Tips dan Cara Cepat Hamil Yang Para Bakal Ibu Perlu Tahu

Anda mungkin mendapat tips dan cara-cara untuk cepat mendapat zuriat daripada kawan-kawan dan ibu, namun bukannya semua membuahkan hasil.

Dalam artikel ini, kami akan memberikan serba sedikit panduan yang boleh dititik beratkan jika anda mahu cepat-cepat mengandung dam ingin mendapatkan anak.

Artikel ini adalah berdasarkan rujukan daripada laman web yang autoriti seperti WebMD dan Wikihow, harap ianya membantu.

Langkah #1: Membuat Persediaan Lebih Awal

Salah satu cara yang berkesan untuk cepat hamil adalah bermula dengan persediaan. Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan peratusan untuk menjadi hamil. Antaranya:

1. Berhenti Menggunakan Birth Control

Sebaiknya adalah dengan berhenti menggunakannya dengan lebih awal. Hal ini kerana pengambilan pil boleh mengubah kitaran haid anda, walaupun sudah tidak mengambilnya – kesannya boleh berpanjangan.

2. Berhenti Merokok

Jika anda seorang perokok, adalah terbaik bagi anda untuk berhenti merokok sebelum merancang untuk mendapatkan anak. Amalan merokok boleh menjejaskan tahap kesuburan anda dan menjejaskan anak dalam kandungan.

Pada masa yang sama, amalan tersebut boleh menyebabkan anda putus haid (menopause) dengan lebih cepat.

Dan, pasangan anda juga perlu berhenti merokok. Amalan tersebut boleh mengurangkan kadar penghasilan air mani. Perkara ini sama juga akan berlaku kepada secondhand smoking.

Read More: 4 Langkah & Cara Berhenti Merokok Paling Berkesan

3. Ambil Vitamin

Pengambilan vitamin banyak membantu tahap kesuburan bagi perempuan mahupun lelaki. Selain memberikan anda tahap kesihatan yang stabil, vitamin juga boleh mencegah anda daripada mudah dijangkiti dengan bakteria dan penyakit-penyakit.

Berikut adalah serba sedikit olahan tentang kebaikan vitamin:

Vitamin C – melindungi DNA di dalam air mani daripada rosak dan membantu menambahkan kuantitinya

Vitamin E – meningkatkan tahap kesuburan bagi kedua-dua pasangan. Pada masa yang sama boleh meningkatkan kekuatan air mani, kerana terdapatnya anti oksida.

Asid Folik dan vitamin B – membantu kesihatan bayi dalam kandungan. B6 boleh meningkatkan tahap kesuburan wanita dan B12 boleh membantu meningkatkan penghasilan air mani bagi lelaki.

Selain vitamin yang dinyatakan di atas, anda juga digalakkan untuk mengambil zat besi, zink, potassium, vitamin A, vitamin D dan lain-lain.

Antara cara yang mudah untuk mendapatkan semua vitamin dan nutrisi yang dinyatakan adalah dengan mengambil pil supplement mutivitamin.

Anda boleh dapatkan Blackmores Multivitamin dari Lazada.com.my

4. Dapatkan Berat Badan Yang Optimum

Masalah berat badan berlebihan boleh memberikan kesan yang negatif kepada kesihatan anda, dan juga kepada potensi anda untuk mengandung. Satu kajian membuktikan bahawa orang yang mempunyai masalah obesiti mengalami masalah semasa pengecutan.

Doktor biasanya akan nasihatkan orang yang mengalami berat badan untuk mengurangkan berat badannya terlebih dahulu. Dan bagi orang kurang berat badan pula, ia boleh mengurangkan kadar kesuburan pula.

Apa yang terbaik adalah berat badan yang normal. Tapi bagaimana untuk tahu berat badan kita normal ataupun tidak? Mudah, anda perlu menilainya dengan ukuran Body Mass Index (BMI).

Jika anda mempunyai berat badan yang normal, kekalkannya dengan mengamal diet yang seimbang dan berkhasiat. Tambahkan menu ikan adalah langkah yang terbaik!

5. Jumpa Doktor

Bila anda mula rasa untuk mempunyai anak, adalah baik jika anda dapatkan nasihat doktor pakar, mereka boleh memberikan nasihat yang paling baik dalam situasi anda.

Doktor mungkin akan memeriksa tahap kesihatan anda, rujuk rekod kesihatan dan lain-lain untuk memastikan anda boleh mengandung tanpa sebarang masalah.

Mereka juga boleh memberikan cadangan vitamin, pemakanan yang khusus kepada anda. Mereka mungkin akan menasihatkan anda untuk berhenti daripada pengambilan sesuatu (seperti ubat-ubatan, kerana sesetengah boleh memberikan kesan kepada kandungan).

6. Kurangkan Pengambilan Kafein

Anda penggemar kopi, teh ataupun mana-mana minuman yang mengandungi kafein? Jika ya, anda perlu kurangkan ataupun berhenti daripada pengambilnya.

Kafein tidak menghalang anda daripada mengandung, namun pengambilannya secara banyak boleh menyebabkan masalah kesuburan.

Jadi, sebelum ia merosakkan rancangan anda, lebih baik anda merancang pengambilan minuman berkafein tersebut.

Pengambilan satu cawan kopi pada waktu pagi dan satu cawan teh pada sebelah petang sudah memadai.

