15 Khasiat Cuka Epal (Anda Akan MENYESAL Jika Tidak Tahu)

khasiat cuka epal

Cuka epal mempunyai banyak khasiat. Ia digunakan dalam pelbagai situasi termasuklah dalam rawatan demam selesema. Bahkan, terdapat juga orang mengaplikasikan cuka epal untuk merawat kencing manis, masalah sakit jangtung, kolestrol tinggi, masalah berat badan dan pencegah kanser.

Artikel ini dimuatkan dengan:

  • 15 Kebaikan Cuka Epal
  • Kesan Sampingan
  • Tips Tambahan
  • Amaran

Bersedia? Okay jom ketahui khasiatnya dengan lebih lanjut di bawah.

15 Khasiat Cuka Epal

 

Ketahui khasiat-khasiat cuka epal ini dengan lebih lanjut di bawah:

1. Membantu Masalah Perut

Hirup sedikit cuka epal yang dicampurkan dengan air. Jika masalah sakit perut anda berpunca daripada jangkitan kuman, cuka epal boleh melawannya. Hal ini kerana cuka epal mempunyai kandungan antibiotik dan pectin yang mana boleh melegekan masalah usus.

2. Menghilangkan Tersedu

Tersebu sangat mengganggu anda, lebih-lebih lagi jika anda tidak tahu bagaimana untuk menghilangkannya.

Ambil satu sudu teh cuka epal dan minumnya. Rasa masam boleh menghilangkan tersedu – ia merangsang saraf otak.

3. Melegakan Sakit Tekak

Jika anda merasakan tidak selesa dengan tekak anda dan merasakan anda akan mendapat sakit tekak, ambil cuka epal. Ia mengandungi tahap asid yang lebih tinggi dan kebanyakan kuman tidak boleh dihidup dalam keadaan tersebut.

Campurkan 1/4 cawan dengan cuka epal dan 1/4 dengan air suam. Kemudian, berkumur dengannya setiap sejam ataupun 2 jam.

4. Mengurangkan Kadar Kolestrol

Walaupun penemuan ini perlukan lebih banyak kajian, namun pada tahun 2006 penyelidik menemui bahawa asid asetik yang terdapat di dalam cuka boleh mengurangkan kolestrol di dalam badan tikus makmal.

Dan, satu kajian yang dijalankan di Jepun mendapati bahawa orang yang mengambil 15 gram cuka epal setiap hari boleh mengurangkan tahap kolestrol bagi orang yang terlibat dalam kajian di dalam kajian tersebut.

5. Mengelakkan Masalah Penghadaman

Hirup sedikit cuka epal sebelum makan, terutama jika anda akan makan makanan yang banyak. Cuba ini: tambah 1 sudu teh madu dan 1 sudu cuka epal ke dalam satu gelas air suam. Kemudian minum 30 minit sebelum anda makan.

6. Melegakan Hidung Tersumbat

Lain kali, apabila hidung anda tersumbat, dapatkan cuka epal. Ia mengandungi potassium, yang boleh mengurangkan mukus/hingus. Asid asetik yang terdapat di dalam cuka pula boleh membantutkan pertumbuhan bakteria.

Campurkan satu sudu teh cuka epal di dalam satu gelas air. Kemudian, minum air tersebut untuk melegakan hidung tersumbat anda.

7. Membantu Mengurangkan Berat Badan

Cuka epal boleh membantu anda dalam mengurangkan berat badan, cuma anda perlu tahu bagaimana untuk memanfaatkannya.

Asid asetik boleh mengurangkan selera dan meningkatkan metabolisma badan. Saintis juga mengganggap bahawa cuka epal boleh mengurangkan penghadaman dan penyerapan kalori ke dalam badan.

Mahukan menurunkan berat badan? Apa kata anda cuba ubat kurus, ketahui produk-produk yang berkesan di sini.

8. Menghilangkan Kelemumur

Dalam laman web rasmi Dr Oz, beliau ada mencadangkan anda menggunakan cuka epal sebagai salah satu kaedah merawat masalah kelemumur.

Tahap asid yang terdapat pada cuka epal boleh mengubah pH pada kulit kepala anda, membuatkannya sukar bagi yis untuk tumbuh.

Campurkan 1/4 cawan cuka epal dengan 1/4 cawan air. Sapukan air campuran tersebut di kulit kepala anda, biarkannya selama 15-60 minit. Kemudian bilas dengan air. Amalkannya sebanyak 2 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Mahukan maklumat yang lebih lanjut dalam menangani masalah kelemumur, sila baca artikel ini.

9. Menghilangkan Jerawat

Cuka epal boleh menjadi toner semulajadi yang membantu kulit anda lebih sihat. Sifat-sifat antibakterianya boleh membantu anda mengawal jerawat, dan asid malik dan laktik yang terdapat dalam cuka epal boleh melembutkan dan exfoliate kulit.

Pada masa yang sama ia boleh mengurangkan kesan bintik-bintik merah dan menstabilkan pH pada kulit dan wajah anda.

