10 Khasiat Madu Lebah Asli Yang Menakjubkan

Madu mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan kita dan sudah digunakan dalam bidang perubatan sejak turun-temurun lagi. Madu mengandungi bahan antibakteria dan antifungal, bahan ini digunakan oleh orang Mesir Purba dalam bidang perubatan.

Khasiat madu sudah dibuktikan secara saintifik dan praktikal untuk kesihatan badan. Selain ianya manis enak, madu juga boleh membekalkan anda dengan nutrisi yang penting untuk badan anda.

Dalam artikel ini, anda akan didedahkan kepada 10 khasiat madu lebah asli kepada kesihatan badan dan kulit wajah anda.

10 khasiat madu lebah asli

1. Meningkatkan Daya Ingatan

Madu mengandungi kadar antioksida yang tinggi yang mana boleh mengurangkan kerosakan sel di dalam otak. Satu kajian pada tahun 2011 membuktikan bahawa satu sudu madu boleh meningkatkan daya ingatan bagi perempuan putus haid. Kajian ini memberikan satu petunjuk kepada rawatan alternatif bagi orang yang lemah daya ingatan.

Setelah 4 bulan pengambilan madu sebanyak 20 gram setiap hari, prestasi daya ingatan wanita lebih baik berbanding dengan wanita yang mengambil pil hormon.

Madu boleh meningkatkan kebolehan badan dalam menyerap kalsium, secara tidak lansung membantu kesihatan otak. Otak memerlukan kalsium dalam memproses fikiran dan membuat keputusan.

2. Pembekal Pelbagai Nutrisi

Madu boleh menjadi sumber nutrisi harian anda yang sempurna – satu dudu teh mengandungi 17 gram karbohidrat!

Madu mengandungi fruktosa dan glukosa, iaitu sejenis gula yang boleh diserap masuk di dalam badan secara terus tanpa perlu diproses. Hal ini secara tidak lansung boleh membekalkan tenaga dengan cepat. Peningkatan kadar gula dalam darah boleh memberikan tenaga kepada badan, sangat sesuai untuk tugas-tugas berat ataupun bersukan.

Ahli sukan olympic pada zaman dahulu dipercayai bahawa mereka mengambil madu dan buah ara untuk meningkatkan prestasi mereka.

3. Menghilangkan Batuk

Pengambilan madu semasa batuk sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, ia berkesan!

Cara-cara pengambilannya sangat mudah, anda hanya perlu mengambil dua sudu teh madu setiap hari, kekerapannya bergantung kepada tahap bantuk anda.

Dalam satu kajian yang dibuat pada tahun 2012 oleh jurnal Pediatrics ke atas kanak-kanak berumur 1 dan 5 tahun, membuktikan bahawa kanak-kanak yang mengambil madu sebelum tidur lebih cepat untuk sembuh dari penyakit batuk.

Kenapa dan bagaimana madu boleh merawat batuk?

Madu yang pekat boleh membantu melindungi saluran tekak, manakala rasanya yang manis dipercayai boleh mengurangkan rasa ingin batuk. Selain batuk, madu juga berpotensi merawat penyakit yang berkaitan dengan tekak yang lain.

Oleh kerana madu sangat berkesan dalam mengatasi masalah batuk, kebanyakan produk ubat batuk komersial yang anda boleh dapati di pasaran ini mengandungi madu. Sebangai contoh, Hurix’s Sirap Ubat Batuk Gamat & Madu Plus.

Read More : 4+ Petua Hilangkan Batuk Dengan Cepat

4. Bantu Anda Untuk Tidur

Madu boleh membantu anda untuk tidur. Seperti gula, madu boleh meningkatkan kadar insulin dan mengeluarkan serotonin – satu jenis neurotransmitter yang boleh memperelok mood dan perasaan seseorang.

Badan akan menukarkan serotonin tersebut kepada melatonin, sejenis bahan kimia yang boleh menggalakkan kualiti tidur seseorang.

5. Menghilangkan Kelemumur

Satu kajian pada tahun 2001 yang diterbitkan dalam Jurnal Medical Research mendapati bahawa madu boleh menghilangkan masalah kelemumur.

Cara-caranya adalah:
1. Sapu madu lebah yang cair pada permukaan kulit kepala.
2. Biarkan selama 3 jam.
3. Bilas dengan air bersih.
4. Amalkan setiap hari, anda akan mendapat kesan dalam masa seminggu.

Pada masa yang sama, anda akan dapati bahawa rambut anda akan semakin sihat, kerana punca kepada masalah kepala anda sudah tiada.

Madu mengandungi sifat antibakteria dan antifungal, ia boleh merawat seborrheic dermatitis dan kelemumur, yang sering kali dikaitkan dengan pertumbuhan fungus.