7. Jaga Kesihatan Pasangan

Selain menjaga kesihatan anda, pasangan juga perlu memainkan peranan yang sama.

Seperti mana anda, pasangan juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan haruslah sentiasa bersenam untuk kekal sihat dan cergas. Pengambilan multivitamin sangatlah digalakkan untuk meningkatkan kadar penghasilan air mani.

Mereka juga haruslah pandai dalam mengawal masalah stress ataupun tekanan, kerana perkara tersebut boleh menjejaskan kesihatan lelaki. Lantas menyebabkan penghasilan air mani berkurangan.

Sebagai seorang isteri, anda seharusnya pandai melayan suami agar emosi mereka dalam keadaan yang stabil.

Mungkin artikel ini boleh membantu: Cara-Cara Berhadapan Dengan Masalah Stress

Langkah #2: Pengiraan Kitaran Haid

kira kitaran haid

Setelah anda merancang, seterusnya anda perlu tahu bagaimana untuk mengira kitaran haid anda. Kitaran berbeza setiap orang dan ianya terikat dengan faktor hormon wanita itu sendiri, oleh itu anda kena tahu dan pandai untuk mengaplikasinya.

1. Tahu Bila Anda Akan Haid

Merancang melakukan hubungan kelamin sejajar dengan kitaran haid boleh meningkatkan peratus anda untuk mengandung. Air mani boleh hidup selama 5 hari di dalam badan, jadi adalah terbaik jika anda membuat hubungan seks 2 hari sebelum anda mengalami ovulasi.

Anda boleh mengetahui kitaran haid anda dengan melakukan pengiraan. Lagi mudah, dapatkan aplikasi kitaran haid dalam android ataupu ios, ia boleh membantu anda melakukan pengiraan dan memberitahu anda bila masanya yang sesuai.

2. Dapatkan Kit Ovulasi (Ovulation Kit)

Kit tersebut boleh meramal pengeluaran ovum sehari sebelum. Ia menggunakan kaedah yang sama seperti ujian kehamilan. Namun, harganya agak mahal bagi sesetengah orang, jadi kenalah pandai-pandai pilih.

Kit tersebut akan menguji kandungan hormon yang dikenali sebagai luteinizing hormone (LH) di dalam air kencing. Ianya bukanlah 100% tepat, oleh itu anda perlulah juga menggunakan kaedah pengiraan.

Sila lihat: CTO Ovulation Fertility + Early Pregnancy Test Strips Kit

3. Periksa Mukus Serviks (Cervical Mucus)

Apabila anda menghampiri ovulasi, kadar mukus serviks anda akan meningkat. Anda akan perasan bahawa ada cecair putih yang licin pada bahagian serviks.

Perhatikan warna dan teksurnya. Biasanya ia lembab sepanjang masa ovulasi. Jika ia kelihatan seperti putih telur, ia bermaksud anda pada peringkat ovulasi – maksudnya anda sudah bersedia untuk….

Langkah #3: Teknik Yang Betul

guna teknik yang betul

Selain persediaan sebelum, anda juga perlulah menggunakan teknik yang betul semasa untuk mendapatkan peluang yang lebih baik. Berikut adalah beberapa cadangan:

1. Baring

Secara umumnya, tiada posisi sangat spesifik yang boleh meningkatkan kadar kehamilan. Namun, yang paling mudah adalah dengan baring. Selepas ejakulasi oleh pasangan, anda hanya perlu baring.. tak perlu lakukan apa. Kemudian tidur.

Satu kajian yang dilakukan oleh orang Belanda menemui bahawa wanita yang baring selama 15 minit selepas ejakulasi mempunyai 50% untuk hamil berbanding dengan orang yang baring.

2. Elak Pelincir

Jika anda inginkan anak, elakkan daripada menggunakan pelincir. Walaupun ia tidaklah memberikan kesan yang drastik kepada air mani, namun ada baiknya jika kita terikat kepada perkara yang asas dan natural.

Malah ada sesetengah pelincir boleh mengubah tahap pH dalam vagina, membuatkannya tidak optimum kepada air mani.

3. Tenang

Jika anda dalam keadaan yang tertekan, ia boleh memberikan kesan kepada kitaran haid dan hormon anda.

Jangan terlalu bimbang jika anda tidak dapat hamil. Anda seharusnya melihat perkara yang positif dan sentiasa hilangkan keresahan tersebut. Banyak benda yang boleh menghilangkan rasa tersebut, dan antaranya dinayatakan dalam entri ini.

Tips Tambahan

1. Dapatkan ujian daripada doktor mengesahkan bahawa anda tidak mandul.
2. Teruskan usaha dan jangan sesekali berputus asa.
3. Sentiasa mendapatkan nasihat dan rujukan daripada doktor pakar.

Amaran

1. Hamil pada umur 40 perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah kandungan.

Kesimpulan

Sesiapa yang mempunyai kesihatan yang baik dan berat badan yang optimum boleh hamil, dengan cara yang betul.

Oleh itu, jika anda mengalami masalah untuk mengandung sebelum ini, harap artikel yang ringkas ini boleh membantu anda.

Sekiranya anda ingin berkongsikan pengalaman, bolehlah berbuat demikian pada bahagian komen di bawah.

Sekian~

Leave a Comment