Ketahui petua-petua menghilangkan jerawat dengan berkesan di sini.

10. Membekalkan Tenaga

Senaman, bersukan dan kerja-kerja yang berat boleh meningkatkan penghasilan asid laktik di dalam badan, membuatkan anda rasa letih.

Apa yang menarik adalah, asid amino yang terdapat di dalam cuka epal boleh bertindak sebagai antidot kepada situasi ini. Pada masa yang sama, potasium yang terdapat di dalam cuka boleh melegakan rasa letih dan lemah badan.

Jadi, lain kali anda rasa penat dan letih, tambahkan satu sudu teh (atau dua) cuka epal ke dalam satu gelas air. Kemudian minum.

11. Mengurangkan Kekejangan Kaki (pada waktu malam)

Kekejangan kaki menunjukkan bahawa anda kurang kadar potasium di dalam badan. Memandangkan cuka epal mengandungi kandungan potasium yang tinggi, apa kata anda menggunakannya untuk melegekan kekejangan anda.

Satu petua mencadangkan anda mencampurkan 2 sudu teh cuka epal dan satu sudu teh madu ke dalam satu gelas air suam. Kemudian minum campuran tersebut untuk melegakan kekejangan kaki anda, terutama pada waktu malam.

loading...

12. Menghilangkan Bau Mulut

Jika anda kerap menggosok gigi dan berkumur dengan Listerine, tetapi masalah bau mulut anda masih tidak hilang, cubalah pula dengan cuka epal. Berkumur dengan cuka epal ataupun minum satu sudu teh untuk membunuh bakteria yang menyebabkan masalah bau mulut tersebut.

14. Memutihkan Gigi

Berkumur dengan cuka epal setiap pagi. Cuka membantu menghilangkan noda dan memutihkan gigi. Pada masa yang sama membunuh bakteria di dalam mulut, gigi dan gusi.

Kemudian, gosok gigi seperti biasa setelah anda berkumur itu. Anda juga boleh menggunakan baking soda jika anda mahu untuk memutihkan gigi –  baca langkah-demi-langkah di sini.

14. Mencepatkan Penyembuhan Luka

Cuka epal mempunyai sifat anti-inflamatori, ianya boleh mencepatkan proses penyembuhan luka-luka yang kecil. Pada masa yang sama, cuka epal juga boleh mengelakkan daripada dijangkiti oleh kuman.

15. Mengawal Kadar Gula Dalam Darah

Beberapa teguk cuka epal boleh membantu mengawal kadar gula di dalam darah, mengikut beberapa kajian terdapat kaitan di antaranya.

Satu kajian ke atas orang yang menghidap kencing manis tahap 2 yang tidak mengambil insulin di dapati mengambil 2 sudu teh cuka epal sebelum tidur boleh mengurangkan kadar gula pada waktu paginya.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Arizona menjumpai bahawa orang yang meminum campuran cuka epal dengan air sebelum makan makanan yang tinggi kadar karbohidratnya mempunyai kadar gula dalam darah yang lebih rendah kemudiannya.

Ahli saintis beranggapan bahawa kesan antiglycemic dari asid tersebut adalah kunci kepada hasil kajian ini.

Kesan Sampingan

Setakat artikel ini ditulis, cuka epal tidak mendatangkan kesan sampingan (jika di ambil dengan kadar yang betul), hal ini kerana cuka epal dihasilkan dengan 100% bahan semula jadi tanpa olahan dan tambahan bahan kimia yang berbahaya. Oleh itu, anda tidak perlulah risau.

Tips Tambahan

Anda tidak perlu menunggu dapat masalah kesihatan, barulah menggunakan cuka epal ini. Sebaliknya, anda boleh memasukkannya ke dalam banyak jenis masakan yang anda biasa makan.

Anda boleh menggunakannya untuk salad, mayonis dan lain-lain.

Sesetengah orang akan meminum campuran cuka epal dengan air. Dos yang dicadangkan adalah 1-2 sudu teh (5-10ml) sehingga 1-2 sudu besar (15-30ml) setiap hari.

Amaran

Jangan melebihi dos yang dicadangkan untuk mengelakkan masalah yang boleh memburukkan keadaan.

Saya tidak galakkan anda mengambil cuka epal dalam bentuk kapsul ataupun pil, kerana kandungannya agak diragui.

Kesimpulan

Secara ringkas, cuka epal ini mempunyai banyak kebaikan dan khasiat, bukan sahaja kepada kesihatan, bahkan kepada kecantikan juga.

Oleh itu, adalah rugi bagi kita jika tidak memanfaatkan maklumat ini. Harap artikel ini membantu anda dalam apa jua situasi dan selamat mencuba!

Sekian~

4 Semua Maklum Balas

  1. setiap artikel sememangnya ditulis dengan menarik. akan tetapi bagaimana pula akan kesahihannya?
    Jika punya bukti seperti pengguna yang sudah berjaya yang boleh dihubungi@seperti ygang diberituhu “oleh pakar2/Dr/Profesor.etc”minta tolong metionkan namanya.. bagi mengelakkan ragu2..

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here