6. Merawat Luka dan Kesan Terbakar

Selain memberikan kebaikan pada bahagian dalam badan, madu juga boleh memberikan kebaikan kepada luaran badan.

Madu boleh digunakan untuk merawat luka-luka dan kesan terbakar dengan membunuh bakteria seperti methicillin. Satu kajian pada tahun 2005 yang diterbitkan oleh British Journal of Surgery mendapati bahawa luka dan ulser lebih cepat sembuh dengan menyapu madu pada permukaan tempat berkenaan.

Selain itu, madu juga boleh mengelakkan daripada berlakunya masalah gangguan gastrousus dalam badan.

Perkara ini sudah diamalkan oleh orang dahulu lagi (2,000 tahun dahulu) untuk merawat luka-luka dan beberapa masalah kulit yang lain.

7. Mencegah Kanser dan Masalah Jantung

Madu mengandungi flavonoids, iaitu sejenis antioksida yang boleh mengurangkan risiko sesetangah kanser dan masalah jantung. Kanser berlaku atas banyak sebab, salah satunya adalah kerana kandungan radikal bebas yang banyak di dalam badan.

Salah satu cara untuk melawan radikal bebas adalah dengan mengambil makanan yang mengandungi kadar antioksida yang tinggi – iaitu madu!

8. Mengawal Kadar Gula Dalam Darah

Walaupun madu mengandungi gula, ia bukanlah sama seperti gula biasa ataupun pemanis yang anda sering guna. Ia merupakan gabungan glukosa dan fruktosa yang mana boleh mengawal kadar gula dalam darah anda.

Oleh kerana itu, madu sesuai untuk diambil walaupun orang tersebut penghidap kencing manis (diabetes) – dalam pengambilan yang terkawal.

9. Probiotik

Sesetang madu mengandungi bakteria baik dengan kadar yang banyak. Ini termasuklah 6 jenis lactobacilli dan 4 jenis bifidobacteria. Probiotik dan prebiotik merupakan bahan yang boleh membantu sistem penghadaman dengan membekalkan bakteria baik semasa pencernaan.

Oleh itu, anda dicadangkan untuk mengambil madu sebelum ataupun selepas mengambil makanan berat untuk memudahkan proses pencernaan dan penyerapan nutrisi dalam badan.

10. Kulit Yang Lebih Sihat

Madu mengandungi anti bakteria yang banyak, dan boleh membantu mencantikkan kulit muka (jika digunakan bersama bahan-bahan yang lain). Oleh kerana itu, sudah banyak produk-produk kecantikan sekarang mengambil khasiat yang terdapat di dalam madu untuk dijadikan salah satu bahan aktif di dalam produk mereka.

Dan hasilnya sangat memberansangkan kepada pengguna. Jika anda ingin berjimat, tidak mahu membeli produk kecantikan yang mahal, anda boleh jadikan madu sebagai mask muka! Cara-caranya amatlah mudah, anda hanya perlu menyapu madu di permukaan muka anda dan biarkannya untuk seketika. Kemudian bilas dengan air yang bersih.

Anda akan rasa kulit anda semakin licin dan bersih. Selain itu, keadah ini sesuai digunakan bagi orang yang mengalami masalah jerawat.

Read More : 4 Cara Melicinkan Kulit Muka Yang Anda Kena Tahu

Amaran!

Walaupun madu mengandungi banyak khasiat kepada anda, namun ianya tidak bagi bayi bawah 12 bulan. Sesetengah madu yang sudah dicemari mengandungi spora daripada bakteria Clostridium botulinum yang tidak baik untuk bayi. Akibatnya, bayi akan mengalami masalah pernafasan. Bakteria tersebut boleh memberikan kesan
toksin kepada badan.

Mayo Clinic mencadangkan tidak memberikan madu kepada bayi sehingga mencecah umur 12 bulan — sehingga mereka mempunyai sistem penghadaman yang baik seperti kanak-kanak dan orang dewasa.

Produck Cadangan – New Zealand Raw Unblended Manuka Honey

Salah satu cara untuk mendapatkan khasiat madu dengan sempurna adalah dengan mengamalkan memakan madu yang tidak diolah ataupun ditambah dengan bahan yang lain. Salah satu produk yang saya boleh cadangkan kepada anda adalah New Zealand Raw Manuka Honey.

Anda boleh dapatkannya dari Lazada Malaysia.

Kesimpulan

Madu mempunyai banyak khasiat, dan satu-satu cara untuk mendapatkan khasiat tersebut adalah dengan mengamalkan pengambilannya. Madu amat sesuai kepada semua peringkat umur dan tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Semoga anda mendapat faedah membaca artikel ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan ataupun ingin berkongsikan sesuatu tentang madu, silalah berbuat demikian di bahagian komen di bawah.

Sekian.

Leave a Comment