa untuk membuang air, adalah baik jika anda terus ke tandas sebaik sahaja merasakan. Menahan boleh memburukkan keadaan lebih-lebih lagi jika anda ada buasir.

7. Membuang Air Secara Konsisten

Jika boleh, buatlah jadual bila anda akan ke tandas untuk membuang air besar. Sebagai contoh, setiap kali selepas sarapan pagi, ataupun selepas meminum secawan kopi sebelah pagi dan sebagainya. Dengan membiasakan diri setiap hari, badan anda akan lebih peka dan memudahkan anda untuk membuang air besar nanti.

Bahagian #3: Gunakan Ubat

Apa-apa jenis penyakit pun, perlulah disusuli dengan pengambilan/penggunaan ubat yang tepat untuk mendapatakan hasil yang memuaskan. Berikut adalah beberapa cadangan ubat yang anda boleh guna untuk menyembuhkan penyakit buasir.

1. Guna Krim/Gel Untuk Gatal

Cuci kawasan dubur anda dengan perlahan-lahan dengan menggunakan air suam,kemudian keringkan dengan kain. Kemudian, sapukan sedikit gel aloe vera ataupunmana-mana ubat seperti Preparation H untuk membantu mengurangkan kesakitanbuasir. Sapukan dengan kadar yang anda rasa sesuai.

2. Ambil Ubat Tahan Sakit

Jika anda berasa tersangat sakit dan tidak selesa, anda boleh menggunakan ubattahan sakit seperti acetaminophen, aspirin ataupun ibuprofen. Ia boleh melegakanbengkak itu. Seperti biasa, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor untukmemastikan anda selamat mengambil sebarang ubat-ubatan yang anda tidak biasaambil sebelum ini.

3. Pembedahan

Sekiranya buasir anda tidak bertambah baik, anda mungkin perlukan rawatanpembedahan. Antara pembedahan yang boleh dilakukan adalah:

  • Ligation: Ikat gelang getah di pangkal buasir untuk berhentikan peredaran darah.Suntikan satu bahan kimia yang dicipta untuk mengecutkan buasir.
  • Hemorrhoid stapling: Peredaran darah di berhentikan.
  • Hemorrhoidectomy: Pembedahan untuk keluarkan buasir tersebut.

Amaran

Jika perdarahan rektal bukan berpunca daripada buasir, doktor anda akanmencadangkan ujian susulan yang dikenali sebagai sigmoidoscopy ataupun colonoscopy. Hal ini kerana perdarahan itu juga salah satu simptom kanser kolon.

Kesimpulan

Semua penyakit pasti ada cara untuk merawatnya, termasuklah penyakit buasir ini. Harap artikel ini membantu.

Sekian~

Leave a Comment